MiQa Assalamualaikum to all Gamers😃

Gameplay Mobile Legend😁 Best tgok karakter dalam ML. Santai-santai main game... Enjoy the video🤗
15/01/2023

Gameplay Mobile Legend😁 Best tgok karakter dalam ML. Santai-santai main game... Enjoy the video🤗

Boleh la saja-saja main utk noob player mcm aku...😁 Mobile Legend game ni, aku guna MM he**in Miya. Hanya santai je. Enjoy the video...

Gameplay FF Free Fire😁 Saja test main, kekok plak rasanya... Enjoy2 je. Peacee👌
19/12/2022

Gameplay FF Free Fire😁 Saja test main, kekok plak rasanya... Enjoy2 je. Peacee👌

Test gameplay FF sebab dah lama tak main... Tak pro mcm korang tapi saja enjoy. Peaceeee😄

23/08/2020

There’s so much yet to be learned, just don’t let your past be the ongoing lesson.

09/07/2019

Sometimes you have to let go of the pain you hold deep within your heart, you have to forgive the people who have hurt you because they are stopping you from moving on, you have to move on from what is holding you back and it will never be easy to move on without doing something hurtful back, it's in our nature to hurt those who have hurt us, but it takes a stronger person who has a good heart to let go of what aches, and remember Allah is always watching, indeed it is painful and sometimes all you want is revenge, but you have to promise yourself that you will never hurt another human being the way you have been hurt. It's not about being soft and letting it go because you are weak, it's because you are strong enough to let Allah deal with those who have wronged you.

31/08/2017

~Petunjuk Itu Ada di Jalan Mereka Yang Mencarinya~
Kebahagiaan dan kejayaan itu memiliki berbagai tanda, dan isyarat yang kelihatan jelas membuktikan adanya kemajuan pelakunya, kejayaan pelaksanaannya, dan beruntung penyandang sifatnya.
Di antara tanda² kebahagiaan dan keuntungan itu adalah bahawa semakin ilmu hamba itu bertambah, maka akan bertambah p**a kerendahan hatinya dan rasa belas kasihnya. Seperti mutiara yang mahal, semakin nilainya bertambah besar, maka semakin dalam tempatnya di dasar laut. Dan orang yang bijaksana akan menyedari bahawa ilmu itu adalah anugerah, yang dengannya Allah mengujinya. Jika ia mensyukurinya dan menerimanya dengan sebaik-baiknya, maka Allah akan mengangkat darjatnya.
'Allah akan meninggikan orang² yang beriman di antara kamu dan orang² yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat....(Al-Mujadilah:11)'
Semakin orang itu bertambah amal perbuatannya, maka akan semakin bertambah p**a kewaspadaannya dan rasa takutnya. Selamanya dia tidak akan pernah merasa aman dari ketergelinciran, salah bicara, dan perubahan niat kalbu yang mengancam dirinya. Dalam menghisab diri dan merasa bahawa dirinya selalu diawasi Allah, dirinya tidak ubah seperti burung yang sangat waspada, setiap kali hinggap di satu dahan, maka dia dengan secepatnya akan terbang dan hinggap di dahan yang lain. Dia takut terhadap si pemburu dan bidikan pelurunya. Semakin bertambah usianya, maka semakin berkurang ketamakannya, kerana dia menyedari bahawa dirinya semakin mendekati akhir perjalanan, telah banyak tahap kehidupan ini yang dilaluinya, dan sudah mendekati sebuah keyakinan yang pasti terjadi, kematian. Semakin bertambah hartanya, maka semakin ia menjadi lebih dermawan dan semakin banyak memberi. Sebab harta hanyalah barang amanah, sementara yang memberi harta itu adalah Si Penguji, kemungkinan untuk membelanjakan harta itu adalah kesempatan untuk mendapatkan tambahan penilaian dari Si Penguji, kerana kematian selalu mengintainya. Semakin meningkat statusnya dan kehormatannya dalam masyarakat, maka semakin dekat ia dengan masyarakat, semakin mudah memberi, dan semakin rendah hati. Seluruh hamba itu adalah anggota keluarga Allah, dan yang paling dicintaiNya adalah yang paling banyak memberikan manfaat kepada sesama anggota keluarganya.
Sedangkan tanda² kesengsaraan adalah semakin bertambah ilmu seseorang, maka ia semakin sombong dan angkuh dalam tindak-tanduk dan perilaku. Ilmunya tidak bermanfaat, hatinya kosong, watak dan tabiatnya kasar. Semakin bertambah amal perbuatannya, maka semakin tinggi kesombongannya, semakin kecil nilai orang² di sekitarnya, dan semakin baik prasangkanya terhadap dirinya sendiri. Ia merasa bahawa hanya dirinyalah yang selamat, dan yang lainnya akan binasa. Dia merasa bahawa dirinya akan memperolehi semua kejayaan, sedangkan yang lain akan berjalan di bibir kehancuran. Semakin bertambah usianya, semakin bertambah sifat rakusnya. Dia terus menumpuk hartanya, tanpa harus mengeluarkannya. Berbagai bencana, musibah dan malapetaka tidak pernah menyentuh hatinya dan menyedarkannya. Semakin bertambah hartanya semakin bertambah p**a kekikirannya. Tidak ada nilai² yang dapat dibanggakan di dalam hatinya, tidak ada bekas² pengorbanan di telapak tangannya, dan tidak nampak guratan² akhlak mulia di wajahnya. Semakin tinggi statusnya dan kedudukannya di dalam masyarakat, maka semakin tinggi p**a kesombongannya. Dia tertipu dan terpedaya, s**a mendabik dada, kesombongan yang melampau tetapi pada akhir kesudahannya dia tidak mendapatkan suatu apa pun.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam pernah bersabda:
"Orang² yang sombong akan dihimpunkan pada hari qiamat nanti bagaikan semut² paling kecil hingga terinjak-injak oleh telapak kaki orang² lainnya."
Semua ini adalah cubaan dan ujian dari Allah bagi hamba-hambaNya. Ada yang dengan ujian ini menjadi bahagia, namun ada p**a yang dengan ujian ini menjadi sengsara.
Wallahualam

27/07/2017

Kita tak mampu mengembalikan masa lalu.
Kita juga tidak mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa depan.
Tapi kita masih dapat berbuat kebaikan pada masa sekarang.
Agar dengannya kita dapat menampal kekurangan-kekurangan pada masa lalu.
Dan mempersiapkan kebaikan pada masa yang akan datang.

03/01/2017

Ada satu cerita berdasarkan daripada pengalaman admin sendiri, tentang SOLAT SUBUH.
Kita semua tahu kan ada 5 waktu solat wajib dilakukan. Kalau solat sunat yang lain, itu ekstra nak dapat pahala lebih. Betul? Dan kita semua tahu benda yang paling ringan dalam dunia ni ialah meninggalkan solat.
Tapi sekarang admin nak cerita pasal solat Subuh. Hihiii.
Okay.
Baik lelaki ke, baik perempuan ke, tapi satu je kita lemah. Iaitu meninggalkan solat subuh, walaupun hanya 2 rakaat je tapi itu pun kita tak mampu buat. Bukan takat tak mampu buat je tapi pasal kita dah lambat nak pergi kerja. Hahahaha. Alaaa dah lah jauh tempat kerja tu, tak sempat lah. Nak hadap jeemmm lagi kat highway. Nanti lambat masuk kerja dah gaji kena potong. Huaaa.
Inilah masalah kita dan itu juga kelemahan kita setiap kali waktu pagi. Boleh pun bangun pagi iyeee. Hihihihi. Pukul 5 pagi, 5:30 pagi mata dah terkebil kebil. Tidur tidur ayam kotokonnn. Hehehehe.
Kadang admin duduk berfikir, boleh kira ke dah berapa banyak solat subuh ditinggalkan secara sengaja sedangkan masih ada masa. Pernah rasa tak, kita pergi ambik wuduk, nak bentangkan sejadah, pakai telekung, kita rasa macam lama je. Aku rasa dah 30 minit dah ni. Solat cepattt. Sahaja aku solat subuh 2 rakaat kerana Allah Ta'ala. Allahuakbar!
Amboi. Terus tegak iyeee. Hehehe. Tapi kita tak sedar, tak lama pun sebenarnya. Sempat lagi kita nak pergi sekolah, kerja, meeting ke apa apa hal lah kau punya hal. Hehehe. Ingat, masih ada masa. Allah maha kuasa. Habis je kita solat subuh, kita akan rasa tenang dan happy go lucky diwaktu pagi yang heninggg ini. Lepas tu kita tengok jam dah pukul berapa, ehh solat berapa minit je. Hehehe. Sempat sangattt nak pergi kerja, nak pergi shopping. Ada ke orang shopping pepagi? Emm entah. Hehehe.
Kalau kita solat subuh, kita akan rasa sejuk *padahal kau dah mandi dah hihihi*, rasa tenang. Drive kereta rasa tenang. Sampai tempat kerja, kita kena bebel dengan boss, kita tetap diam, tenang dan rasa happy sangat kena bebel dengan boss. Hehehehe. Eh betul tauuu. Kita tak akan rasa nak melenting, nak melawan cakap, memang takda. Kalau ada tu, dia memang spisis sekejap merah sekejap hijau. Hihihi.
Kalau kita meninggalkan solat subuh secara sengaja, hati kita rasa macam tak kena je. Contohnya, tak tumpukan perhatian, kepala hotak melayang kemana fikir apa tah tetiba je. Hahaha. Ada je tak kena. Pernah tak? Tipu lah kata tak pernah. Sebab admin pun pernah. Hahahaha. Tapi itulah yang akan berlaku jika kita meninggalkan solat subuh SECARA SENGAJA, bukan tak sengaja.
Jadi ubahlah. Jangan bersikap s**a meninggalkan solat subuh secara sengaja sedangkan kita boleh bangun lebih awal pagi sebelum azan subuh lagi.
Kita lupa? Semasa kita tidur, jasad kita ada dalam bilik kita. Roh kita Allah akan angkat dan keputusan ditangan Allah samada beri peluang untuk hidup semula ke dunia atau kembali kepada Allah. Wallahu'alam.
Jadi ingatlah, setiap kali kita bangun pagi, kita dapat celik mata lagi, sebutlah Alhamdulillah, dirikanlah solat subuh dan seterusnya.
Sebab hari ini mungkin hari terakhir kita. Mungkin hari ini adalah hari terakhir kita beramal ibadah, beramal sedekah, dan kebaikan lain lain. Wallahua'alam. Jangan terlalu yakin bahawa kita akan hidup lagi seperti biasa pada esok hari, lusa dan seterusnya.
Ingat ye semua muslimin dan muslimat.
Okay lah sampai sini je cerita admin. InshaAllah hari yang akan datang, ada rezeki, kita cerita lagi.
Ingat, jaga iman, jaga solat, beramal ibadah dan kebaikan. Semoga Allah pelihara kamu semua dunya wal akhirah. Assalamualaikum dan sobahul khair.

29/04/2016

PILIH.
Kita berhak membuat suatu pilihan. Betul tak? Pilihan apa?
Hihihi.
Okay.
Iman...?
Nafsu...?
Bisikan syaitan...?
Kita tahu ketiga-tiga ini ada dalam diri kita. Cuma... Yang mana satukah kita pilih?
Salah satu ke?
Kedua-keduanya ke?
Ketiga-tiganya ke?
Kita lalai kerana hasutan syaitan.
Kita malas kerana nafsu.
Kita tenang kerana iman.
Atau disebaliknya... Pendapat masing-masing lah. Ada banyak perkara kita jatuh atau bangkit kerana ketiga-tiga ini.
Kita tahu syaitan ini licik. Sangat-sangat licik. Dia membisik dan bermain tarik tali nafsu kita samada, "Nak ikut ke tak?" , "Nak buat ke tak?" , dan sebagainya lah yang hati kita ni kononnya berbelah bagi. Kihkihkih. Semakin dia menghasut dan semakin itu lah nafsu kita membaraa... Fikir sejuta kali. Fikir... Fikir... Fikir... Haa fikirlah sampai meletop kepala. Hihihi.
Akhirnya kita kalah kerana syaitan berjaya 'cucuk jarum' nafsu kita dan kita memilih untuk membiarkan nafsu menguasai diri kita... Membiarkan tali nafsu menjerat kita...
Lalu...
Dimana IMAN?
Bukan Aiman Tak Kisah. Hihihi.
Tapi IMAN... Dimana dia?
Dimana perginya iman dalam diri kita?
Apakah iman begitu lemah?
Apakah bisikan syaitan dan nafsu begitu kuat sehingga iman tidak mampu kita jadikan benteng?
Sebenarnya iman kita kuat dan tidak lemah... Tetapi hanya kita... Kita memilih untuk menadah telinga mendengar syaitan berbisik dan syaitan berusaha memegang, mengukuhkan, menggoyahkan nafsu kita supaya ia menguasai diri kita. Dan kita langsung tidak mahu pilih iman.
Kenapa saya kata iman tidak lemah sedangkan ramai yang berkata iman kita lemah sebenarnya?
Okay.
Cita-cita awak nak jadi apa? Apa impian awak? Doktor ke? Usahawan ke? Akauntan ke? Boss ke? Apa-apa lah.
Tapi SPM failed. Apa citer?
Lalu berkata...
Eh SPM ke, kolej ke apa ke, itu bukan penentu masa depan aku. Tapi AKU, aku yang mencorakkan masa depan aku. Walau tak kira apa pun yang terjadi. InshaAllah, aku akan terus berusaha dan menjadi orang yang berjaya. Aku nak jadi blablablabla... Potpet lah kau sensorang. Hahaha. Jadi kita pilih untuk berusaha dan macam mana nak berjaya. Kita pilih untuk berjaya dan tidak akan berputus asa. Betul?
Begitu juga ketiga-tiga yang kita cerita tadi.
PILIH.
Jika kita pilih iman... Wallahi beruntungnya... Indahnya... Cantiknya... Kerana kita berjaya kunci nafsu! Kita berjaya menjadi pekak daripada mendengar bisikan syaitan!
Tapi jika sebaliknya...
Wallahualam.
Sendiri mau ingat lah.
Jangan sia-sia kan pahala. Jangan menambah dosa. Kelak diakhirah, kita yang merana.

23/09/2015

Maha Suci Allah ♥

Manusia kini lupa diri
Manusia kini lupa agama
Manusia kini tiada pegangan
Manusia kini lemah imannya

Tapi ,
Tidak semua .

Tapi ,
Berapa kali kau bersujud pada Allah dalam sehari ?
Berapa kali kau bersyukur pada Allah sepanjang hidup kau ?
Dan berapa kali kau berdoa minta doa kau dimakbulkan kala itu juga ?
Lupa ?
Kau manusia yang s**a mempersenda .
Kau mahu Allah makbulkan doa kau , tapi kau sering lupa akanNya .
Kau manusia yang biadab lakunya .
Bila kau peroleh nikmat kau lupa Allah .
Mana kata syukur kau ?
Alhamdulillah !
Subhanallah !
Allahuakbar !

Renungkanlah . Bukan semua begini , hanya untuk bacaan , semoga jadi pedoman semua .
Anda baca ? Ada iman dalam diri anda , mari asahkan lagi iman anda :) Mari ucap syukur ?
Alhamdulillah ^^

14/07/2015

Kamu mahu tahu apa yang paling menakutkan ketika Ramadan? Apabila akhirnya kamu sedar hakikatnya kejahatan itu dari kamu sendiri dan bukan syaitan membisik.

07/06/2015

Sedih melihat mereka menyalah gunakan laman sosial...

22/02/2015

Peribadi Dan Akhlak Baginda Rasulullah SAW :

●Baginda SAW berdoa penuh kusyuk dan air matanya senantiasa berlinang.
●Wajahnya senantiasa ceria dan menyejukkan mata memandang.
●Sangat elok dan sempurna baginda SAW mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
●Baginda SAW s**a makan secara beramai-ramai dari berseorangan.
●Bencikan kemegahan dan perhiasan cantik yang melambangkan kesombongan dan kemegahan.
●Baginda SAW makan setelah lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
●Tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain.
●Memelihara rambut dengan kemas.
●Memakai serban di atas kopiahnya.
●Suka membalas hadiah.
●Baginda SAW mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar dan masuk rumah.
●Baginda SAW sangat berlemah lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
●Senantiasa memulakan salam kepada yang ditemuinya.
●Baginda SAW bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
●Bila berjabat tangan, baginda SAW tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang yang dijabatnya melepaskan tangannya.
●Apabila melepasi kump**an kanak-kanak, baginda SAW akan mengangkatkan tangannya tanda hormat kepada mereka.
●Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
●Sangat menghormati orang tua dan orang muda serta kanak-kanak.
●Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.
●Tidak pernah menjulurkan kakinya di hadapan para sahabat.
●Baginda SAW s**a bercakap lambat lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
●Senantiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
●Tidak pernah ketawa terbahak bahak tetapi hanya tersenyum lembut.
●Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
●Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.
●Amat kasih terhadap umatnya.
●Tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah SWT melebihi keperluan makan minumnya.
●Rezeki yang melebihi keperluan, akan ditaburkan untuk jihad 'fisabilillah'.
●Senantiasa membantu orang lain walaupun baginda SAW sendiri menghadapi kesusahan.
●Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.
●Suka memberi makanan kepada fakir miskin dan sering duduk bersama sama mereka.
●Suka menziarahi orang sakit.
●Amat pemurah sehinggakan seperti angin lalu pemurahnya.
●Tangan baginda SAW tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.
●Baginda SAW tidak s**a tidur di bilik yang gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap.
●Bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan.

Contohilah akhlak baginda SAW✔

Address

Teluk Panglima Garang
42500

Telephone

+60142964681

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MiQa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to MiQa:

Share