Nasi Dagang Asli Antara Gapi dan Printing

Nasi Dagang Asli Antara Gapi dan Printing Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nasi Dagang Asli Antara Gapi dan Printing, Antara Gapi, Serendah, Selangor, Serendah.

21/02/2026

Gerai tutup sepanjang ramadan tapi buka tempahan untuk kawasan Antara Gapi Serendah

Anda yang ingin merasai kelazatan Asli Nasi Dagang Ghanu dan Nasi Minyak Ghanu, jangan lupa datang setiap Sabtu dan Ahad...
08/02/2026

Anda yang ingin merasai kelazatan Asli Nasi Dagang Ghanu dan Nasi Minyak Ghanu, jangan lupa datang setiap Sabtu dan Ahad mulai jam 9 pagi.

Waze: Klinik SP Care Antara Gapi, Serendah, Selangor

TEMPAHAN NASI DAGANG DAN NASI MINYAK SERTA KUIH ROPA SEMPENA TAHUN BARU CINA SAN BULAN RAMADHAN TAHUN 2026.Anda berada d...
05/02/2026

TEMPAHAN NASI DAGANG DAN NASI MINYAK SERTA KUIH ROPA SEMPENA TAHUN BARU CINA SAN BULAN RAMADHAN TAHUN 2026.

Anda berada di Lokasi Berikut:

1. Hulu Selangor
2. Selayang
3. Kuala Lumpur
4. Putrajaya
5. dan berhampiran dengan Antara Gapi, Serendah, Selangor.

Boleh hubungi kami untuk tempahan awal. Minimum 20 Pax!

1. Nasi Dagang Asli Ghanu
2. Nasi Minyak Ghanu
3. Kuih Ropa

Whatsapp di : 0189080668 (Nas Kitchen Empire)

Nasi Dagang Antara Gapi dan Printing

10/07/2021

Grab Food Rider 'tumbang' langgar Babi.

Semalam balik kerja, ternampak disebarang jalan yang sangat gelap ada sebuah kereta berhenti. Kelihatan seorang wanita keluar dari kereta dan juga 'frontliner hijau' yang terbaring dibahu jalan. Kelihatan baru sahaja berlaku kecelakaan.

Saya segera membuat pusingan U dan terus menghala ke arah kecelakaan tersebut. Semasa tiba ke tempat tersebut, telah dilihat beberapa biji buah motorsikal dari geng Grab dan Panda berhenti memberi pertolongan.

Rupa-rupanya seorang penghantar makanan telah accident akibat melanggar babi hutan yang sangat besar!

Wanita yang berada berhampiran memaklumkan bahawa beliau telah melanggar seekor babi hutan melintas dan babi hutan tersebut mati ditengah jalan.

Malangnya, 'frontliner hijau' yang turut berada dibelakang kenderaan tersebut yang juga sedang dalam proses penghantaran order ke pelanggan telah tercampak lebih dari 50 meter apabila terlanggar babi hutan yang telah terdampar ditengah jalan. Keadaan jalan sangat gelap kerana lampu jalan yanh tidak berfungsi.

Dikatakan penghantar makanan ini jatuh ditengah jalan dan sempat berguling ke bahu jalan. Wanita yang melanggar babi hutan tersebut turut memberhentikan kenderaan dan memaklumkan penghantar makanan itu pengsan beberapa minit selepas berguling ke bahu jalan.

Beberapa food rider yang tiba telah berhenti dan memberi bantuan agar mangsa tersebut sedar dan dalam keadaan baik.

Alhamdulillah, food rider yang dikenali sebagai Along ini sedar dan sempat menghubungi rakan beliau untuk datang ke tempat kecelakaan untuk membantu membawa pulang motor (sedikit rosak).

Kereta ponda polis yang melalui jalan tersebut telah memberi bantuan cahaya dan lampu amaran yang lebih jelas untuk memberi amaran kepada kenderaan lain. Ambulans tiba dan Along selamat dibawa ke Hospital Putrajaya.

Babi hutan telah dialihkan ke bahu jalan dengan bantuan dua orang lelaki dewasa. Sangat besar dan berat.

Kesimpulannya, Food Rider juga mempertaruhkan keselamatan mereka untuk mencari rezeki dan memudahkan kita semua membeli makanan. Sikap brotherhood sesama geng Food Rider sangat hebat apabila begitu ramai tiba memberi bantuan.

Terima kasih juga kepada PDRM dan pasukan perubatan yang memberi bantuan. Wanita yang melanggar babi hutan tersebut juga bagus kerana berhenti dan memberi bantuan awal, tidak meneruskan perjalanan kerana keadaan jalan yang sangat gelap.

Kepada Food Rider dan penunggang motpr diluar sana, berhati-hati dijalan raya dan semoga anda dimurahkan rezeki ✌

Address

Antara Gapi, Serendah, Selangor
Serendah
48200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Dagang Asli Antara Gapi dan Printing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Nasi Dagang Asli Antara Gapi dan Printing:

Share