28/10/2025
PERTANDINGAN AKHIR KELING & KUMANG KARNIVAL SELANGAU 2025 MERIAHKAN PENGHUJUNG KARNIVAL
Selangau, Ahad — Suasana penuh warna-warni dan semangat budaya menyelubungi Pentas utama Karnival apabila Pertandingan Akhir Keling & Kumang Karnival Selangau 2025 berlangsung dengan jayanya pada Ahad lepas. Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini berjaya menarik perhatian ratusan pengunjung yang hadir bagi menyaksikan keanggunan dan karisma para finalis yang mewakili komuniti masing-masing.
Seramai enam peserta lelaki dan enam peserta wanita telah berjaya mara ke peringkat akhir selepas melalui beberapa saringan awal. Dalam pusingan terakhir ini, para peserta diuji dari segi kebolehan menjawab soalan dalam Bahasa Iban, sekali gus menonjolkan kecekapan mereka dalam memahami dan menghayati bahasa serta adat budaya masyarakat Iban.
Selain itu, setiap peserta turut mempersembahkan bakat istimewa masing-masing, termasuk main adat asal tradisional, tarian kebudayaan, dan persembahan kreatif yang mencerminkan keindahan warisan sukukaum iban. Persembahan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat individu, malah menzahirkan semangat cinta terhadap budaya Iban yang diwarisi turun-temurun.
Penganjuran pertandingan ini bertujuan memupuk rasa bangga terhadap identiti budaya, memperkukuh perpaduan komuniti, serta memberi peluang kepada generasi muda untuk menyerlahkan bakat dan kepimpinan mereka.
Majlis penutup diserikan dengan kehadiran
Turut hadir memeriahkan majlis ialah:
✨ YB Senator Rita Sarimah Patrick Insol
✨ YBhg Cr. Sempurai ak Petrus Ngelai, Pengerusi Majlis Daerah Sibu (SRDC)
✨ Ybrs Tuan Yalin ak Asan, Pegawai Daerah Selangau
✨ Ybrs Cr. David Entulu, Pengerusi Pengelola Karnival
✨ Ybrs En. Ng Siang Wei, Setiausaha SRDC
serta ahli-ahli Majlis,
ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kaum dan masyarakat setempat. yang turut menyampaikan hadiah dan penghargaan kepada para pemenang. Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan serta jualan produk tempatan sepanjang karnival berlangsung.
Karnival Selangau 2025 sekali lagi membuktikan bahawa warisan budaya masyarakat Iban terus hidup dan menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan serta memperindah identiti daerah ini.