Kampung Sapang Hujung

Kampung Sapang Hujung Info Rasmi & Stay updated bersama Kami Kg Sapang Hujung Kunak

11 MEI 2026 (ISNIN)Alhamdulillah, hari ini penduduk Kampung Sapang Hujung berkumpul bagi mendengar sedikit taklimat sert...
11/05/2026

11 MEI 2026 (ISNIN)

Alhamdulillah, hari ini penduduk Kampung Sapang Hujung berkumpul bagi mendengar sedikit taklimat serta memberi sokongan penuh terhadap penubuhan JKKK Kampung Sapang Hujung demi memudahkan urusan dan pembangunan kampung pada masa akan datang. 🤝✨

Selain itu, penduduk kampung turut membuat laporan mengenai keadaan simpang masuk Kampung Sapang Hujung yang sering mengundang masalah dan telah melibatkan kemalangan sebanyak 3 kali. Semoga pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera untuk membaiki simpang jalan tersebut agar lebih selamat dan tidak berlaku lagi kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang. 🙏🏻🚧

3 MEI 2026 (AHAD)Penduduk Kg Sapang Hujung telah hadir seawal jam 8 pagi di dewan dan menandatangani surat sokongan bagi...
03/05/2026

3 MEI 2026 (AHAD)

Penduduk Kg Sapang Hujung telah hadir seawal jam 8 pagi di dewan dan menandatangani surat sokongan bagi penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Diharapkan agar pihak berkuasa atau pihak atasan dapat mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan ini demi melancarkan urusan pentadbiran serta kebajikan penduduk kampung.

11 APRIL 2026 (SABTU)Alhamdulillah, penyerahan bantuan kepada penduduk Kg Sapang Hujung telah selesai dilaksanakan denga...
11/04/2026

11 APRIL 2026 (SABTU)

Alhamdulillah, penyerahan bantuan kepada penduduk Kg Sapang Hujung telah selesai dilaksanakan dengan lancar 🤲

Program ini telah dihadiri oleh Ketua Kampung, En. Abdul Hassan bin Ibno Hassan, wakil JKKK Kg Sapang Air, Puan Hasmah Abdullah, Pemaju Mukim, Puan Muntiara Mohammad, serta anak Ketua Kampung Sapang Hujung, Puan Siti Zainab binti Abdul Hassan.

Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan beban serta memberi manfaat kepada semua penerima.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Address

Kampung Sapang Hujung
Kunak
91207

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Sapang Hujung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category