ABAHKAU BUSKERS

ABAHKAU BUSKERS Acoustic live band for your weddings, parties, dinner events and corporate functions. Kindly contact Harris +60189719134 for enquiries and reservations.

Email [email protected]
FB ABAHKAU BUSKERS
IG abahkaubuskers
YouTube ABAHKAU BUSKERS SEBUAH BIOGRAFI

ABAHKAU BUSKERS ditubuhkan pada September 2015 oleh Harris Imang. Ia bermula dengan pelawaan pemilik Restoran Abah Kau di Dataran Kemuning Senawang untuk mengadakan suatu bentuk hiburan santai di premis tersebut setiap hujung minggu. Harris akhirnya berjaya mengumpulkan pemuzik-pemuzik dari

Negeri Sembilan dan dengan itu maka tertubuhlah ABAHKAU BUSKERS, mengambil nama sempena Restoran Abah Kau itu sendiri sebagai penghormatan kepada pemiliknya, Azhar Ghani. Semenjak itu, jenama ABAHKAU BUSKERS semakin mendapat perhatian dan sering menerima jemputan untuk persembahan majlis makan malam, resepsi perkahwinan, sambutan hari lahir mahupun acara korporat sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. ABAHKAU BUSKERS juga pernah muncul dalam temubual eksklusif untuk rancangan TV3, Malaysia Hari Ini pada tahun 2016. ABAHKAU BUSKERS adalah sebuah 'live band' akustik yang memainkan lagu cover pelbagai genre dari pop, rock, R&B, reggae, country, blues, retro, oldies, tradisional, dangdut, etnik dan instrumental, selain lagu bahasa latin, arab, mandarin, kantonis, hindi, iban dan kadazan. Dibarisi pemuzik-pemuzik matang dan berpengalaman luas dalam industri muzik tanahair, anggota kumpulan ini juga mempunyai pekerjaan tetap dan berkarier selain menjadikan muzik sebagai 'passion' dan hobi mereka. Diketuai Harris Imang selaku pengurus/vokalis utama/emcee/deejay juga seorang anggota badan beruniform. Vokalis kedua/percussion, Azizan Razak seorang perekabentuk dalaman/kontraktor yang suatu ketika dahulu aktif menyanyi di kelab/hotel seluruh negara. Gitaris pertama, Faisal Basri seorang pengurus bidang kejuruteraan dan pembuatan sektor swasta. Gitaris kedua, Nazri Alwi seorang penjawat awam sektor pertahanan negara. Beliau juga mengusahakan perniagaan studio latihan, akademi muzik, menjual alat muzik serta pembekal backline, sistem karaoke, sistem lampu dan sistem PA. Piano/keyboard/vokalis ketiga, Halimi Maarof seorang guru koir, komposer dan pemuzik profesional sepenuh masa dan pernah aktif bermain di kelab/hotel seluruh negara suatu ketika dahulu. Pemain bass, Najib Rahim seorang kontraktor sivil/elektrikal/ICT dan juga aktif bermain di kelab/hotel seluruh negara suatu ketika dahulu. Akhir sekali, Johari Harun selaku pemain drum adalah bekas ahli kumpulan rock 90an Medicine, yang popular dengan lagu-lagu hit seperti Tika Dan Saat Ini dan Rimba Cintaku. Sehingga kini, ABAHKAU BUSKERS masih aktif dengan aktiviti seni setiap hujung minggu di beberapa restoran sekitar Seremban dan Senawang, N.Sembilan selain memenuhi undangan majlis persendirian ataupun acara korporat di seluruh negara. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Harris Imang +60189719134. Email [email protected]
Facebook ABAHKAU BUSKERS
Instagram abahkaubuskers
YouTube ABAHKAU BUSKERS

Address

Seremban
70200

Telephone

+60189719134

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABAHKAU BUSKERS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to ABAHKAU BUSKERS:

Share