Pengubatan Rukyah Syariyyah Lenggong Unesco Global Geopark

Pengubatan Rukyah Syariyyah Lenggong Unesco Global Geopark Perawat Pengubatan Islam (Ruqyah Syariyyah)
Ikhtiar rawatan gangguan jin, sihir, ain & masalah rohani

๐Ÿ“ž Temujanji Pengubatan Rawatan IslamBerdaftar KKM API-PPPB2026-14843PakLi 0193338670โ€œDan Kami turunkan dari Al-Quran itu...
04/08/2026

๐Ÿ“ž Temujanji Pengubatan Rawatan Islam
Berdaftar KKM API-PPPB2026-14843
PakLi 0193338670

โ€œDan Kami turunkan dari Al-Quran itu penawar dan rahmatโ€ฆโ€ (Al-Israโ€™: 82)
Kita berikhtiar bersama โ€” kesembuhan milik Allah SWT.โ€

https://www.facebook.com/100064304334990/posts/1506963168123813/?mibextid=CDWPTG

7 SEBAB KENAPA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN JIN

Oleh: Dr Mahyuddin bin Ismail

Perubatan tradisional dan komplementari (PTK) di Malaysia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2004 menunjukkan 56% rakyat Malaysia menggunakan PTK sebagai alternatif kepada perubatan moden. Manakala kajian oleh World Health Organisation (WHO) p**a menunjukkan 80% daripada pop**asi negara membangun dan 65% pop**asi negara maju bergantung kepada PTK untuk perkhidmatan kesihatan mereka. Maka tidak hairanlah banyak pusat-pusat rawatan alternatif wujud ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Malangnya, dalam keghairahan menawarkan khidmat PTK ini, terdapat segelintir pengamal perubatan Islam menggunakan kaedah yang bertentangan syaraโ€™. Antaranya ialah menggunakan khidmat makhluk halus dari kalangan jin, sama ada sebagai khadam, pendamping atau sahabat dalam proses merawat pesakit. Mereka mendakwa, jin yang digunakan adalah jin Islam dan hukumnya harus. Dakwaan sebegini bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah boleh membawa kemudaratan yang lebih besar. Jika dikaji, ada 7 sebab utama kenapa Islam tidak membenarkan penganutnya menggunakan khidmat makhluk ini, khususnya dalam merawat penyakit.

Hujah Pertama: Kemudaratan yang Timbul Akibat Meminta Tolong Jin

Allah SWT telah mengingatkan manusia tentang akibat yang akan menimpa mereka sekiranya meminta pertolongan dan perlindungan dari makhluk jin. FirmanNya dalam surah Al-Jin ayat 6:โ€Dan bahawa sesungguhnya ada beberapa orang dari manusia meminta perlindungan kepada ketua-ketua golongan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.โ€ Menurut Ibnu Taimiyyah dalam kitab Al-bayฤn al-mubฤซn fi Akhbฤr al-jinni wa al-shayฤแนญin, halaman 58, jin dan syaitan yang dijadikan sekutu atau sahabat akan berasa bangga apabila diminta tolong dan mereka akan segera datang. Jin dan syaitan sangat mengetahui bahawa manusia itu lebih mulia dan lebih berkuasa dari mereka. Maka apabila manusia tunduk kepada jin dan meminta perlindungan dari mereka, ianya ibarat seorang raja yang melutut di kaki seorang hamba untuk meminta ditunaikan hajatnya.

Lebih menakutkan lagi ialah apabila Allah SWT memberi amaran bahawa azab neraka bakal menimpa orang-orang yang bersahabat dan meminta bantuan dari jin melalui firmanNya dalam surah Al-Anโ€™am ayat 128: โ€Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah p**a pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat pertolongan) dengan sebahagian yang lain (jin-jin), dan telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah".

Hujah Kedua: Nabi Muhammad SAW dan para sahabat tidak pernah meminta pertolongan jin

Dalam sirah Nabi Muhammad SAW dan sirah para sahabat Baginda, tidak ada satu riwayat pun yang menunjukkan bahawa Nabi SAW pernah meminta pertolongan dari kalangan jin. Apatah lagi menggunakan jin bagi tujuan rawatan mahupun dalam kehidupan harian sebagai manusia biasa. Menurut Imam Al-Alusi dalam tafsirnya, jilid ke 19, halaman 83, terdapat 6 pertemuan antara jin dan Nabi SAW atas urusan dakwah dan penyampaian ilmu. Tiada langsung unsur meminta bantuan bagi urusan duniawi atau merawat pesakit. Hatta bagi menghadapi peperangan pun, Nabi SAW sendiri tidak pernah meminta bantuan dari malaikat, apatah lagi dari jin. Bala tentera malaikat turun membantu tentera Islam atas arahan Allah SWT, bukannya atas permintaan Nabi.

Hujah Ketiga: Melihat dan Menguasai jin adalah salah satu mukjizat khusus untuk para Nabi dan Rasul

Manusia biasa tidak mungkin boleh melihat jin dalam bentuk yang asal, apatah lagi menguasainya. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al Aโ€™raf, ayat ke 27: โ€œSesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat merekaโ€. Imam Syafiโ€™i r.a., sebagaimana yang dipetik dalam Kitab Fathul Bari karangan Ibn Hajar al Asqalani, turut menegaskan bahawa sesiapa yang mendakwa dapat melihat jin nescaya terbatal penyaksiannya, kecuali dia seorang Nabi. Memang ada ulamaโ€™ yang mengatakan kemungkinan melihat jin itu ada, tetapi bukan dalam rupanya yang asal, sebaliknya dalam jelmaan seperti ular atau anjing. Keupayaan melihat dan menguasai jin merupakan satu keistimewaan dan juga mukjizat yang dikhususkan kepada para Nabi dan Rasul yang terpilih. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kebolehan menguasai jin dan syaitan. Kebolehan ini tidak diberikan kepada mana-mana manusia sesudah Baginda sebagaimana doa Baginda dalam surah Ar Shad ayat 35: โ€Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberiโ€.

Namun, kebolehan Nabi Sulaiman memerintah jin telah dijadikan dalil oleh syaitan untuk mengharuskan manusia lain untuk berbuat demikian. Maka, timbullah dakwaan dari para perawat kononnya mereka boleh menangkap, memenjara serta menyembelih jin. Bagi menolak dakwaan batil seperti ini, Imam Muslim meriwayatkan satu hadis dalam kitab Shahihnya: โ€œSatu ketika ketika Rasulullah hendak bersolat, tiba-tiba syaitan datang mengganggu Baginda. Lalu Baginda berjaya menangkapnya dan dicekik leher syaitan sehingga Baginda dapat merasa sejuk lelehan liurnya. Lalu Baginda bersabda: โ€œKalau bukan kerana aku teringat doa saudaraku Sulaiman (yang berdoa agar Allah tidak memberikan lagi kerajaan dan kebolehan menguasai jin atau syaitan kepada selainnya-rujuk ayat 35 surah Sad) pasti akan ku ikat syaitan itu pada tiang masjid supaya menjadi mainan kanak-kanak di Madinah.โ€ Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW dikurniakan kebolehan untuk melihat, menangkap dan merantai jin. Akan tetapi, Baginda SAW menghormati doa dan permintaan Nabi Allah Sulaiman a.s. Justeru, sayugia kita sebagai umatnya turut mengikuti contoh tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, perbuatan menangkap dan mengurung jin jelas bertentangan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Sekiranya orang yang mempunyai kebolehan tersebut bukannya seorang Nabi, berkemungkinan beliau melakukan istidraj (perkara luarbiasa yang terhasil melalui tipudaya syaitan) tanpa beliau sedari.

Hujah Keempat: Tipu daya jin sangat licik

Makhluk jin adalah makhluk yang penuh tipu daya dan helah. Jin-jin yang menjadi pengikut syaitan akan menggunakan pelbagai cara, sama ada halus atau kasar bagi tujuan menyesatkan manusia. Allah mengingatkan hal ini melalui firmanNya dalam surah Al Aโ€™raf, ayat 16-17: โ€œIblis berkata: Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) telah menyesatkan aku, maka aku akan menghalang anak-anak Adam dari melalui jalanMu yang benar. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati melainkan hanya sedikit sahaja dari mereka yang bersyukur.โ€

Jika dilihat kepada sejarah, Nabi Sulaiman a.s., yang diberikan kebolehan untuk menguasai jin dan syaitan, juga pernah diperdaya oleh jin bernama Sokhel sehingga Baginda hilang kerajaan selama 40 hari 40 malam. Begitu juga dengan kisah Abu Hurairah r.a. yang telah ditugaskan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga stor yang menempatkan kurma zakat. Stor tersebut telah diceroboh oleh makhluk jin selama 3 malam berturut-turut. Setiap kali ditangkap, jin tersebut mencipta pelbagai helah dan memberikan pelbagai janji palsu. Akhirnya apabila ditangkap kali ketiga, jin tersebut dapat juga meloloskan diri setelah mengajarkan Abu Hurairah satu ayat yang dapat menghalangnya dari memasuki stor tersebut. Kisah di atas diriwayatkan Imam Bukhari dalam Shahihnya, kitab Al-Wakalah, hadis no. 2311. Ini menunjukkan bahawa makhluk jin dan syaitan mempunyai seribu helah dan tipu daya yang licik serta seringkali menggunakannnya untuk memperbodohkan manusia. Kalau kita manusia biasa yang bukan bertaraf Nabi mahupun sahabat, sudah tentu lebih mudah untuk ditipunya.

Hujah Kelima: Hanya orang jahil bersahabat dengan jin

Para ulama-ulama turut melarang sebarang persahabatan dan perjanjian dengan makhluk jin dan menganggap itu adalah perbuatan orang jahil. Syeikh Abdul Wahhab Asy-Syaโ€™rani menegaskan di dalam kitabnya Yawaqitu wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekutu dengan jin itu sangat keji. Beliau mengatakan: โ€œBarangsiapa memilih dan melebihkan persahabatan dengan jin berbanding bersahabat dengan para ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana menjadi tabiat jin untuk berlebih-lebih dalam perbuatan dan perkataannya, dan selalu berdusta sebagaimana tabiat orang fasik. Maka orang yang berakal harus mengelakkan diri dari bersahabat dan bersekutu dengan jin, sepertimana dia perlu mengelak dari bersahabat dan bersekutu dengan manusia yang fasik.โ€ Beliau menambah lagi : โ€œAku tidak pernah melihat seseorang yang bersahabat dengan jin itu mendapat kebaikan, kerana asal kejadian jin itu dari api dan api itu sangat banyak geraknya, maka perbuatan dan perkataan orang itu hanya berlebih-lebihan.โ€

Syeikh Muhyiddin Ibnu al-Arabi turut menegaskan perkara ini di dalam kitabnya al-Futuhat: โ€œAdapun orang yang bersahabat dengan jin itu tiada beroleh ilmu Allah, kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya. Dan terkadang orang yang bersahabat dengan jin itu menyangka bahawa segala perkara (ghaib) yang dikhabarkan oleh jin itu itu adalah karamah daripada Allah Taโ€™ala baginya. Maka sangkaannya itu adalah batilโ€. Tambah beliau lagi: โ€œSesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak orang bersahabat dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia itu dan barangsiapa takabbur dimurkai Allah Taโ€™ala akan dia dan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w.โ€

Hujah Keenam: Jin tidak akan rela melakukan kerja-kerja khadam

Bagi mereka yang mendakwa jin yang digunakan adalah khadam yang dikuasainya, maka sesungguhnya orang tersebut telah tertipu dengan helah jin. Seorang khadam ialah orang yang patuh kepada perintah tuannya dalam setiap keadaan tanpa sebarang bantahan. Malangnya, jin yang kononnya menjadi khadam ini hanya membantu dalam perubatan sahaja. Selalunya dengan menampilkan perkara-perkara ajaib seperti memberitahu lokasi barang hilang, scan penyakit, mengubati pesakit dari jarak jauh, membongkar isi hati pesakit. Sekiranya khadam jin ini disuruh melakukan kerja-kerja harian sebagai khadam seperti membersih rumah, membasuh pakaian, memasak, menjaga anak, membeli barangan di pasar, membasuh kereta, nescaya mereka tidak akan melakukan. Bagi mereka, pekerjaan tersebut adalah suatu yang menghinakan. Hal ini telah diterangkan oleh Allah SWT dalam surah Saba ayat 14: โ€œMaka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam seksa yang menghinakan.โ€ Ayat ini menunjukkan bahawa khidmat yang diberikan oleh makhluk jin dan syaitan kepada Nabi Sulaiman adalah dalam keadaan terpaksa. Apabila nabi Sulaiman wafat, mereka merasakan mereka baru terlepas dari perhambaan yang menyeksa lagi menghinakan. Jika suruhan Nabi sulaiman pun mereka buat dalam keadaan terpaksa, apa lagi suruhan manusia biasa. Tanpa disedari, manusia p**a yang menjadi khadam kepada jin tersebut kerana menuruti segala kehendak dan syarat jin itu.

Hujah ketujuh: Bersahabat dengan jin adalah evolusi kepada upacara menurun

Penggunaan jin dalam rawatan adalah bentuk satu fotokopi kepada โ€™upacara menurunโ€™ dalam bentuk moden. Kaedah ini sebenarnya sama sahaja dengan kaedah merawat menerusi resapan mahkluk tersebut ke dalam tubuh perawat seperti dalam upacara tok bageh, main putri, ulek mayang dan sebagainya. Apabila umat Islam telah menyedari kaedah resapan roh menyalahi ajaran Islam, maka syaitan memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan jin sebagai sahabat. Melalui strategi baru ini, makhluk tersebut tidak lagi meresap masuk ke dalam tubuh perawat, sebaliknya mengilhamkan sesuatu melalui bisikan, memperlihatkan sesuatu yang terselindung dan yang ghaib dari pandangan, serta pelbagai lagi perkara-perkara luar biasa. Kehebatan yang ditunjukkan ini menyebabkan orang di sekeliling menganggapnya sebagai wali yang keramat. Sebenarnya, kedudukan jin yang menyampaikan maklumat kepada pengamal melalui bisikan atau ilham ini adalah sama dengan kedudukan syaitan yang berusaha untuk menyesatkan manusia. Firman Allah dalam surah Al Anโ€™am ayat 112: โ€Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan yang terdiri dari kalangan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu."

Oleh itu, para pembaca harus berhati-hati dan jangan tertipu dengan helah makhluk ini. Walaupun apa yang ditampilkan kelihatan sangat baik, kita tidak seharusnya menjadikan mereka sebagai sahabat. Jika difikirkan, manusia yang mempunyai jasad fizikal yang dapat dilihat secara kasar ini pun banyak melakukan penipuan, apatah lagi jin yang langsung tidak dapat dilihat. Bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa kepada permainan licik syaitan, maka umat Islam diseru menjauhkan diri dari bersahabat dengan makhluk ini. Allah SWT berfirman dalam surah Fathir ayat 6:โ€œSesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.โ€

โš ๏ธ KISAH BENAR DUNIA PENGUBATAN ISLAM โš ๏ธSemua nama watak, lokasi dan beberapa butiran telah diubah bagi menjaga aib pesa...
02/08/2026

โš ๏ธ KISAH BENAR DUNIA PENGUBATAN ISLAM โš ๏ธ

Semua nama watak, lokasi dan beberapa butiran telah diubah bagi menjaga aib pesakit serta keluarganya. Kisah ini dikongsikan sebagai pengalaman dalam dunia pengubatan Islam. Segala kesembuhan hanyalah dengan izin Allah SWT.

"SEJAK MALAM ITU... DIA TAK BERANI KELUAR RUMAH SEORANG DIRI."

Malam itu sebuah dewan serbaguna di sebuah kampung di daerah Lenggong dipenuhi saudara-mara.

Majlis tahlil dan doa selamat berlangsung seperti biasa. Gelak tawa memenuhi ruang dewan. Esoknya p**a akan berlangsung kenduri kahwin.

Tiada siapa menyangka, di celah suasana yang meriah itu, seorang anak muda datang menghampiri saya dengan wajah yang cukup sugul.

"PakLi... boleh tolong saya?"

Saya mengangkat kepala.

Wajahnya pucat. Matanya cengkung, seolah-olah sudah lama tidak menikmati tidur yang lena.

"Saya dah tak tahan..."

Nada suaranya perlahan.

Saya meminta maaf kerana malam itu saya datang bersama keluarga dan mempunyai urusan lain.

"Insya-Allah... saya akan datang ke rumah."

Beberapa hari kemudian, saya memenuhi janji tersebut.

Rumah itu sunyi.

Sejak melangkah masuk, saya dapat melihat perubahan ketara pada anak muda yang saya gelarkan Amir.

Keluarganya memberitahu sudah lebih enam bulan dia berubah.

Bukan berubah sedikit.

Tetapi berubah menjadi orang lain.

Dulu...

Dialah yang paling berani masuk hutan.

Dialah yang paling lasak meredah sungai.

Dialah yang selalu p**ang lewat malam tanpa rasa gentar.

Kini...

Untuk membuka pintu rumah seorang diri pun dia tidak sanggup.

Saya meminta keluarganya menyediakan air mineral dan daun bidara.

Sebelum memulakan ruqyah, saya bertanya bagaimana semuanya bermula.

Amir menarik nafas panjang.

"Lebih enam bulan lepas... saya ikut kawan-kawan masuk hutan mencari ikan dan berkelah."

Katanya, tiada apa yang kelihatan pelik pada hari itu.

Namun sebaik p**ang...

Segalanya berubah.

Malam pertama, dia s**ar melelapkan mata.

Malam berikutnya, mimpi-mimpi aneh mula mengganggu tidurnya.

Beberapa hari kemudian...

Dia mula merasa seperti ada sesuatu yang memerhatikannya.

Kadang-kadang ketika berjalan seorang diri...

Dia merasakan seolah-olah ada langkah kaki yang mengikut dari belakang.

Apabila berpaling...

Tiada sesiapa.

Tubuhnya p**a sering sakit tanpa sebab yang jelas.

Rasa takut yang datang tidak mampu dijelaskan.

Sehinggakan seorang pemuda yang terkenal berani akhirnya terkurung di dalam rumahnya sendiri.

Daripada cerita dan beberapa tanda yang dikenal pasti sepanjang sesi diagnosis, saya berpendapat berkemungkinan gangguan itu bermula selepas aktiviti di hutan. Dalam pengalaman rawatan, ada keadaan yang dipercayai berlaku apabila seseorang tanpa sengaja mengganggu kawasan tertentu. Namun hakikat sebenar hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Saya memulakan rawatan.

Air mineral dan daun bidara didoakan terlebih dahulu.

Kemudian saya membaca doa perlindungan, selawat, zikir dan ayat-ayat Ruqyah Syar'iyyah.

Suasana rumah yang tadi sunyi menjadi semakin hening.

Yang kedengaran hanyalah alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Sesi rawatan selesai.

Saya meminta Amir terus mandi menggunakan air bidara yang telah didoakan.

Air doa p**a diminum sedikit demi sedikit sehingga habis.

Sebelum p**ang saya berpesan,

"Jaga solat lima waktu. Jangan tinggalkan zikir selepas solat dan sebelum tidur. Bergantunglah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung."

Beberapa hari kemudian telefon saya berdering.

"PakLi..."

Suara di hujung talian kali ini jauh berbeza.

Lebih tenang.

"Alhamdulillah... saya dah boleh keluar rumah seorang diri semula. Tidur pun dah lena."

Saya hanya mampu mengucapkan syukur.

Sesungguhnya ayat-ayat Allah adalah penawar bagi mereka yang beriman. Kita hanya berusaha, dan hanya Allah SWT yang menyembuhkan.

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

๐Ÿ“ž TEMUJANJI RAWATAN PENGUBATAN ISLAM
PakLi โ€“ Perawat Pengubatan Islam (Ruqyah Syar'iyyah)
๐Ÿ“Œ Berdaftar KKM: API-PPPB2026-14843
๐Ÿ“ž 019-333 8670

Rawatan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Tiada unsur khurafat, pemujaan atau pergantungan kepada makhluk. Kesembuhan hanyalah dengan izin Allah SWT.

30/07/2026

โš ๏ธ KISAH BENAR DUNIA PENGUBATAN ISLAM โš ๏ธ

Nama dan watak telah diubah bagi menjaga aib pesakit. Kisah ini dikongsikan sebagai pengalaman rawatan. Sebarang sangkaan terhadap individu tertentu tidak boleh dianggap sebagai fakta tanpa bukti. Hanya Allah SWT Maha Mengetahui segala yang ghaib.

---

Telefon itu masuk berkali-kali...

Namun ketika itu saya sedang sibuk 7th Geotourism Festival di Impiana Hotel Ipoh, menyebabkan panggilan tersebut tidak sempat dijawab.

Selesai urusan, saya menghubunginya semula.

Di hujung talian... hanya kedengaran esakan halus seorang wanita.

"Ustaz... saya dah penat..."

Saya diam... membiarkan beliau bercerita.

Hampir setengah jam.

Semakin lama saya mendengar, semakin berat ujian yang ditanggungnya.

Beliau sering melihat perkara-perkara yang menakutkan.

Telinga kirinya p**a hampir setiap hari mendengar bunyi yang s**ar digambarkan...

Bukan suara manusia...

Bukan bunyi haiwan...

Tetapi seolah-olah berada di tengah hutan yang gelap dan tebal... walaupun ketika berada di dalam rumah.

Lebih menyedihkan...

Anak perempuannya p**a beberapa kali mengalami keadaan yang disangka keras**an.

Hubungan dengan adik-beradik juga semakin retak.

Seorang demi seorang mula menjauhkan diri...

Malah adiknya sendiri mengaku...

"...entah kenapa, setiap kali nampak kakak... hati saya tiba-tiba jadi benci."

Wanita itu turut meluahkan syak wasangka terhadap seseorang yang dikenalinya.

Namun saya terus mengingatkannya...

Jangan mudah menuduh manusia.

Syaitan sangat licik.

Kadangkala yang ingin dihancurkan bukan tubuh kita...

Tetapi hati kita.

Dia mahu manusia hidup dalam prasangka.

Dia mahu silaturrahim terputus.

Dia mahu kita saling membenci.

Semalam...

Beliau hadir bersama adiknya.

Mereka membawa air, limau dan daun bidara.

Sebelum ruqyah dimulakan, kami melakukan tazkiyatun nafs.

Membersihkan hati.

Memohon keampunan Allah.

Membuang segala dendam dan sangkaan yang tidak berasas.

Kerana hati yang bersih adalah benteng pertama seorang mukmin.

Kemudian...

Bacaan ayat-ayat ruqyah mula bergema.

Belum sampai beberapa minit...

Wanita itu memegang kepalanya.

"Ustaz... kepala saya sakit..."

Tidak lama kemudian beliau mengadu sakit di bahagian pinggang dan perut.

Di sebelahnya...

Adiknya p**a tiba-tiba mengurut lutut sambil menahan kesakitan.

Rawatan diteruskan dengan tenang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang sahih.

Tiada jampi.

Tiada tangkal.

Tiada pemujaan.

Hanya pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Alhamdulillah...

Selesai rawatan, kedua-duanya memaklumkan tubuh terasa jauh lebih ringan dan kesakitan yang dialami semakin berkurangan.

Sebelum p**ang, saya bekalkan amalan harian, panduan rawatan kendiri serta cara menggunakan air ruqyah, limau dan daun bidara.

Saya juga berpesan supaya anak perempuannya dibawa untuk pemeriksaan dan rawatan jika keadaannya masih berterusan.

Dalam dunia Pengubatan Islam... bukan semua yang kelihatan itu sihir.

Bukan semua yang dirasai itu gangguan.

Sebab itu diagnosis yang teliti, berpandukan syariat dan tidak terburu-buru membuat kesimp**an amat penting.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan kepada semua yang sedang diuji.

๐Ÿคฒ "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan aku."
(Surah Asy-Syu'ara: 80)

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

๐Ÿ“ž TEMUJANJI RAWATAN PENGUBATAN ISLAM
PakLi โ€“ Perawat Pengubatan Islam
Ruqyah Syar'iyyah | Tazkiyatun Nafs | Nasihat Pengubatan
๐Ÿ“‹ No. Lesen KKM: API-PPPB2026-14843
๐Ÿ“ฑ 019-333 8670

โš ๏ธ KISAH BENAR DUNIA PENGUBATAN ISLAM โš ๏ธSemua watak, nama dan lokasi dalam kisah ini telah diubah bagi menjaga aib pesak...
09/07/2026

โš ๏ธ KISAH BENAR DUNIA PENGUBATAN ISLAM โš ๏ธ

Semua watak, nama dan lokasi dalam kisah ini telah diubah bagi menjaga aib pesakit serta mengelakkan fitnah terhadap mana-mana pihak. Kisah ini dikongsikan sebagai pengalaman dalam dunia pengubatan Islam, bukan untuk menimbulkan ketakutan atau sensasi. Segala kesembuhan dan perlindungan hanyalah dengan izin Allah SWT.

---

"Lemparan Pasir Di Atas Bumbung Iringi Pengubatan..."

Dua hari lalu, ketika masuk waktu Maghrib, telefon saya berdering tanpa henti.

Enam kali...

Saya tidak menjawab kerana masih berada di tikar sejadah menyempurnakan ibadah. Selesai semuanya, saya terus menghubungi semula nombor tersebut.

Di hujung talian kedengaran suara seorang lelaki yang cemas.

"Saya Aiman... Tolong ustaz... Kedai makan saya macam ada gangguan..."

Beliau bercerita, setiap kali malam menjelma dan suasana menjadi sunyi, kedengaran bunyi sesuatu berjalan di atas bumbung.

Bukan sekali.

Hampir setiap malam.

Kadang-kadang kelibat hitam dilihat berdiri di luar kedai sebelum hilang begitu sahaja.

Yang lebih pelik, bekas sayur yang sudah dipotong di dapur sering dijumpai berada di atas lantai walaupun tiada siapa menyentuhnya.

Perniagaan yang dahulunya meriah kini semakin suram.

Ada pelanggan berhenti di hadapan kedai, membuka pintu kereta... tetapi tiba-tiba menutup semula pintu lalu memecut pergi.

Sehingga ada hari, untuk memperoleh jualan RM100 sehari pun amat s**ar.

Seorang pekerja wanita yang saya gelarkan Senah mula mengalami sakit kaki yang teruk selepas menegur bunyi di atas bumbung.

Isterinya p**a, Minah, sering sakit belakang, pernah mengalami keguguran dan turut mengadu mengalami gangguan.

Aiman sendiri p**a sudah lama menanggung sakit pinggang tanpa sebab yang jelas.

Malam itu juga beliau merayu agar saya datang.

Namun saya telah mempunyai temu janji rawatan lain.

Saya berjanji akan singgah sebentar sebelum ke rumah pesakit yang telah dijadualkan.

---

Selepas solat Isyak saya singgah di kedai makan tersebut.

Saya tidak terus melakukan rawatan.

Saya hanya berbual dengan mereka, mendengar satu persatu pengalaman yang dilalui.

Suasana kedai benar-benar suram.

Saya mengambil keputusan membersihkan kawasan tersebut terlebih dahulu dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dan doa perlindungan sebelum mencadangkan agar rawatan penuh dilakukan keesokan malam.

Selesai itu saya meneruskan perjalanan ke rumah pesakit yang telah membuat temu janji lebih awal.

---

Malam berikutnya...

Selepas Isyak saya tiba di rumah mereka.

Aiman sudah menunggu di tepi jalan.

Di ruang tamu telah tersedia segala bahan yang diminta.

Air mineral.

Air mandian.

Daun bidara.

Garam kasar.

Lada hitam.

Sambil berbual saya membaca doa dan meruqyahkan semua bahan tersebut.

Ketika itu Minah menceritakan satu lagi kejadian.

Sekitar jam 12 malam sebelumnya, sebuah kereta berhenti lama di simpang berhampiran kedai mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum berlalu pergi.

Saya hanya mendengar tanpa membuat sebarang kesimp**an.

Selepas semua minum air yang telah dibacakan doa, saya meminta mereka berehat seketika di hadapan rumah.

Ketika itulah...

DUMM!!

Satu bunyi 'pranggg' kuat mengejutkan semua yang berada di situ.

Seolah-olah segumpal pasir dilemparkan ke atas bumbung rumah.

Belum sempat semua bertenang...

GEDANG!!

Bunyi sesuatu p**a jatuh di belakang rumah.

Suasana bertukar panik.

Jiran-jiran mula keluar bertanya apa yang berlaku.

Ada yang ketakutan.

Ada yang terpinga-pinga.

Saya hanya tersenyum.

Dalam hati saya memohon perlindungan Allah.

Saya membaca ayat-ayat al-Quran dan doa perlindungan, memohon agar Allah memelihara seluruh penghuni rumah.

Saya berpesan kepada semua...

"Jangan berhenti beristighfar... jangan tinggalkan selawat... teruskan berzikir kepada Allah."

---

Rawatan dimulakan kepada Senah.

Kakinya menggigil.

Tubuhnya bergetar.

Saya meneruskan bacaan Ruqyah Syariyyah.

Beberapa minit kemudian...

Gementaran itu semakin reda.

Saya terus berdoa memohon kesembuhan kepada Allah lalu meminta beliau bangun berjalan.

Dengan izin Allah...

Beliau mampu berjalan semula.

Wajah ahli keluarga berubah.

Ada yang menangis.

Ada yang mengucapkan syukur.

---

Belum sempat suasana kembali tenang...

Minah p**a tiba-tiba menangis tanpa henti.

Saya memintanya duduk dan bersedia untuk diruqyah.

Beliau mula berzikir seperti yang diajar.

Namun tidak lama kemudian tubuhnya mula menggigil dengan kuat.

Tiba-tiba beliau menjerit sambil menunjuk ke arah luar rumah.

Saya meminta ibunya mengambil segenggam garam yang telah dibacakan doa lalu melemparkannya ke kawasan yang ditunjukkan sambil terus berdoa kepada Allah memohon perlindungan.

Keadaan Minah semakin lemah.

Sesekali beliau menunjuk p**a ke arah bumbung rumah.

Bacaan Ruqyah diteruskan tanpa henti.

Selesai bacaan pertama, beliau kelihatan sangat lemah seolah-olah separuh sedar.

Namun apabila saya melihat tangannya menggenggam lantai dengan kuat, saya merasakan rawatan masih belum selesai.

Saya meneruskan bacaan ayat-ayat Ruqyah, ayat-ayat berkaitan sihir, Ayatul Kursi, tiga Qul, selawat dan zikir.

Tidak lama kemudian berlaku dialog yang sering menjadi sebahagian daripada rawatan bagi sesetengah kes gangguan.

Saya bertanya mengapa gangguan itu berlaku.

Jawapan yang keluar menyebut bahawa ia diarah oleh "tuannya" dan mendakwa terdapat sesuatu yang ditanam di kawasan dapur kedai makan.

Dalam rawatan seperti ini, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa apa sahaja yang didakwa ketika sesi Ruqyah bukanlah bukti yang boleh terus dipercayai. Fokus utama saya bukan mendapatkan maklumat, tetapi meneruskan bacaan al-Quran serta memohon pertolongan Allah sehingga gangguan itu berakhir.

Saya terus menawarkan agar makhluk tersebut berhenti melakukan kezaliman dan tunduk kepada perintah Allah.

Bacaan diteruskan.

Doa diteruskan.

Sehinggalah akhirnya keadaan Minah kembali tenang.

Beberapa minit kemudian beliau membuka mata.

Beliau hanya mampu berkata dengan suara perlahan bahawa sebelum pengsan beliau terasa sangat takut.

Saya memintanya berehat dan terus mengamalkan zikir serta minum air yang telah dibacakan doa.

---

Namun tugas kami belum selesai.

Hampir jam dua pagi...

Saya bersama Aiman menuju semula ke kedai makan mereka.

Kami membaca ayat-ayat al-Quran, berdoa memohon perlindungan Allah dan melakukan ikhtiar membersihkan premis tersebut mengikut kaedah Ruqyah Syariyyah.

Selesai semuanya saya berpesan kepada mereka...

"Jangan hanya berharap kepada perawat. Teruskan solat, zikir, membaca al-Quran, menjaga ibadah dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Ruqyah hanyalah ikhtiar. Penyembuh yang sebenar hanyalah Allah SWT."

Semoga Allah memelihara kita semua daripada segala bentuk kejahatan yang nyata mahupun yang tersembunyi.

---

๐Ÿ“ž TEMUJANJI RAWATAN PENGUBATAN ISLAM
Ruqyah Syariyyah | Nasihat Pengubatan
๐Ÿ“Œ Berdaftar KKM: API-PPPB2026-14843
๐Ÿ“ž PakLi: 019-333 8670

ยซ"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Isra': 82)ยป

โœจ Kita berikhtiar dengan al-Quran dan sunnah. Kesembuhan serta perlindungan hanyalah milik Allah SWT.

๐Ÿ“ž TEMUJANJI RAWATAN PENGUBATAN ISLAMRuqyah Syariyyah | Nasihat Pengubatan ๐Ÿ“Œ Berdaftar KKM: API-PPPB2026-14843๐Ÿ“ž PakLi: 01...
06/07/2026

๐Ÿ“ž TEMUJANJI RAWATAN PENGUBATAN ISLAM
Ruqyah Syariyyah | Nasihat Pengubatan
๐Ÿ“Œ Berdaftar KKM: API-PPPB2026-14843
๐Ÿ“ž PakLi: 019-333 8670

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu penawar dan rahmat..." (Al-Israโ€™: 82)
โœจ Kita berikhtiar bersama โ€” kesembuhan milik Allah SWT.

https://www.facebook.com/share/p/1D4igQExFs/

๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—œ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—›๐—Ÿ๐—จ๐—ž ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ.

Ini merupakan langkah awal yang perlu dilakukan oleh pesakit ataupun oleh perawat sebelum memulakan rawatan di rumah pesakit .

1. Menekankan pesakit dan ahli keluarga kepada akidah yang benar. Selagimana pesakit dan penghuni masih obses bergelumang dengan kepercayaan tahyul dan khurafat, selagi itulah gangguan mistik akan terus menguasai diri mereka.

2. Menurunkan semua gambar (binatang dan manusia) atau patung-patung (samada kecil atau besar) yang tergantung atau terpapar megah di dinding dalam rumah supaya para malaikat dapat masuk semula ke dalamnya.

3. Mengeluar dan menghapuskan segala tangkal azimat/wafaq yang dipakai oleh si pesakit dan penghuni,ataupun tangkal azimat/wafaq yang digantung di dalam rumah.

4. Pesakit dan penghuni perlu bebaskan rumah yang diduduki dari sebarang bentuk perkara haram dan maksiat samada gambar aurat, botol arak dan sebagainya.

5.Pesakit dan penghuni perlu diingatkan tidak menemui dukun tukang tilik,ahli sihir, ataupun perawat yang gemar mencanang seribu satu macam kepercayaan tahyul dan khurafat.

6. Jauhi perawat yang memberi tangkal azimat/wafaq kepada pesakit.

7. Memberikan pengajaran aqidah yang benar supaya hati pesakit serta ahli keluarganya berpegang teguh semata-mata kepada Allah tanpa bergantung harap kepada tangkal azimat/wafaq.

8. Pesakit perlu dididik supaya berpada-pada soal perkara ghaib dan tidak lagi obses kepada cerita tahyul dan khurafat yang s**a dicanang oleh dukun.

Wallahua'lam.

๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป: Dibenarkan klik share.Atau dibenarkan copy-paste dengan dinyatakan sumber adalah dari page Rawatan Islam Pulau Pinang.

Address

No 367 Lorong 4, Kampung Melayu Padang Gerus
Lenggong
33420

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengubatan Rukyah Syariyyah Lenggong Unesco Global Geopark posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category