Cerita Novel Edinburgh Dean

Cerita Novel Edinburgh Dean Penulis Cerita Epik haiwan liar. Cerita ini bukan sekadar kisah haiwan seperti yang sering kita dengar sejak kecil. Edinburgh Dean

Ini kisah tentang perjuangan haiwan dalam mempertahankan tempat tinggal mereka.

10/08/2026

Bab 6
Penyerahan yang rela

Malam yang sunyi, bunyi cengkerik memecah kesunyian. Keluang Buah masih lagi membuat rondaan, seekor keluang buah sedang terbang legar di kawasan dusun. Gelap serta kedinginan malam menyelubungi kawasan.

Sedang leka terbang sambil meneliti setiap sudut pokok pisang dan semak samun. Tiba-tiba “zup!!” Sesuatu menangkap Keluang Buah itu dengan sekelip mata.

Keluang Buah lain sedang lena tidur di dahan pisang. Tanpa mereka sedari, sepasang mata merah muncul dari dalam kegelapan. Dua tangan perlahan-lahan menghampiri seekor Keluang Buah yang sedang tidur.

“urgh…” Kepala dicengkam menutup suara Keluang Buah yang sedang tidur itu.

Cakar yang sedang terbang dengan yang lain di atas dusun, tiba-tiba mengesan sesuatu.

“Kenapa aku merasa tidak enak, adakah sesuatu terjadi?”

Cakar merendah terbangnya, menuju ke kawasan kawanan yang sedang tidur. Dia melihat sekeliling, dia terkejut semua Keluang Buah yang tidur tidak kelihatan. Keadaan menjadi sunyi sebentar. Tiba-tiba, Cakar ditangkap. Kedua sayap cakar dipegang erat, sekuat seperti kunci mangga.

Jingga yang menangkapnya.

Mata jingga merah menyala, dikala waktu malam gelap, makin gelap makin terang merahnya.

“Argh……sayap aku..erh..”

Suara Cakar meraung kesakitan, kedengaran telah membuatkan semua Keluang Buah dilangit berhenti meronda.

“Kamu mahu ketua kamu hidup?? Atau Mati??”

Terjelas suara garau Jingga kedengaran waktu malam.

“Cakar!!” Pekik Kibar yang terbang bersama di langit.

“Saudaraku bersedia untuk menyerang!!!”

Semua Keluang Buah memutarkan badan mereka ke daratan dan membentuk satu gerombolan untuk menyerang ke bawah.

“Hiyarh!!!!”

Jerit semua Keluang Buah.

Jingga dengan tenang, lalu mengigit sayap kanan Cakar.

“Arh!!!”

Kibar menyaksikan hal itu, lalu mengarahkan semua berhenti.

“Nanti!! Berhenti semuanya..”

Semua Keluang Buah memperlahankan penerbangan mereka dan memutarkan badan ke udara sekali lagi.

Kibar yang melihat kejadian terpaksa ke daratan untuk berunding dengan Jingga.

“Nanti jangan..tolong jangan cederakan dia..”

“Er…Kibar apa kau buat jangan berhenti serang mereka!”

“Krak..”

Bunyi tulang retak akibat gigitan Jingga.

“Arh…”

Cakar meraung kesakitan. Darah meleleh keluar dari sayapnya.
Mata Jingga meliar melihat semua Keluang Buah.

Lalu keluar semua Gorila Bengis dari belukar yang berdekatan dengan pokok pisang sambil memegang beberapa ekor Keluang Buah.

“Apa aku harus aku buat?” Tanya Hati Kibar.

“Mereka semua sudah pun ditangkap. Cakar, p**a ditangkap oleh ketua mereka. Kami tidak boleh buat apa-apa kerana semakin kami ingin menyerang, semakin kuat gigitannya terhadap sayap Cakar.”

“Kibar… jangan risaukan aku. Ingat janji kau untuk melindungi Lembah ini.”

“Krak..”

Bunyi tulang makin retak, Cakar hanya mampu menahan kesakitan.
Kibar sangat bingung, semua nyawa Keluang Buah di tangannya.
Kibar melihat beberapa ekor Keluang meronta-ronta meminta dilepaskan, ada yang menangis dan ada yang tercedera.

“Apa yang harus aku lakukan??”

“Cakar kau sungguh baik pada ku, kau mengajarku erti kepimpinan dan tanggungjawab, dari kecil aku mengikuti jejak kau agar aku layak menjadi pengikut setia serta pelindung Lembah ini.”

Kibar tiada pilihan lain.

“Cakar maafkan aku. Ya, aku ingin melindungi Lembah ini maka aku harus membuat Keputusan yang amat sukar.”

Kibar mendarat di atas tanah, dan melangkah kehadapan Jingga yang memegang kedua sayap Cakar.

“Wahai ketua Gorila Bengis, lepaskanlah dia, aku..tidak..kami..”

Cakar terkejut, Jingga tersenyum sambil memaparkan giginya yang mengigit sayap kanan Cakar. Manakala, penduduk Keluang Buah yang lain menunjukkan reaksi yang tidak selesa dengan apa yang ingin dikatakan oleh kibar.

“ Menyerah..”

Kibar menitis air mata ketika mengungkapkan perkataan itu.

“hahaahahahah…hahaha!!!!haahahah!! phuih..”

Jingga ketawa sambil meludah darah dari mulutnya.

“Ruarrr!”

Jingga meraung sekuat-kuatnya, tanda dia puas hati kerana berjaya menakluki Lembah Dusun Pisang.

“rakrr…uhuhuhuhuh..gar…”

Semua Gorila Bengis sorak kemenangan.

Cakar tidak berdaya lagi, tubuhnya terkulai di tangan Jingga. Dia memandang Kibar yang sedang menangis di hadapan nya kerana terpaksa.

“Err…maafkan aku..maafkan aku..urr..u..”

Kibar menunduk menahan tangisan.

Jingga memandang ketua Keluang Buah.
“Kau mempunyai pengikut yang amat setia sama kau..”
Sambil memegang sayap kiri cakar, sayap kanan dilepaskan, menitis darah dari kecederaan Kesan gigitan Jingga ke atas tanah bercucuran tanpa henti.

Jingga mengangkat ketua Keluang Buah ke atas menggunakan tangan kanannya dan berkata.

“Wahai Pengikut ku sekalian, kita berjaya memiliki Lembah ini…hahaha.”

Semua Gorila Bengis bersorak sambil ikut mengangkat keluang buah yang di tangkap oleh mereka juga.

“Malam ini kita bergembira…"

Dalam keadaan mereka bersorak, seekor Keluang Buah tidak dikenali menyerang hendap Jingga.
Kibar terkejut, perasaannya sedang kecewa bertukar seketika menjadi semangat. Kerana ada harapan untuk menang.
Semua haiwan di situ juga terkesima.

Tetapi.

Jingga pantas menangkap Keluang Buah yang berani itu dengan tangan kiri, lalu memakan kepala Keluang Buah tersebut.

Rupanya Kibar silap, harapan yang dirasainya itu punah dalam sekelip mata.

Mata yang berkaca telah hilang, muncul Kembali.

Jingga memakan kepala Keluang Buah itu dengan rakus, percikan darah merata dia tanah.

“hmm..hahaha..siapa lagi berani menyerang ku akan aku ratah mereka hidup-hidup..”

Semua Keluang Buah yang terbang di langit berhenti dan terpaksa mendarat kerana terkejut melihat saudara mereka dimakan didepan mata mereka sendiri.
Mereka juga terpaku dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Kibar hanya terdiam seribu Bahasa.

Di malam selepas serangan

Semua Gorilla Bengis sedang berpesta, mereka memakan buah pisang yang telah dimiliki oleh mereka.

Manakala, kaum Keluang Buah hanya duduk di tepi pokok pisang sambil melihat tempat mereka dikuasai.

Cakar p**a dibiarkan di atas tanah selepas diangkat oleh Jingga sebagai tanda kemenangan.

Dia sedang nazak, cedera parah dan darahnya tidak berhenti mengalir.

Kibar cuba mendekati, tapi dihalang oleh Gorila bengis yang sedang bergembira, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Kaum Keluang Buah hanya mampu melihat ketua mereka terbaring kaku di atas tanah.

“Mulai hari ini..” Jingga bersuara.

Semua Gorila berhenti berpesta

“Lembah Dusun Pisang ini adalah tempat bekalan makanan kita, setiap pohon, daun, dan batang nya adalah harta kita”.

“Iya..hahhahh” sorak pengikut-pengikut Jingga

“Wahai Kaum keluang Buah.” Sambil memandang mereka di tepi pokok pisang.

Kaum Keluang Buah terkejut dan mengangkat badan mereka untuk mendengar kata-kata jingga.

“Mulai hari ini aku ketua baharu kamu semua, dan kamu semua adalah pengikut ku, kamu semua adalah tentera ku..hahahah”.

“Jika ada yang cuba melawan ku..” Mata berkerut hingga menampakkan kemerahan.

“Bukan seperti Keluang tadi aku lakukan, malah lebih kejam dari itu.”

“Faham! Hahahahah..”

Semua Keluang Buah hanya terdiam, masing-masing melihat diri sama diri, ada yang mengeleng kepala kerana mengenang nasib, ada yang menangis kuat, ada yang bermuka muram.

Kibar p**a hanya kaku setelah mendengar kata-kata ketua Gorila itu, dia juga berfikir adakah tindakannya salah atau betul, dia tidak tahu. Kibar hanya menundukkan kepala.

Manakala, Cakar. Dia sudah tidak bernyawa.

TAJUK: Kisah Perjuangan Haiwan Liar
Penulis: Edinburgh Dean
Boleh baca di Applikasi Wattpad Dan Novelplus

Call now to connect with business.

Teaser Bab 6...............................................................................................................
05/08/2026

Teaser Bab 6........................................................................................................................................
Penyerahan yang rela

"Kamu mahu ketua kamu hidup?? Atau mati??"

19/06/2026

Bab 5
Penaklukan ketiga

Sebelum kejadian serangan.

Langit mendung tiada hujan, tapi angin sentiasa meniup persekitaran hutan, dedaun berterbangan mengikut alunan.

Kelihatan dua manusia, menujah jalan yang dekat dengan sebuah Dusun yang tiada pemilik.

Mereka menaiki motorsikal berbonceng dan berhenti seketika sambil memandang keadaan Dusun itu.

“Woi… banyak pisang dusun ni kan? Kalau kita petik jual dekat pasar, mesti untung.”

Kemudian lelaki di hadapan nya menjawab.

“Ish apa kau gila, kau tengoklah dusun ini meski pun tuan punya dusun sudah tiada tetapi dusun ini seperti nya sentiasa terjaga.”

Mata mereka tertumpu kepada sekitar dusun

“Kau tengok, keluang banyak terbang sana sini”

sambil menunjuk atas langit dikawasan dusun tersebut.

“Aku syak Dusun ini seperti nya berpenunggu, aku tidak berani menjejaknya.”

“Ah..sudah lah mari kita beredar, makin seram p**a aku”.

Kedua lelaki itu tadi terus beredar dari tempat kejadian.

Pada masa yang sama di tempat yang sama.

Dusun yang ditakuti oleh sesetengah penduduk kampung itu adalah merupakan habitat kawasan milik kaum Keluang Buah, Dusun yang luas, besar dan sentiasa subur walaupun tidak dibaja.

Itulah,

Lembah Dusun Pisang.

Satu ketika dahulu ia milik seorang lelaki tua yang sangat uzur, dia rajin menanam pisang. Bukan itu sahaja malah dia tidak lokek memberi pisang hasil tanaman nya kepada haiwan lain di sekitar dusun nya.
Tetapi umur nya tidak panjang, dia meninggal dunia. Selepas itu Dusun nya dikerumuni oleh banyak keluang.
Pemandangan dusun yang agak semak samun, daun pisang mati bertimbun di atas tanah tetapi buah pisang masih ada.
Keluang terbang berlegar di langit dusun, ada yang hinggap di daun pisang untuk berehat, ada yang makan buah pisang, dan ada yang sedang berkumpul di darat.

“Bagaimana keadaan benteng?”
Ketua Keluang Buah, nama nya Cakar.

“Keadaan masih kuat Cakar, jangan risau bukan sahaja manusia, haiwan lain juga tidak boleh lalu kawasan kita.”

Jawap pengikut nya yang berada dalam kump**an.

“Bagus pastikan sentiasa dalam kitaran, sentiasa pasang mata dan telinga.”

“Cakar..Cakar..” suara keluang lain memanggil.

“Ada apa?” Cakar menoleh kebelakang.

Seekor keluang yang kecil, nama nya Kibar. Pembantu setia Cakar.

“Cakar, ketua tikus merah mahu jumpa dengan kau”

“Kenapa?” Tanya Cakar.

“Katanya hal penting, berkenaan kawasan kita.”
Cakar berkerut kening, memikirkan sesuatu.
“Sudahlah, bersurai semua.”

Perjumpaan menjadi tamat setelah Cakar dipanggil oleh kaum haiwan lain.

Cakar melebarkan sayapnya yang besar dan terbang bersama kibar untuk bertemu dengan Ketua Tikus merah.

Kaum Tikus Merah, mereka juga tinggal di Lembah Dusun Pisang, berkongsi habitat tetapi tinggal dibawah tanah, dengan syarat harus menjadi mata kepada Keluang Buah.

Ketuanya, Ruban nama nya. Menunggu di lubang tanah berdekatan dengan daun rumput yang tinggi agar tidak dilihat oleh musuh.

Tidak lama kemudian sampailah Ketua Keluang Buah, Cakar dan pembantu nya kibar.

“Ada apa Ruban?”

Ketua tikus merah keluar dari lubang lalu menuju Cakar.

“Cakar, aku bukan ingin menakut-nakutkan tetapi pengikut aku baru sahaja membawa kabar dari luar dusun, bahawa akan ada serangan nanti.”

“Serangan, siapa yang ingin menyerang kawasan kita?” Tanya cakar.

“Aku pernah dengar cerita tentang kaum ini, tetapi tidak sangka p**a mereka bertindak begini.”

Ruban memandang ke arah hutan.

“Katakan sahaja kepada aku siapa, akan ku kerahkan pengikut aku untuk berjaga nanti.” Tegas Cakar.

Bunyi angin memecah kesunyian.

“Kaum Gorila Bengis mahu buat penaklukan.”

Nada Ruban bertukar risau.

“Penaklukan?” Cakar menoleh ke tempat lain.

“Buat masa ini mereka sudah takluk berapa tempat?” Tanya Cakar.

“Kata pengikut aku, mereka sudah takluk dua kawasan dan sekarang mereka ingin ke sini.”

Perasaan Cakar bertukar menjadi kurang senang.

“Aku pernah dengar tentang Gorila Bengis… kalau benar mereka datang, maknanya Dia sudah nekad. Cis!”

Hati cakar bengang.

“Berapa lama mereka akan sampai?” Cakar ingin bersiap.

“Mungkin esok atau lusa, tapi kita harus jaga-jaga kerana mereka akan sampai bila-bila masa.” Nasihat Ruban.

“Baiklah biar kami bersiap siaga, kau buatlah apa yang patut untuk melindungi kaum kau.”

“Iya kami mungkin tidak berlawan tapi lebih baik bersembunyi atau melarikan diri sebentar di tempat lain”.

Pertemuan Cakar dan Ruban mungkin akan menjadi terakhir.

“Ayuh kita gerak sekarang Kibar?” Arah cakar.

“Baik Cakar.”

Mereka melebarkan sayap dan terbang menuju ke tempat berkumpul tadi.

Ruban si Ketua Tikus merah p**a kembali kepada lubang tanah lalu terus ke bawah tanah, tempat tinggal mereka dan memaklumkan kepada pengikutnya serta kaum nya untuk bersiap.

Menelusuri lorong bawah tanah yang sempit dan gelap, akar-akar pokok berselirat di siling tanah, sebelum terbuka kepada ruang besar tempat Kaum Tikus Merah tinggal.

Sehingga ke permukaan besar bawah tanah. Terlihat kawanan tikus merah yang sedang kumpul makanan, ada yang berbincang, ada yang memindahkan anak-anak kecil mereka yang baru lahir ke sesuatu tempat.

Ruban melihat tanah tumbuh ditengah permukaan lalu naik dan menjerit.

“Dengar semua sekalian, akan ada penaklukan di atas tanah, aku tidak jamin yang mereka hanya menyerang atas tanah tapi mungkin di bawah, segera bersiap kita mungkin akan bersembunyi di tempat lain. Sekarang!”

Semua tikus bertukar risau dan mula melakukan kerja pemindahan.

Manakala ruban memerhati atas seolah-olah memikirkan bagaimana Nasib Kaum Keluang Buah.

Malam yang sunyi, bunyi cengkerik memecah sunyi malam, bulan penuh awan hitam, kelihatan keluang buah berlegar di atas.

Manakala di darat p**a kosong kerana semua keluang sedang berehat dengan bergayut terbalik di daun pisang.

Pada malam itu semua keluang tidak dibenarkan mencari makanan hanya tinggal di sarang untuk buat sementara waktu.

Hanya Cakar sahaja di daratan memerhati sekeliling.

“Jika benar mereka datang kenapa aku tidak mengesan apa-apa?” kata dalam hati cakar.

“Aku langsung tidak dapat menghidu serta mengesan tentang kesan gerakan mereka, apa tikus merah silap memberi khabar atau…” Cakar merasa musykil.

Cakar melebarkan sayap dan terbang ke atas bersama keluang yang lain.

Pada waktu yang sama, dari jauh, di seberang jalan ada hutan tebal, gelap tapi ada sepasang mata memerhati.

Ia nya warna merah, bukan satu tapi banyak pasang mata, seperti sedang bersedia.

TAJUK: Kisah Perjuangan Haiwan Liar
Penulis: Edinburgh Dean
Boleh baca di Applikasi Wattpad Dan Novelplus

With Hilal Asyraf(Official) – I just got recognized as one of their top fans! 🎉
18/06/2026

With Hilal Asyraf(Official) – I just got recognized as one of their top fans! 🎉

Hi Salam Sejahtera,Minta maaf semua, proses penulisan bab 5 agak lambat sedikit dek kerana kesibukan hidup normal sebaga...
14/06/2026

Hi Salam Sejahtera,
Minta maaf semua, proses penulisan bab 5 agak lambat sedikit dek kerana kesibukan hidup normal sebagai manusia 🤭
Oleh itu harus bersabar Dan berharap saya kekal tabah untuk menyiapkan bab 5 ini dengan baik.

Ba kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Next Teaser Bab 5 saya bagi hint..👇Novel Cerita haiwan Liar
24/05/2026

Next Teaser Bab 5 saya bagi hint..👇

Novel Cerita haiwan Liar

01/05/2026

Bab 4
Tempat perlindungan dan Sumber hidup Kera Siamang Bunga

Anak Kera siamang bunga bermain dan berkejaran di permukaan tanah, kelihatan sepohon pokok yang tinggi. Bersih, luas dan menghijau. Itulah Lembah Pokok Tinggi.

Bersebelahan dengan Sungai yang indah, tenang dan besar.
Di permukaan,
ibu kera mencari kutu dalam bulu anak mereka, dan yang tua p**a sedang berehat sambil menikmati buah yang mereka cari.

Di atas pokok yang amat tinggi dan besar itu, ada seekor Kera Siamang Bunga yang memimpin kera lain.

“Hati-hati ya jangan laju.. bawa buah-buahannya dengan perlahan.”
Ini Tunggal,
Yang paling bijak serta sanggup memimpin kaumnya yang tidak berupaya, Kera Siamang Bunga amat mahir dalam mencari buah-buahan dan menyimpan di dalam sarang untuk sumber hidup yang akan datang.

“Abang Tunggal, cukup ka buah-buahan ini?”
Tanya seekor kera yang sedang mengangkat buah.

“Cukup..hingga selepas musim hujan nanti, jangan risau aku tahu cara mengurusnya” Tunggal dengan yakin dengan caranya.

“Abang Tunggal….mari main..Tadi kata abang mahu ikut serta” seekor anak kera siamang kecil dari lantai tanah mengajak Tunggal bermain.

“Sebentar ya adik abang akan turun ya”
Tunggal turun dengan lincah menggunakan sulur dahan dari pohon tinggi itu,

“hah sekarang siapa mahu kejar abang??”
“Saya abang..”
“Tidaklah saya dahulu minta tadi”
“hah! Tidak saya dahulu!”
“Saya dahulu!” “Saya dahulu!!”

Kedua anak kera kecil berkelahi berebut ingin bermain kejar dengan Tunggal.

“Hah sudahlah jangan bergaduh. Senang saja, kamu berdua kejar abang lagi bagus abang kan seekor saja senang ditangkap.”

Cadangan Tunggal kepada kedua anak kera itu.

“Asalkan jangan kejar hingga terlalu dekat dengan Sungai itu iya?” Pesan Tunggal,

“Baik abang Tunggal.” Keduanya senyum mengganguk faham.

“Tunggal??”

Seekor Kera menjerit memanggil Tunggal

“Itu bunyi si Pendek”, Tunggal menoleh belakang.

“Ada apa kamu ini macam melihat harimau sahaja, Lembah ini jarang ada harimau.”

“Mereka datang lagi Tunggal, mereka datang lagi.”

Nada takut Pendek

Tunggal teringat sesuatu, “tidak bukan sekarang..’’

“Bawa anak-anak naik ke pokok, semua yang tua dan ibu-ibu juga naik ya, yang betina juga sama.” Arah Tunggal.

Tunggal tahu siapa yang datang itu.
Di kawasan Semak yang dekat kepada pokok tinggi itu.
Muncul Gaha.

Gaha menepis dedaun besar yang menghalang jalannya.
Dia tidak bersendirian. Dia bersama pengikutnya.

Menuju ke hadapan Tunggal,
Gaha menatap setiap arah dengan mata tajamnya,
dia meneliti.

“Mana semuanya?”
“Oh.. sudah tahu kehadiran kami ya?? Hahaha.. bijak kau Kera Siamang Bunga atau aku panggil,”
Kepala mendekat.

“Ketua Tunggal.” Gaha memperli Tunggal.

Tunggal tidak gentar kerana dia tahu keadaan.

“Apa hajat datang kali ini tuan Gaha?” Tanya Tunggal.

Gaha menunding jari ke Tunggal.

“Tak usah kau berdalih lagi, bukan kah aku sudah bagi kau peluang untuk beberapa hari, serahkan sahaja kepada kami.”

“Atau kaum kau terima akibatnya” riak muka Gaha berubah.

“Sabar dahulu Tuan Gaha berehatlah dahulu makan buah yang kami petik ini hehehe.”

Tunggal menghulurkan buah
Ditepis oleh Gaha, buah jatuh bergolek.
Gaha lalu menolak kasar Tunggal.
Jatuh kejauhan.

“aduh..hah..Tuan tolong tuan jangan??” Rayu Tunggal.

“Aku sudah kata serahkan saja tempat kau ini jangan banyak helah lagi aku sudah tahu semua nya..”
Gaha berdiri hingga menampakkan bayang menutupi badan Tunggal.

“Abang Tunggal!!” Jerit anak kera dia atas pokok tinggi.

“Tidak jangan keluar!!” Jerit Tunggal.

“Sudah aku duga, kau sembunyikan mereka ya, dasar bijak tapi bacul.”
Sambil mengengam dan tegangkan tangannya.

“Aku bukan bacul sembarangan, aku tidak gentar sama kau Gaha.” Tunggal angkat perlahan,
“Kau bukan apa-apa kalau tiada abang mu dan juga ayahmu, kau hanya gorila yang bodoh.”

Tunggal bengang akan sikap Gaha yang hanya menunjuk.

“Kurang hajar kau!!! Hiyah!”
Gaha memberi tumbukan terus ke muka Tunggal.
“har..”
Tunggal terpelanting lalu berguling hingga ke tepian Sungai.

“Kau berani kata begitu sama aku heh?”

Gaha berjalan menuju kehadapan Tunggal yang sedang gigih mengangkat diri untuk berdiri.

“Nampaknya kawasan ini memang mahu dilayan bagus, tapi aku harus layan kau dahulu heheh bolehkah Tuan Tunggal”

Belum sempat Tunggal menatap Gaha, Gaha memberi satu tamparan kuat kepada Tunggal lalu menyebabkan Tunggal jatuh ke Sungai yang deras.

“Abang Tunggal!!” jerit tangisan Anak kera.

Kera Siamang Bunga tidak pandai berenang.

“wuh..tolong..tolong aku..har..” Tunggal meronta.

“Hah! Kau tengok, siapa bodoh..hhahah..” Gaha mencebik ke arah Tunggal yang jatuh Sungai.

Tunggal dibawa arus Sungai. Meronta-ronta sehingga tunggal tidak dapat menahan diri lagi.

Manakala di dalam Sungai. Ada Mata yang tidak berkelip.

“uh..op..harr..tolong..gulp..arh..”

Tunggal hampir lemas, tangan yang terkapai makin tenggelam.

Tetapi.

Tangan Tunggal disambut..

“Fuah..ha..huh??” Tunggal ditarik.

“Bertahan, pegang kuat-kuat aku Tarik kau ke atas.”
SURA muncul membantu.

Dia bergayut satu dahan pokok besar tidak jauh dari kawasan kera siamang bunga tadi.

“hiyah cepat naik atas dahan dengan ku”

Tunggal bergegas naik dalam keadaan basah kuyup serta mengah kerana hampir lemas.

Selepas Tunggal naik ke dahan.
Satu bayangan besar kelihatan didalam air hanya lalu sekejap dan hilang.

“mari kita beredar, sini bahaya” kata sura.

Tunggal hanya mengangguk lemah.
Mereka duduk berehat di atas dahan besar jauh dari Sungai.
Tunggal masih tercungap-cungap.
Nafasnya berat, tubuhnya menggigil akibat kesejukan dan ketakutan yang masih bersisa.
Sura memandang ke arah sungai yang deras itu. Matanya tajam, seolah-olah mengesan sesuatu.

“Tempat itu… bukan sekadar sungai biasa,” kata Sura perlahan.

Pandangannya masih terarah ke air yang mengalir.
“Semasa aku tarik kau tadi… aku nampak sesuatu di dalam air.”

Tunggal mengangkat wajahnya, masih lemah.
“Iya Sungai itu mempunyai penjaga”.
“Apa maksud kau?” Sura mengerut kening.

Tunggal menarik nafas perlahan.
“Pemilik Sungai ini, ia besar dan sedang memerhati. Jika ada yang mendekat, dia akan menyerang. Sebab itulah kami dilarang dekat dengan Sungai itu, walaupun tempat tinggal kami dekat dengan nya.”

Angin hutan bertiup perlahan, dedaun bergetar halus.

“Maka, kita tidak selamat di sini. Kita harus beredar ke tempat lain.” Nasihat Sura kepada Tunggal.

Tunggal Kembali segar dari kesejukkan. “Kemana kita hendak pergi?”

“Mencari bantuan untuk mengalahkan Gorila Bengis.”

Sura menuruni dari atas dahan ke bawah pohon diikuti oleh Tunggal.
Sura terus memandang jauh ke arah Perhutanan Kelam.
Nada suaranya berubah serius.

“Gorila Bengis… mereka tidak akan berhenti di sini. Aku rasa habitat kau sudah pun dikuasai, kalau kau mahu ikut aku, aku akan membantu kau, kita bersama menentang mereka.”

Tunggal menggenggam tangan dengan kuat, kepalanya tunduk, mata sedikit berkaca.

“Habitat kami… tidak akan bertahan lama.”

Sura berpaling memandangnya.

“Kalau begitu… kau kena buat keputusan sekarang.”
“Lawan… atau lari.”

Suasana menjadi sunyi seketika.
Di kejauhan…

kedengaran raungan Gorila bergema dari arah lembah.
Tunggal memejam mata seketika.
Kemudian, dia membuka matanya semula.

“Kalau aku lari… aku kehilangan segalanya.”

Sura mengangguk perlahan.

“Kalau kau lawan… kau mungkin kehilangan nyawa.”

Tunggal menarik nafas dalam.

“…Aku tidak akan biarkan kaum aku lenyap begitu sahaja.”

Sura tersenyum nipis.

“Bagus. Kalau begitu… perjalanan kita bermula sekarang.”

“Kemana kita hendak pergi?” Tanya Tunggal.

Sura menjawap sambil menunjuk arah.

“Ke Lembah Dusun. Di Seberang sana. Satu hari perjalanan dari sini. Dekat dengan jalan kampung ke tempat tinggal manusia.”
“Disana, ada Keluang Buah mungkin kita boleh minta tolong dari mereka.”

Semasa mereka mulakan perjalanan.
Tiba-tiba Tunggal berhenti, dan dia terdengar perbualan burung kecil di atas dahan.

Wajahnya berubah.
Tunggal rasa teragak-agak untuk mengatakan kepada Sura.

“Sahabat?”

“Aku rasa kita terlambat.”

Sura menoleh kebelakang.
“Kenapa?”

Tunggal menunjuk arah kepada burung di dahan.
“Aku dengar dari burung itu mengatakan..”

Diam seketika.

“yang Lembah itu akan diserang nanti.”

Sura terdiam. Riak wajahnya berubah.

TAJUK: Kisah Perjuangan Haiwan Liar

Penulis: Edinburgh Dean

Boleh baca di Applikasi Wattpad Dan Novelplus

Bab 4 akan menyusulTeaser Bab 4Kisah Perjuangan Haiwan Liar“Bertahan, pegang kuat-kuat aku Tarik kau ke atas.”SURA muncu...
30/04/2026

Bab 4 akan menyusul

Teaser Bab 4

Kisah Perjuangan Haiwan Liar

“Bertahan, pegang kuat-kuat aku Tarik kau ke atas.”
SURA muncul membantu.

Address

Sibu Jaya
Sibu
96000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cerita Novel Edinburgh Dean posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category