22/11/2023
Repost Tuan Samsudin Said
Disangkakan cuma satu, tapi rupanya dua. Persembahan Double Bill oleh Persatuan Anjung Satria Budaya (ASTRIA) tidak terjangka oleh fikiran ahli-ahlinya dalam persiapan mereka pada Sabtu 25 November 2023 ke Kuala Lumpur. Pak Ladin Nuawi mengambil peluang mengundang ASTRIA muncul di pentas Sayang- Sayang Anak Kita, Anak Dunia pada jam 4-6 ptg sebelum mereka muncul di pentas Suara Kuala Lumpur pada 8.30 mlm kemudiannya.
Bulan November 2023 bagai Festival Seni & Sastera bagi ASTRIA. Pada tarikh 4 November 2023, mereka muncul di Gig Puisi @ Wisma Geylang Serai, 19 November 2023 p**a, baru selesai menyambut undangan di NLB Central sempena pelancaran buku cerita kanak-kanak 2023. Semoga mereka tabah dan gagah selagi kami sihat melakar perjalanan seni & Sastera buat mereka.
Menjunjung kasih Tuan & Puan; Pak Ladin Nuawi, SM Zakir, Hartinah Ahmad, Hana Mohamed, Herman Rothman dari Nusa Centre, Alam Cahaya, Ombak scripthouse Production & National Library Board (NLB) yang memberi ASTRIA pelantar berkarya terutamanya anak-anak muda kami yang baru mengenal seni & sastera. Terima kasih juga kepada mereka yang selalu mendoakan kami. 🤲