08/10/2025
Thank you Uitm Faculty of Music !
UITM CHAMBER CHOIR (UCC) DARI FAKULTI MUZIK, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SEKALI LAGI MENGHARUMKAN NAMA NEGARA APABILA MENCIPTA SEJARAH DI PENTAS ANTARABANGSA.
Acara African Asia Pacific Choir Games yang berlangsung di Mauritius bermula 27 September 2025 lepas adalah salah sebuah pertandingan koir berprestij di dunia anjuran Interkultur. Ianya menghimpunkan penyertaan daripada 53 koir mewakili 14 buah negara. Alhamdulillah, peluang yang diberikan kepada anak-anak seni UiTM ini membuahkan hasil apabila mereka meraih pingat emas dalam kedua-dua kategori yang disertai, iaitu Chamber Choir dan Equal Voice.
Bukan itu sahaja, UiTM Chamber Choir (UCC) turut mendapat gelaran tertinggi, iaitu Grand Prix de Nation bagi kedua-dua kategori. Ianya adalah sebuah pengiktirafan eksklusif yang hanya diberikan kepada koir terbaik daripada keseluruhan pertandingan. Gelaran ini melambangkan UiTM bukan sahaja berjaya menjuarai kategori yang disertai, tetapi juga diiktiraf sebagai antara yang paling unggul dalam kalangan semua pasukan antarabangsa.
Seramai 25 orang pelajar Fakulti Muzik telah menggalas cabaran ini di bawah bimbingan konduktor dan pensyarah, Cik Maryann Magdalena Linnis, serta diiringi oleh Dekan Fakulti Muzik UiTM, Prof. Dr. Tazul Izan Tajuddin.
Kemenangan ini bukan sekadar sebuah trofi, tetapi bukti nyata bahawa anak bangsa mampu bersaing di gelanggang antarabangsa dengan bakat, disiplin, dan semangat yang tidak pernah luntur. UiTM Chamber Choir (UCC) telah mempersembahkan suara Malaysia ke seluruh dunia, mengangkat martabat Fakulti Muzik UiTM, universiti, dan negara tercinta.
UiTM Chamber Choir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak universiti, fakulti, para jurulatih, serta semua yang telah menyokong perjuangan ini sejak dari awal hingga ke pentas kemenangan. Malaysia boleh!
Instagram :
Facebook :
Uitm Faculty of Music
UiTM Chamber Choir
Tiktok :