DACS TELUK INTAN

DACS TELUK INTAN MAKSUD DACS. DACS : Department of Arts, Culture and Sports. (Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan
Sukan).

Benar bila kita berkongsi ilmu pada orang, nescaya Allah akan tambah ilmu pada kita dan  kita akan lebih memahami lebih ...
21/06/2023

Benar bila kita berkongsi ilmu pada orang, nescaya Allah akan tambah ilmu pada kita dan kita akan lebih memahami lebih mendalam pada ilmu tersebut..


15/12/2022

✅Musim cuti ni banyak kenduri kan?
✅Pastikan anda mengamalkan tiga langkah ini untuk elak keracunan makanan semasa kenduri 🫰

15/12/2022

Let’s Talk 🗣️

🏆⚽️ FIFA World Cup Qatar 2022 : Sukan & Dakwah 🇶🇦

🗓️ 16 Disember 2022 (Jumaat)
🕙 10 malam

🎥 TikTok : PemudaPASMalaysia

Speaker : Faizzuddin Zai (Pengarah DACS Malaysia)





BIG SCREEN - FIFA ⚽ & PELUANG MENANGI HADIAH CABUTAN BERJUMLAH RM1000!!Kehangatan piala dunia pasti dapat kita rasakan! ...
15/12/2022

BIG SCREEN - FIFA ⚽ & PELUANG MENANGI HADIAH CABUTAN BERJUMLAH RM1000!!

Kehangatan piala dunia pasti dapat kita rasakan! SIAPA JUARA FIFA WORLD CUP 2022 kali ini? Argentina atau Perancis?

Jom TONTON LIVE ⚽ & HANGATKAN malam perlawanan akhir.

WOW!! - ANDA JUGA BERPELUANG UNTUK MENANG HADIAH CABUTAN BERJUMLAH RM1,000 !!

==============
Butiran Program:
==============
📅 18 Dis 2022 | Ahad
🕒 10:30 Malam
🏡 Dewan KOMPASTI

Lokasi Tapak Program:
https://bit.ly/LokasiKOMPASTI

Jom sama-sama kita meriahkan malam akhir FIFA'22! Makanan & Minuman disediakan, percuma je yeop!




Perlawanan seteru Daerah El ClassicoAntara pasukan Dacs Teluk Intan menentang pasukan Dacs Pasir Salak..⚽⚽1 Februari 202...
31/01/2022

Perlawanan seteru Daerah El Classico
Antara pasukan Dacs Teluk Intan menentang pasukan Dacs Pasir Salak..⚽⚽

1 Februari 2022
8.15 pm
Stadium SMK Seri Kandi




PEMUDA MUSLIM HARUS HIDUP SIHAT! Kekal sihat adalah tanggungjawab kita terhadap tubuh badan kita.Disini kami perkenalkan...
19/10/2021

PEMUDA MUSLIM HARUS HIDUP SIHAT!

Kekal sihat adalah tanggungjawab kita terhadap tubuh badan kita.

Disini kami perkenalkan 3 Kelab Sukan di bawah Pemuda PAS yang anda boleh join:



Alkohol dan arak merosakkan tubuh badan dan mental.Arak atau dalam bahasa Arab 'khamar' yang bermaksud minuman yang mema...
19/10/2021

Alkohol dan arak merosakkan tubuh badan dan mental.

Arak atau dalam bahasa Arab 'khamar' yang bermaksud minuman yang memabukkan.Islam secara tegas mengharamkan arak sejak 14 abad lalu. Nabi Muhammad SAW menyampaikan firman Allah SWT mengenai bahaya dan musibah meminum arak kepada orang kafir Quraish yang hidup dalam keadaan tidak bertamadun ketika itu.

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 - 91, mafhumnya: "Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya minuman keras, berjudi, berkorban untuk berhala dan menenum nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan) itu agar kamu beruntung"

Ketagihan arak juga boleh membawa perubahan metabolisme akal fikiran, organ hati dan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.Arak juga mengandungi etanol yang tergolong dalam kump**an dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat. Ianya boleh melambatkan tindakbalas fizikal dan mental peminumnya. Selain itu, etanol juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.

Apabila arak mula diminum, alkohol akan diserap ke dalam aliran darah melalui permukaan perut dan usus. Sebahagian kecil akan terus pergi ke otak dan paru-paru, dan dikumuhkan melalui pernafasan. Manakala sebahagian besar alkohol akan dimetabolisma oleh hati dan dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing.
Kesan alkohol kepada peminumnya bergantung kepada jumlah alkohol yang berada dalam peredaran darah seseorang itu. Peminum yang mengambil minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan mabuk.

Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang tindak balas gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran. Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan "memory blackout" yang mana merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol.

Keburukan alkohol ialah ia boleh mempengaruhi prestasi atlet sukan?

Kajian juga mendapati antara keburukan alkohol ialah boleh mengganggu pertumbuhan otot kita. Kajian juga menunjukkan bahawa alkohol boleh mengubah tahap hormon dan menurunkan kadar metabolisme kita. Ini berma7kna ia mengganggu kemampuan tubuh badan kita untuk mengurangkan lemak pada tubuh badan

Arak juga menjadi faktor jadual tidur yang terganggu dan boleh menjejaskan waktu tidur.Tidur yang berkualiti sememangnya amat penting untuk pemulihan otot dan pembaikan tisu.Tanpa tidur yang mencukupi, tubuh badan kita tidak dapat berfungsi pada tahap yang optimum.

Dengan bukti kajian yang telah dinyatakan, jelas sekali menunjukkan bahawa arak bukan hanya menyebabkan prestasi seseorang atlet itu terjejas, tetapi juga fungsi badan manusia normal secara umumnya.
Ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita walaupun kita bukanlah seorang atlet.

Hady Azman
Pengarah DACS Perak

EMAS UNTUK MALAYSIA! Sosok tubuh Bonnie Bunyai Gustin sering disebut-sebut kerana kecomelan beliau pada aksi pembukaan P...
29/08/2021

EMAS UNTUK MALAYSIA!

Sosok tubuh Bonnie Bunyai Gustin sering disebut-sebut kerana kecomelan beliau pada aksi pembukaan Paralimpik Tokyo tempoh hari.

Namun, namanya kini kembali meniti di bibir peminat apabila menyaksikan perkembangan kariernya yang luar biasa apabila menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Betullah pepatah yang mengatakan, "Kecil-kecil cili api".

Admin nak ucapkan tahniah untuk Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, walaupun anak Sarawak itu baru berusia 22 tahun, tetapi beliau sudah berjaya memecahkan rekod Paralimpik dengan angkatan seberat 228 kg bagi kategori yang disertainya.

Terbaik Orang Besi Malaysia! Anda memang luar biasa!



-Admin Jad-

Sumber gambar: Borneo Post Online

Al-Kisah TenangPergi ke sesebuah kejohanan dengan suatu tekanan yang besar bukan satu urusan yang mudah, apatah lagi apa...
13/08/2021

Al-Kisah Tenang
Pergi ke sesebuah kejohanan dengan suatu tekanan yang besar bukan satu urusan yang mudah, apatah lagi apabila bertanding di temasya yang terbesar di dunia. Bagi mereka yang pernah berkecimpung dalam arena sukan mereka akan faham benar. Tidak kiralah kecil atau besar sesebuah kejohanan itu, tetapi apabila kita menggalas sesebuah harapan besar yang diberikan, ianya umpama ada suatu bebanan di atas kepala serta seluruh badan kita yang kita bawa kemana-mana.
Ada yang tanya apakah rahsia saya kekal tenang menghadapai situasi-situasi yang extreme ini? Jawapan saya adalah Al-Quran. Ketika kem latihan di Nilai, saya dah mulakan misi membaca Al-Quran untuk khatam sebelum pertandingan. Tapi maklumlah, latihan sangatlah teruk waktu tu ditambah dengan kesibukkan pelbagai aktiviti bersama dengan pasukan membuatkan kuantiti bacaan agak perlahan. Tetapi selepas tamat saja kem latihan dan terbang ke Tokyo ianya memberikan saya lebih banyak ruang untuk memberikan tumpuan kepada bacaan.
Bermula di atas kapal terbang menuju ke Tokyo, saya tidak mensia-siakan waktu yang ada. Separuh perjalanan saya luangkan dengan bacaan. Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican yang ketika itu ternampak dan mengetahui misi tersebut memberikan kata-kata semangat dan juga beberapa tips kerohanian. Boleh kata semua waktu terluang yang ada ketika di perkampungan sukan tu, saya memang mengejar bacaan. Bila kita baca Al-Quran ni tak mudah, banyak dugaan-dugaan dia. Ada saja bisikan-bisikan yang cuba mematahkan semangat kita. Sebab tu bila kita baca Al-Quran di bulan Ramadhan sangat berbeza ketika baca di bulan-bulan yang biasa. Apabila setiap kali ada perasaan ‘berat’ tu, saya akan lawan dan lawan dan lawan.
Waktu saya baca Al-Quran tu, seolah-olah saya berada di dunia vakum (vacuum). Bukan vakum yang korang sedut debu-debu karpet dekat rumah korang tu, tetapi dunia vakum yang dikenali sebagai hampagas dalam hukum fizik. Jauh p**ak saya menyimpang, maaf. Tetapi setiap kali saya membuat bacaan, saya tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya seolah-olah berada di dimensi yang berbeza. Saya dapat lupakan seketika kepenatan dari latihan, tekanan yang berada di bahu saya dan juga segala macam masalah-masalah duniawi yang tersumbat di kepala.
Tenang. Bukan mudah untuk tenang apabila kejohanan terbesar dalam karier kita hanya ada beberapa hari saja lagi. Tapi sumpah tak tipu, memang dengan bacaan Al-Quran ni membuatkan pemikiran dan jiwa saya tidak bergelora. Syukur, kepada Allah SWT saya dapat khatam bacaan pada hari Jumaat, sehari sebelum saya memulakan perlumbaan acara Keirin. Sejurus selepas khatam tu, saya terus bernazar kepada Allah SWT dan saya meletakkan segala perihal dan urusan perlumbaan saya kepadaNya kerana Dia lah Al-‘Alim, Allah yang Maha mengetahui segalanya.
Salam Jumaat dari saya.











AL-FATIHAHAlmarhumah Siti Sarah Raisuddin (1984-2021)DACS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarg...
09/08/2021

AL-FATIHAH
Almarhumah Siti Sarah Raisuddin (1984-2021)

DACS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga khususnya kepada Shuib Sepahtu di atas pemergian isterinya kembali kerahmatullah pagi ini

Semoga roh Almarhumah dirahmati Allah SWT serta didoakan agar diampunkan segala dosa²nya dan diterima segala amal kebaikan sepanjang hayatnya, Amin




TAHNIAH DATO' AZIZULHASNI AWANG 🥈DACS Malaysia ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah buat 'The Pocket Roc...
08/08/2021

TAHNIAH DATO' AZIZULHASNI AWANG

🥈DACS Malaysia ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah buat 'The Pocket Rocketman' yang berjaya meraih pingat perak di dalam acara berbasikal trek keirin lelaki Temasya Sukan Olimpik .

🇲🇾🚴‍♂️Rakyat Malaysia pastinya bergembira dan berbangga dengan kejayaan Hero Malaysia ini yang menunjukkan semangat juang yang tinggi di dalam setiap aksi kayuhan beliau.

Pengorbanan yang dilakukan demi negara memberikan makna yang cukup signifikan biar apa pun warna kilauan pingat tersebut.

Ia tetap emas di hati seluruh rakyat Malaysia dan jutaan terima kasih kerana berjaya menyumbang pingat perak buat kontingen negara.

💪Syabas 'The Pocket Rocketman'!👏🙌





4 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG AARON CHIA DAN SOH WOOI YIKFuh, perjuangan Aaron Chia dan Wooi Yik berakhir dengan ...
31/07/2021

4 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG AARON CHIA DAN SOH WOOI YIK

Fuh, perjuangan Aaron Chia dan Wooi Yik berakhir dengan cemerlang di Olimpik Tokyo. Baru saja tadi kita disajikan dengan game yang sangat intense dan sengit. Mana taknya, daripada ketinggalan satu set kepada beregu indonesia, dalam sekelip mata buat epic comeback untuk dapatkan pingat pertama buat Malaysia dalam Kejohanan Olimpik Tokyo 2020. Jadi harini, min nak kongsikan 4 Fakta menarik berkenaan 2 pemain muda yang semakin meningkat naik ini.

1. KEJUTAN TEWASKAN WORLD NO. 1 DI OLIMPIK TOKYO

Power betul dorang ni, min ingat game ni, by facts untuk kali pertama dalam 8 perlawanan bertemu pasangan Indonesia Marcus Fernaldi Gideon and Kevin Sanjaya Sukamuljo, Chia dan Soh berjaya cipta kemenangan bersejarah. Dahlah baru first olimpik. Caiyalah.

2. TOP 10 PASANGAN BEREGU TERBAIK DUNIA

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berada di ranking ke-9 dunia dalam kategori beregu badminton lelaki dengan mengutip 65,228 mata kumulatif daripada 28 perlawanan.

Dan apa yang lebih menarik, merekalah satu-satunya beregu lelaki negara yang tersenarai dalam Top 10 dunia. Setakat ini, daripada 135 perlawanan, mereka telah menang sebanyak 83 perlawanan dan kalah 52. Power kan!

3. MEREKA HANYA MEMENANGI SATU-SATUNYA PINGAT EMAS IAITU DI SUKAN SEA 2019

Walaupun mereka berada dalam 10 terbaik dunia, mereka hanya dapat pingat emas pertama mereka pada sukan Sea Filipina 2019 sejak menjadi pasangan regu pada tahun 2015.

Pada perlawanan akhir, mereka menentang pasangan beregu daripada Thailand Bodin Isara and Maneepong Jongjit. Walaupun mereka kalah pada first set, tapi mereka berjaya melakukan kebangkitan apabila menang 2 set berikutnya. Situasi sama berlaku pada perlawanan tadi apabila mereka berjaya buat twist pada second set dan mengheret ke rubber set. Memang King of Comeback betul!!

4. CHIA BERASAL DARIPADA MELAKA, WOOI YIK BERASAL DARIPADA KUALA LUMPUR

Chia dan Soh masih muda, dan merupakan prospek masa depan negara. Mereka mungkin akan mengecapi beberapa kali perjuangan di medan olimpik sebelum bersara. Nama penuh Chia ialah Aaron Chia Teng Fong. Beliau berumur 24 tahun dan sudah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.

Wooi Yik p**a berasal daripada Kuala Lumpur. Beliau berumur 23 tahun dan beliau mula bermain badminton sejak berumur 4 tahun lagi.

Amaze betul min dengan semangat juang dorang tadi. Rakyat Malaysia pasti berbangga dengan pencapaian Chia dan Wooi Yik dalam meraih pingat gangsa pertama Olimpik Tokyo 2020 buat Malaysia. Min yakin yang mereka merupakan sinar dan prospek jangka masa panjang negara dalam arena badminton negara.

Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik!! Anda hebat!

-Admin Jad-

Address

Teluk Intan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DACS TELUK INTAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share