27/01/2026
“A landmark along our path”
Amorphous Films Sdn Bhd memulakan penggambaran filem cereka terbaharu berjudul , sebuah komedi seram berkonsep segar yang menyasarkan penonton Generasi X, Y dan Z. Filem arahan Nick Ho bersama Jon Art ini mengangkat kisah mengenai “entiti” dari dunia digital yang sering wujud dalam kehidupan seharian tanpa disedari, dipersembahkan dengan elemen komedi dan seram yang penuh kejutan. Projek ini turut menandakan kolaborasi strategik antara Amorphous Films dan MIG, dengan majlis permulaan penggambaran dirasmikan oleh pengasasnya, Mejar (K) David Teo.
Barisan pelakon utama menampilkan Baki Zainal yang kembali berlakon filem selepas tujuh tahun, selain Nina KSC, Chazy Nash dan Alyssa Dezek yang mempunyai empat juta pelanggan YouTube dan baru menamatkan SPM. Dato’ Chris Leong, pakar tulang dengan lebih 10 juta pengikut Facebook, serta Dato’ Wong Siew Meng turut terlibat sebagai penerbit dan membuat penampilan cameo. Penggambaran berlangsung selama 26 hari di beberapa lokasi sekitar Semenanjung Malaysia dengan bimbingan jurulatih lakonan, Ling Tang, bagi memastikan mutu persembahan kekal berkualiti.