05/08/2026
'MUZIK SIHAT KITA SELAMAT', di antara formula yang diusahakan AlFarabiBand bagi mewujudkan Dunia Muzik yang sihat.
Pada Ahad 2hb Ogos 2026 berlangsungnya sesi beramah mesra dan perkongsian AlFarabiBand (AFB) bersama band pelajar sekolah yang hebat dan sedang meningkat naik, The Rising Phoenix (TRP), Child From The East (CFTE) dan keluarga.
Sebelum ini TRP dan CFTE masing-masing memenangi Johan dan tempat ke-3 Battle Of The Band anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, dengan membawakan lagu-lagu AFB, Lagu Untuk Ibu (TRP), Mencari Kebenaran (CFTE).
Dalam sesi santai Ahad lepas yang berlangsung di Sarang Suara Studio, AFB mempersembahkan beberapa buah lagu bertenaga seperti The Messenger Of Truth, Symphony Of Evolution, Empayer Mim, Form Mula & Amanat Perwira. Lagu Mencari Kebenaran turut dimainkan dengan Ashaari CFTE dijemput untuk bermain drum bersama AFB.
Selingan di antara persembahan AFB, Abang Nazri selaku band leader menceritakan sejarah mengapa tertubuhnya AFB, bagaimana terhasilnya idea seni yang unik dalam lagu AFB, perjalanan AFB dalam seni dan industri muzik. Turut dikongsikan beberapa ''terms' dan 'formula', di antaranya 'Music For Next Generation', 'Music For Heroes', 'Tegas Cergas Waras', beza 'Seni Muzik vs Dunia Muzik'. Turut dikongsikan tema yang telah diaplikasikan dalam pembelajaran Kelas Muzik Alfarabiband iaitu 'Bakat+Minat+Matlamat=Manfaat', 'Muzik Sihat Kita Selamat'.
Wakil ayah ibu dari TRP juga membuat perkongsian, di antaranya bagaimana tertubuhnya TRP, cabaran sepanjang perjalanan, bagaimana mengenali AFB dan pengalaman TRP belajar muzik bersama coach Kamarul (guitarist AFB).
Dalam sesi santai ini, line-up TRP & CFTE mendengar dengan teliti dan taat. CFTE merupakan anak-anak kepada coach Kamarul, di mana ianya terbentuk bagi merealisasikan cita-cita AFB untuk 'Next Generation'. Kini kelihatan CFTE telah mendapat kawan baru iaitu TRF untuk bersama-sama menggerakkan visi ini.
Setelah sesi perkongsian dan sesi bergambar, TRP membuat persembahan penutup yang menarik. Lagu Medley, Music Arrangement versi BOTB dimainkan dengan Lagu Untuk Ibu dari AFB sebagai lagu utama.
Kesemua yang hadir kelihatan sangat berpuas hati dan tak sabar untuk diadakan program sebegini lagi. Sesi yang bermula pada jam 10pagi itu tamat kira-kira jam 1tengah hari.