5Thumbs

5Thumbs "Writing from my heart". "Stories of our people".

: Cerita korang secara Anonymous.

Link Bercerita:
https://docs.google.com/forms/d/1XhxpkvrWBqqCHldxSiXqIv00yA4wf9ulYFFgiDyOJUE/edit An enthusiastic group of people that's interested in the food, entertainment & lifestyle industry.

 Sekarang sudah halal certified ♥️
12/07/2025

Sekarang sudah halal certified ♥️

Atok cakap sikit eh. Kau lelaki.Pegang prinsip hidup, jangan main langgar aje.Bini orang, kawan kerja, ex girlfriend mem...
08/07/2025

Atok cakap sikit eh. Kau lelaki.

Pegang prinsip hidup, jangan main langgar aje.
Bini orang, kawan kerja, ex girlfriend member, semua ni tak boleh.
Lagi satu, jangan tidur dengan pompuan sebelum kawen la. Pergi kawen cepat.

Satu malam silap, boleh rosak nama kau seumur hidup. 30mins punya sedap org ingat sampai bila2. Percayalah. Tk percaya, sudah.

Ada disiplin, jalankan tanggungjawab seperti lelaki ada maruah.

Yishun: "BAYI 9 BULAN DIBUANG KE LANTAI DALAM VAN DI YISHUN, OLEH TEMAN LELAKI IBUNYA".Atok terbaca satu kisah benar yan...
23/06/2025

Yishun: "BAYI 9 BULAN DIBUANG KE LANTAI DALAM VAN DI YISHUN, OLEH TEMAN LELAKI IBUNYA".

Atok terbaca satu kisah benar yang sangat menyentuh hati. Berlaku kat Yishun, Singapura. Seorang bayi kecil baru 9 bulan telah hilang nyawa... bukan sebab sakit, bukan sebab kemalangan. Tapi sebab tangan orang dewasa yang sepatutnya jaga dia.

Boyfriend kepada ibu bayi tu, tak tahan dengar tangisan anak kecil tu, lalu dia banting kepala bayi tu dua kali dalam van. Allahu… sakit hati Atok dengar. Budak kecil yang belum tahu cakap, belum kenal dunia pun… jadi mangsa.

Yang buat Tok terkedu, lepas bayi tu tak sedarkan diri, lelaki tu pujuk girlfriend dia supaya tangguh ke hospital. Bayar org utk tanam bayi tu & report hilang dalam masa setahun nanti.

Akhirnya mahkamah jatuhkan hukuman pada Aliff, penjara seumur hidup dan sebat 15 kali. Tapi nyawa bayi tu… takkan boleh diganti sampai bila-bila.

"Mak ayah muda, dengar nasihat orang lama. Bila kamu ada anak, bukan semua orang layak masuk dalam hidup kamu. Jangan kerana cinta atau kesunyian, anak jadi korban".

"Kalau pasangan kamu tak boleh sayang anak kamu macam darah daging sendiri, itu bukan cinta. Itu bahaya".
Photo Source: The StraitsTimes

"BILA ANAK KAMU MERANGKAK KAT SEKOLAH & MEOW MACAM KUCING… KAMU MASIH CAKAP ‘DIA TENGAH EXPRESS DIRI?! GILA" Penyakit ni...
22/06/2025

"BILA ANAK KAMU MERANGKAK KAT SEKOLAH & MEOW MACAM KUCING… KAMU MASIH CAKAP ‘DIA TENGAH EXPRESS DIRI?! GILA" Penyakit ni da sampai kt org kite di Singapore & Malaysia.

Dulu time Atok, stress tengok budak malas mandi. La ni, Atok lagi stress… sebab ada budak sekarang RASA DIRI DIA BUKAN MANUSIA.

"I’m a cat!"
"I bark because I don't talk!"
"I’m not human, I’m therian!"

Merangkak, pakai ekor, jilat tangan… kat sekolah & public pulak tu. Haiz...

Lagi teruk, mak bapak PERTAHANKAN pulak. Bila cikgu tegur, dia kata: “Anak saya ada hak jadi siapa dia nak jadi.”
Habis tu? Kalau esok anak kamu rasa dia nasi lemak, nak bungkus sambal asing ke cmne??

Atok nak pesan, trend ‘therian’ ni BUKAN cute. BUKAN comel. BUKAN freedom. Ni penyakit identiti yang makin merebak sebab kamu, mak bapak, LENA tidur tak tengok anak kamu tengok apa kat phone malam-malam!

Mak bapak… Wake up la. Anak tu bukan haiwan. Jangan sampai satu hari nanti dier gigit kau.

09/06/2025

"Mak Ayah Dah Lama Cerai. Hidup Aku Pun Dah Lama Tanpa Ayah. Tapi Sekali Aku Minta Tolong… Dia Layan Macam Si*l."

Parents aku cerai masa aku umur setahun. Aku tak pernah kenal sangat pun apa tu ‘keluarga lengkap’. Diejek broken family tu dah normal.
Aku tinggal dengan mak. Ayah ada, tapi hidup dia sendiri.

Sejak kecik, aku tak pernah minta apa-apa kat dia. Semua mak settle.

Ayah? Birthday pon tak pernah ingat. Raya Pon tk jumpa. Tk pernah tnye khabar.

Sampai la aku besar, kerja sendiri. Aku cuba berdikari. Sebab dah biasa.
Tapi haritu aku emergency. Motor rosak kalau tak repair, aku tak boleh pegi kerja. Gaji bulan tu pun baru masuk hujung minggu. Memang tengah sesak. Aku sgt perlukan $.

Dengan berat hati, aku call ayah. First time aku minta tolong dia, sepanjang aku hidup.

“Ayah… boleh pinjam seratus tiga je? Nanti aku bayar balik.”

Dia senyap kejap. Lepas tu cakap:
“Aku kasi pinjam ah. Jangan lupa bayar. Aku bukan free2 nak kasi orang.”

Masa dia cakap tu… aku rasa sesak nafas.
Aku anak dia. Sepanjang aku hidup tak pernah aku ganggu dia. Sekali je aku betul-betul perlukan, dia layan aku macam aku stranger pinjam duit.

Aku tutup call tu, aku menangis.
Bukan sebab duit sangat. Tapi sebab aku rasa… aku tak ada ayah pun sebenarnya.

"‘Jangan lepaskan aku…’ — Itu je dia ulang-ulang dlm bahasa Mandarin".Dekat Braddell Road, dua lori bertembung. Satu lor...
30/05/2025

"‘Jangan lepaskan aku…’ — Itu je dia ulang-ulang dlm bahasa Mandarin".

Dekat Braddell Road, dua lori bertembung. Satu lori terbalik, api dah mula keluar. Orang lain tengok dari jauh. Tapi sorang lelaki Abg Addy Izwan tak tunggu. Dia panjat lori yang dah senget, cuba buka pintu yang tersekat. Dia tak peduli dgn nyawa sendiri.

Dalam lori tu, pemandu cedera teruk. Muka berdarah. Suara dia lemah, tapi dia ulang benda yang sama, "Jangan lepaskan aku." Dan Addy cuma boleh peluk dia, tenangkan, dan pastikan dia tak pengsan sebelum bantuan sampai.

Sambil tu, dia jerit kat orang lalu-lalang, “Ambik alat pemadam! Api dah naik!”

"Tok nk comment. Masyarakat kita masih pandang serong dgn org ber tattoo. Ramai je yg hati baik & boleh bantu sesama kita. Ramai akan duduk tepi dgn Handphone sahaja." "Tok tabik spring dgn abg Addy!"

26/05/2025

"Mula-Mula Aku Ingat Kawan Je… Sampai Aku Ternampak Butch Tu Pegang Tangan Mak Aku."
Yes. Mak aku in relationship dgn perempuan. Dia sendiri dah mengaku.

Memanglah mak dah lame separate from bapak. Aku mula jauhkan diri. Bukan sebab aku benci. Tapi sebab aku keliru.
Sebab aku tak faham.
Sebab aku tak tahu patut rasa marah… atau patut biar je, asalkan mak bahagia.
Aku malu dengan adik2. Malu dengan keluarga & kawan2. Sekarang dia da mula pack baju nak pindah pulak ke rumah kita..
- Kiriman Nil

23/05/2025

"Nenek dah meninggal. Tapi setiap malam… Dia usap rambut aku macam dulu."

Nenek aku meninggal dua tahun lepas. Tapi sampai sekarang, aku masih tidur dalam bilik dia.
Orang cakap aku pelik. Kenapa tak tukar bilik? Kenapa tak ubah position tido? Aku just cannot.

Katil ni, tempat dia baring setiap malam. Bantal masih ada bau minyak angin dia.
Aku tidur pon tempat yang sama belah kanan katil. Sebab aku tahu…
Setiap malam, nenek akan datang.

Mula-mula aku takut. Siapa tak takut bila tengah tidur, kau rasa ada tangan usap kepala kau perlahan-lahan?
Tapi lepas tu aku sedar sentuhan tu sama seperti nenek.

Kadang-kadang aku terdengar dia bisik. Tak jelas. Tapi lembut. Aku pon bole tenang..

Aku tak cerita kat sesiapa. Orang akan fikir aku gila. Tapi tiap kali aku rindu sangat, aku baring… aku pejam mata… dan tunggu.

Aku tahu nenek sayang aku. Tapi… aku pun tahu, dia dah tak sepatutnya “datang”.
Aku sayang dia. Aku rindu dia. Tapi malam-malam aku dah mula takut.

Siapa bole relate?
Tolong… kalau korang pernah rasa benda macam ni. Thank u.

- Kiriman Dari Adek.

“Ni bukan prata biasa-biasa... ni prata yang buat Atok terdiam 3 saat”Bila Tok kata sedap, memang sedap betul. Tempat ni...
23/05/2025

“Ni bukan prata biasa-biasa... ni prata yang buat Atok terdiam 3 saat”

Bila Tok kata sedap, memang sedap betul. Tempat ni halal, tenang, dan bersih.

Roti prata special dia rangup luar, lembut dalam, kari dia MasyaAllah. Dah lama Tok tak rasa prata padu macam ni.

Tapi yang tak boleh tinggal, teh tarik & teh ais dia. Atok order dua-dua terus. Teh tarik dia lemak manis woi.

Paling best? Background music zikir berterusan. Makan dalam suasana damai, hati pun rasa lapang. Tempat bersih, layanan pun sopan. Tkde waiter yg terjerit jerit.

Kalau betul-betul nak rasa makanan dengan barakah & feel mcm pondok makan di Langkawi, Al-Ameen Woodlands la tmpt dia.

“Dia cekik isteri yg pregnant. Lepas tu, anak dia yang baru 4 tahun dibunuh juga. Semua berlaku dalam satu bilik. Dalam ...
22/05/2025

“Dia cekik isteri yg pregnant. Lepas tu, anak dia yang baru 4 tahun dibunuh juga. Semua berlaku dalam satu bilik. Dalam satu flat. A Blk in Singapore at Woodlands area.”

Seorang lelaki berusia 41 tahun yang pernah bekerja sebagai ejen rumah, mengalami masalah, hutang melebihi $100,000, dan tekanan rumah tangga yang makin berat.

Pada hari itu, dia bertengkar dengan isterinya dlm bilik, yang sedang hamil enam bulan. Dalam keadaan marah dan tertekan, dia ambil tuala dan cekik isterinya sampai mati.

Lepas tu, dia keluar dan tengok anak perempuan mereka, umur 4 tahun, tengah duduk depan TV. Dia peluk anak dia. Dan dia cekik anak dia sendiri, sampai tak bernyawa.

Dua mayat. Dalam satu rumah. Dan dia tinggal dengan mayat tu selama 7 hari...
Sepanjang minggu tu, dia pasang kipas, sembur air freshener, tulis surat bunuh diri. Dia cuba bakar mayat & cuba juga bunuh diri tapi gagal.

Mayat mereka dijumpai selepas keluarga si isteri buat report polis. Mayat isteri dan anak dijumpai atas katil. Dia... masih hidup dalam rumah tu.

Dibicarakan di mahkamah dan didapati bersalah.
2020: Dihukum mati.
2022: Rayuan ditolak.
16 April 2025: Digantung sampai mati di Penjara Changi.

Photo source: StraitsTimes.

21/05/2025

"Mak aku tk mcm mak yg lain. Kiriman Ain."

Setiap kali family gathering, mesti dia akan cakap depan semua orang,
“Nah, tgk tu… baru umur 24 dah beli rumah, bawa mak dia holiday. Kau tu kerja pun macam takde arah.”

Padahal aku baru recover dari burnout. Aku struggle nak bangun pagi, struggle nak rasa diri ni ada value. Tapi mak tak pernah nak faham semua tu. Asal aku duduk bilik lama sikit, dia cakap aku malas. Kalau aku senyap, dia cakap aku bodoh sombong.

Aku cakap pasal mental health, dia gelak.
“Alah, zaman mak mana ada depression-depression ni. Kau je yang lemah sangat. Percaya benda karut jadila betol2 nanti”

Sakit. Sebab orang luar puji aku baik, rajin, considerate. Tapi mak sendiri… macam tak nampak langsung semua tu. Aku jadi overthinker. Semua benda aku second guess. Lost confident dengan diri sendiri. Aku nak jerit, mak diamla!!!!!
Aku ni still sayang mak, tapi aku jaga jarak.

"Hati Tok jugak menangis membaca luahan ini...."
21/05/2025

"Hati Tok jugak menangis membaca luahan ini...."

Address

Singapore

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

96278071

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 5Thumbs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share