23/06/2025
Throwback artwork 2023, one of my favourite piece.
🩷MAWAR DISOROK BUNIAN🩷
New artwork untuk FOLKTALE WEEK 2023 DRAWING CHALLENGE.
Prompt 1 : Lost
Mawar s**a bermain dan merayau di luar rumahnya yang berdekatan dengan hutan tebal. Ibunya sering berpesan supaya tidak pergi terlalu jauh dan perlu p**ang ke rumah sebelum waktu senja.
Itu adalah kerana, pada waktu senja, makhluk halus yang tidak dapat dilihat manusia seperti bunian sering berkeliaran dan kadangkala s**a mengusik manusia dengan menyorokkan manusia daripada dunia sebenar. Mereka tidak dapat dilihat atau didengari oleh sesiapa, dan mereka juga tidak dapat melihat dan mendengar dunia nyata. Mereka seolah-olah tersesat di alam ghaib.
Menurut lagenda, pintu masuk ke tempat tinggal bunian adalah di lubang pokok yang besar. Hanya orang-orang terpilih sahaja yang dapat melihat dan masuk ke alam bunian yang dipercayai sangat indah. Orang bunian juga dikatakan mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan rupawan, oleh itu jika tidak bernasib baik, manusia yang dipilih oleh bunian untuk tinggal bersama mereka tidak mungkin akan dapat balik ke dunia nyata kerana mereka sudah terpesona dengan keindahan dunia bunian.
Di dalam beberapa keadaan, ada manusia yang disorok oleh bunian selama beberapa jam atau beberapa hari kemudian dip**angkan semula dalam keadaan terpinga-pinga, buntu dan kurus kerana tidak cukup makan. Tempat mereka dijumpai p**a kadangkala berdekatan dengan kawasan carian namun tidak dijumpai sebelum ini.