16/07/2026
Setinggi-tinggi tahniah kepada SK Air Putih, Pahang dan SK Nik Daud, Kelantan atas pencapaian membanggakan mewakili Malaysia ke pertandingan Dron Pilot-X di Hong Kong, China yang akan berlangsung pada 19 Julai 2026. π²πΎπ
EZ Cute Robots berbangga dapat menyokong perjalanan mereka melalui sumbangan peralatan dron dalam usaha memperkasa bakat muda dalam bidang STEM, robotik dan teknologi.
Ucapan penghargaan turut dizahirkan kepada YB Datoβ Mohamad Nizar Datoβ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, serta YB Datoβ Ahmad Farhan Fauzi, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, atas sokongan serta tajaan yang diberikan dalam merealisasikan penyertaan para pelajar ke pertandingan bertaraf antarabangsa ini. Komitmen dan keprihatinan mereka dalam menyokong pembangunan bakat muda amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar untuk melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berani mencabar diri, berinovasi dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.