07/09/2020
STAFF INDA NGAM SESAMA SENDIRI.
Selalu kitani mendengar atau kitani alami sendiri situasi yang apabila rakan sekerja inda ngam sesama sendiri, disebabkan EGO, atau BELAGAK lebih pandai dari yang lain atau SOMBONG disebabkan PANGKAT yang lebih tinggi dari yang lain. Masalah sebegini selalu ada di dalam sesebuah Syarikat atau Organisasi yang selalunya membuatkan Syarikat itu sendiri terpaksa melalui segala rutin harian dengan perlahan disebabkan masalah-masalah ini. Tidak bertegur siapa, malas mau bercakap, s**a membuat kerja sendiri atau membiarkan orang lain membuat kerja sendiri-sendiri tanpa pertolongan dan sebagainya. Lebih teruk lagi, apabila boss sendiri yang inda ngam dengan perkerja yang membuatkan perkerja kurang selesa atau tidak comfortable dengan perkerjaan masing-masing. Berpuak-puak kata orang.
Sekiranya boss yang menyedari keburukan ini dan inginkan perubahan, Micheal Jackson pernah cakap, “I'm starting with the man in the mirror”. Di dalam sesebuah organisasi, sekiranya kita mau perubahan yang baik, perlulah bermula dari boss sendiri sebagai contoh yang baik, berlaku adil dan sebagainya. Bukannya ikut membawang bersama pekerja-pekerja. Salah satu jalan untuk mengeratkan tali silaturahim atau meningkatkan perpaduan kerjasama adalah dengan mengadakan TEAMBUILDING yang insyallah boleh memecahkan segala tembok yang keras diantara semua pekerja.
DM saya untuk mengetahui lebih lanjut dan kitani senyum sama-sama.
Salam sayang,