Lipur Lara

Contact the establishment

Lipur Lara Merancak pemeliharaan khazanah budaya Melayu yang abadi. Kami menghidupkan semula kisah-kisah abadi ini dalam format moden untuk tatapan generasi baharu.

Dari lagenda rakyat yang bersemi hingga seni teromba yang indah, kami hidupkan semula setiap cerita untuk anda telusuri dan hayati dalam pengalaman seni yang mendalam dan berkesan. Lipur Lara ialah platform untuk memelihara dan mempopularkan warisan budaya Malaysia melalui lagenda, mitos, cerita rakyat dan seni teromba. Detail Perkhidmatan:

📚 Koleksi Digital Lagenda & Cerita Rakyat

🎭 Seni Teromba & Puisi Tradisional

🎧 Pengalaman Budaya

đź“– Kandungan Pendidikan Warisan

Misi:
Melestarikan warisan naratif Melayu untuk generasi masa kini dan akan datang melalui pendekatan digital yang kreatif dan mudah diakses. Visi:
Menjadi rujukan warisan budaya naratif Melayu yang relevan dengan semua generasi. Kategori:
Platform Budaya / Pendidikan / Warisan

Komuniti Kami:
- Pencinta Budaya & Sejarah
- Pendidik & Pelajar
- Pengkarya Seni Tradisional
- Semua yang berminat dengan warisan Malaysia

📜 17 Jun 2026 – Satu lagi langkah penting dalam perjalanan mendokumentasikan warisan Teromba Adat Perpatih.Hari ini kami...
01/09/2026

📜 17 Jun 2026 – Satu lagi langkah penting dalam perjalanan mendokumentasikan warisan Teromba Adat Perpatih.

Hari ini kami bertemu dengan dua orang pakar adat yang cukup berwibawa:
🔹 YM Dato' Semaja Besar Waris Haji Abu Hassan Mohd. Nor – mewakili Suku Tanah Datar, Kampung Bukit, Kuala Pilah.
🔹 YM Dato' Paduka Menti Dr. Kamaruzaman Husin – Yang Dipertua, Pertubuhan Melayu Islam Beradat Negeri Sembilan.

Terima kasih di atas kesudian mereka di temu bual bagi menjawab pelbagai persoalan mendalam tentang teromba, termasuk:
✔️ Perbezaan ciri teromba berbanding pantun dan puisi tradisi yang lain.
✔️ Perjalanan dan pengalaman mempelajari adat serta teromba sejak sekian lama.
✔️ Konteks dan aplikasi teromba dalam mendirikan adat di zaman kini.
✔️ Cara teromba digunakan sebagai mekanisme penyelesaian masalah dalam masyarakat.
✔️ Pentafsiran dan makna tersirat di sebalik setiap rangkap.
✔️ Sokongan, cabaran, dan masa depan teromba sebagai warisan hidup.

Hasilnya? Satu draf pertama Manuskrip Jejak Warisan Teromba telah berjaya dihasilkan sebagai asas kepada buku dan modul latihan yang sedang dalam pembangunan.

Ini bukan sekadar menulis. Ini adalah amanah untuk generasi akan datang. 🌿

đź“– Teromba bukan puisi biasa. Ia adalah panduan hidup, hukum adat, dan falsafah nenek moyang yang perlu terus hidup.

Jangan lupa undi dokumentari kami!
10/02/2026

Jangan lupa undi dokumentari kami!

🎬 MASA UNTUK TONTON & UNDI! 🎬

Saat yang dinanti-nanti telah tiba! Dokumentari pendek kami, "Narawi Rashidi: Untaian Terakhir Warisan Gambus Lebo" kini sedang ditayangkan dan merupakan sebahagian daripada pemilihan rasmi Lift-Off Sessions 2026, Volume 2!

Filem ini ditampilkan dalam program "New Voices Shorts", yang mempamerkan bakat baru pembikin filem dari seluruh dunia.

Ini adalah festival unik yang berasaskan komuniti sejawat, dan anda boleh membantu cerita warisan budaya kita sampai ke khalayak yang lebih luas! Jika anda ingin menyokong kami:

🎟 Dapatkan Tiket Festival Di Sini: Checkout.liftoff.network/new-voices-shorts-sessions-26-volume-2

🌟 Cara Sistem Undian Berfungsi (Cara Lift-Off!):
Satu tiket memberi anda akses untuk menonton semua filem pendek hebat dalam program kami. Festival ini menggalakkan anda menonton dan menikmati keseluruhan tayangan. Selepas menonton, anda boleh mengundi filem-filem yang menarik perhatian anda. Sistem ini direka untuk menjadi adil dan membantu penonton menemui karya baharu yang mengagumkan. Maka, hadir dan undilah filem kami, tetapi luangkan masa untuk terinspirasi oleh suara-suara baharu yang lain!

Sokongan anda dengan menonton dan mengundi secara adil amat bermakna bagi kami. Mari kita sebarkan kisah Narawi Rashidi dan Gambus Lebo ke seluruh dunia!

-----------------------------------------------------------------------------------------------
🎬 IT'S SCREENING & VOTING TIME! 🎬

The moment is here! Our documentary “Narawi Rashidi: The Last String of Legacy” is now live and part of the official selection in the Lift-Off Sessions 2026, Volume 2!

It’s being featured in the “New Voices Shorts” programme, showcasing emerging filmmakers from around the globe.

This is a unique, peer-to-peer festival, and you can help our cultural story reach a wider audience! If you’d like to support us:

🎟 Get a Festival Ticket Here: Checkout.liftoff.network/new-voices-shorts-sessions-26-volume-2

🌟 How Voting Works (The Lift-Off Way!):
A single ticket gives you access to watch all the incredible short films in our programme. The festival encourages you to watch and enjoy the full lineup. After viewing, you can cast votes for the films that resonate with you. This system is designed to be fair and to help audiences discover amazing new work—so come for our film, but stay to be inspired by other new voices!

Your support in watching and voting fairly means everything. Let’s share the story of Narawi Rashidi and the Gambus Lebo with the world!


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia FINAS Malaysia Teeb TV Johan Chairil

09/10/2025

📝 Minat puisi tradisional? Kami sedang mencari 30 peserta sahaja!
Jom sertai JEJAK WARISAN: BENGKEL ASAS TEROMBA (Puisi Tradisional) — secara PERCUMA!

âś… Makan & minum disediakan
âś… Sijil penyertaan disediakan
📌 Terhad kepada 30 peserta terawal sahaja!

🗓️ Sabtu | 11 Oktober 2025
📍 Fakulti Syariah & Undang-Undang, USIM, Nilai, Negeri Sembilan

👉🏻 Daftar sekarang selagi slot masih ada:
https://forms.gle/bNvLmM4sTX9HAVxm6

📞 Atau hubungi:
Prof Madya Dr Norailis – http://www.wasap.my/+60199000189/BengkelTeromba

Address


71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lipur Lara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Lipur Lara:

Shortcuts

  • Want your establishment to be the top-listed arts & entertainment?

Share