Kelab Silat Olahraga Panglima Ledang

Kelab Silat Olahraga Panglima Ledang Page Rasmi Kelab Silat Olahraga Panglima Ledang
No Pendaftaran KBS: C-JHR-12227

18/06/2025
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًاMaksudnya: “S...
20/03/2025

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”

Riwayat al-Tirmizi (807)

Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia, Kelab Silat Olahraga Panglima Ledang ingin mengambil sebahagian fadhilat sebagai mana hadis diatas untuk memberi makan untuk umat islam yang berpuasa.

Program Bubur Lambuk KSOPL akan diadakan pada ketetapan 22 Mac 2025 dimana ianya adalah usahasama dari keluarga besar KSOPL yang memberi sumbangan dana juga tenaga bagi memastikan program berjalan dengan baik. Agihan bubur lambuk akan dibuat di rumah anak yatim, madrasah dan juga tempat awam.

Doakan program ini berjalan dengan lancar !!!

20/03/2025

Selamat Datang ke Page Rasmi Kelab Silat Olahraga Panglima Ledang (KSOPL)

KSOPL adalah platform bagi mereka yang berjiwa pahlawan dan ingin menyelami keindahan serta falsafah warisan Bangsa Melayu. Di sinilah bermulanya perjalanan untuk membentuk generasi baharu yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan silat olahraga, tetapi juga berperanan sebagai pemelihara budaya dan maruah bangsa.

Kami percaya, setiap langkah di gelanggang adalah cerminan jatidiri, disiplin dan semangat yang diwarisi sejak turun-temurun. Bersama KSOPL, kami bukan sekadar melahirkan seorang pesilat, tetapi pewaris nilai dan adab yang tinggi dalam dunia persilatan.

KSOPL – Melahir Pewaris, Menjulang Warisan.

Address

Kampung Padang Lerek
Tangkak
84900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Silat Olahraga Panglima Ledang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share