Desibel

Desibel REBIU ALBUM METAL & ROCK YANG BERGERAK BEBAS DI MALAYSIA.

Black Metal, Death Metal, Thrash Metal, Doom Metal, Heavy Metal, Groove Metal, Nü Metal, Glam Metal, Metalcore, Deathcore, Hardcore, Grindcore, Grunge, Stoner Rock, Punk Rock, Indie Rock etc

02/08/2024

Saya Menawarkan Perkhidmatan Review Lagu, Artikel Sosial Media, dan Podcast Live

Sekiranya anda seorang artis atau individu yang aktif dalam dunia media sosial, Bro Langau adalah rakan yang tepat untuk membantu anda. Dengan kepakaran dalam pelbagai bidang, Bro Langau menawarkan perkhidmatan seperti review lagu dan muzik video, penulisan artikel sosial media, dan podcast live.

Apa Yang saya sediakan?

1. Review Lagu & Muzik Video
- Saya menyediakan perkhidmatan untuk mengulas dan menilai lagu serta video muzik anda. Ini dapat membantu meningkatkan kualiti dan pop**ariti karya anda di platform digital.

2. Artikel Sosial Media
- Penulisan artikel untuk media sosial adalah salah satu kepakaran saya. Artikel yang menarik dan informatif dapat meningkatkan engagement dan kehadiran anda di media sosial.

3. Podcast Live
- Saya juga menganjurkan sesi podcast secara langsung. Ini merupakan platform yang baik untuk berinteraksi dengan pengikut anda secara real-time, berkongsi cerita, dan menjawab soalan mereka. Platform yang di gunakan adalah facebook dan TikTok

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, anda boleh menghubungi saya melalui WhatsApp di nombor 014-3714515.

Insyallah, anda dapat memastikan karya dan konten anda lebih menonjol dan mendapat perhatian yang sewajarnya. Jangan lepaskan peluang ini untuk membawa karya anda ke tahap seterusnya dengan bantuan profesional yang berpengalaman.

Band: BUNUHDIRI Album: Cosmic RebirthCOSMIC REBIRTH adalah merupakan EP ke-2 yang telahpun terbit sekitar Februari 2024 ...
31/07/2024

Band: BUNUHDIRI
Album: Cosmic Rebirth

COSMIC REBIRTH adalah merupakan EP ke-2 yang telahpun terbit sekitar Februari 2024 oleh band yang berpaksikan Brutal Death Metal dari Kuala Lumpur iaitu Bunuhdiri. EP terbaharu mereka ini terbit dalam 2 format fizikal iaitu CD (digalas oleh label Underrated Records, sebuah label edaran dan rakaman yang berpengkalan di Indonesia) dan juga format kaset (digalas oleh label SMIXX, yang berpengkalan di Malaysia).

Bercerita tentang EP terbaru mereka COSMIC REBIRTH ini, nampaknya kali ini mereka menyajikan sesuatu konsep yang cukup istimewa khas buat peminat mereka. Konsep kali ini agak berbeza dari EP pertama mereka yang terbit sekitar 2016 yang lalu di mana kali ini mereka lebih menjurus kepada tema kosmik, fiksyen sains dan 'extraterrestrial' atau berkaitan kehidupan gelap luar angkasa dengan gaya muzikal yang lebih berkiblatkan Technical Brutal Death Metal.

Kesemua 5 lagu EP COSMIC REBIRTH ini bertumpu kepada tema 'extraterrestrial' atau kata akronimnya E.T. Bermula dari lagu pengenalan "Orbital Decay", "Anthropomorphic Reptilian", "Firmament Incursion", "Instellar Chaos" dan "Cosmic Rebirth".

Lontaran 'guttural vocal' Wira masih kekal sama seperti dulu dengan mengekalkan stail yang sama iaitu gabungan 'death growl', 'low pitch plus low growl' dan sedikit 'grunt' yang cukup jahat. Editor sangat mengagumi stail vokal beliau, antara vokalis Brutal Death Metal yang cukup hebat kerana beliau mampu mengekalkan gaya 'guttural vocal' versi beliau dengan sangat baik sekali. Pengalaman beliau bersama band projek yang lain seperti Delict (band yang berpaksikan Deathgrind) dan Neurological Disorder (band yang berpaksikan Slamming Brutal) telah banyak memberikan idea luar biasa kepada corak vokal beliau hingga ke hari ini.

Dengan berpaksikan Technical Brutal Death Metal yang cukup sederhana, hampir kesemua lagu-lagu mereka dipenuhi limpahan blastbeat yang cukup 'smart' dan sedikit 'contra' temponya. Tempo yang 'contra' ini selalunya kita boleh jumpa dalam sesetengah genre Technical Brutal Death Metal dan Deathcore juga. Hi-tempo pada drumbeat tetapi mid-tempo pada rentak gitar dan bass. Tidak terlalu Technical yang mencapai tahap yang sangat kompleks dan rumit. Apa yang jelas, elemen Brutal Death Metal tetap menjadi teras utama EP ini. Riff gitar kemas, begitu jugak dengan tone bass, dengan downtune yang menjadi jugak.

Ada sebuah lagu yang mempunyai satu lanskap muzikal yang sangat unik yang jarang kita dengar. Lagu terakhir "Cosmic Rebirth", mereka memasukkan elemen Jazz dengan bunyian Saxophone oleh seorang pemuzik Jazz iaitu Guido Baucia, seorang Saxophonist dari Argentina. Ini merupakan satu eksperimen yang cukup berani dari mereka sendiri.

Proses rakaman termasuk mixing dan mastering merupakan satu elemen yang sangat penting juga dalam menghasilkan audio output yang berkualiti. EP COSMIC REBIRTH ini telah melalui proses mixing dan mastering di luar negara iaitu di King Slayer Audio yang berpengkalan di Hungary milik Marten Hogarth, seorang warganegara Russia manakala proses rakaman suara dibuat di The Loci Studio, Selangor yang diselenggara oleh Giri Ganesan.

Uniknya EP mereka kali ini di kacamata editor ialah cara packaging versi kaset mereka yang dihasilkan oleh satu label milik anak tempatan iaitu SMIXX. Kaset keluaran SMIXX ini dihasilkan dengan 2 pakej boxset iaitu kotak lutsinar beserta logo Bunuhdiri dan kotak kayu juga beserta logo Bunuhdiri. Pakej ini juga diberikan 2 pilihan kombo, iaitu kombo 1 - versi normal (dengan logo Bunuhdiri serta tajuk EP yang timbul di bahagian shell) dan versi virgin (keluaran terhad dengan logo dan tajuk EP yang timbul di bahagian dalam kaset) atau kombo 2 - versi normal dan versi blank (keluaran terhad dengan logo Bunuhdiri serta tajuk EP berlatarbelakang warna putih sahaja pada inlay khas untuk yang s**a melukis). Editor diberitahu bahawa 2 pakej boxset ini adalah keluaran yang sangat terhad. Rekaan grafik inlay album juga sangat cantik bersesuaian dengan konsep muzik Bunuhdiri yang bertemakan E.T dan fiksyen sains. Direka oleh Mrfck Illustration dan artwork p**a oleh digalas oleh Heri Mythologyart, seorang artis ilustrasi berwibawa dari Indonesia. Kesemua ini merupakan satu pelaburan yang cukup besar dan dahsyat juga oleh Bunuhdiri untuk menghasilkan EP yang benar-benar berkualiti dan memberikan impak luar biasa buat mereka dan peminat tegar mereka.

Kesimp**annya, EP COSMIC REBIRTH adalah sebuah karya Bunuhdiri yang cukup berkarismatik sesuai dengan citarasa mereka sebagai sebuah band yang berpaksikan Brutal Death Metal. Mudah-mudahan dengan kejayaan EP ini nanti, mampu memberi satu semangat atau 'booster' buat mereka untuk menghasilkan album debut yang benar-benar berkualiti dari segala sudut dalam waktu-waktu terdekat ini. Sama-sama kita tunggu kemunculan album debut mereka sedikit masa lagi.

Skala Desibel: 9/10

Band: Raksar Album: SattiraBelum terlewat untuk editor ulas tentang album terbaru Raksar SATTIRA walaupun dikatakan albu...
25/07/2024

Band: Raksar
Album: Sattira

Belum terlewat untuk editor ulas tentang album terbaru Raksar SATTIRA walaupun dikatakan album ini terbit sekitar Februari 2024. Ini adalah album ke-2 Raksar selepas album BENTALA yang terbit pada Julai 2021.

Album Raksar kali ini lebih kuat ke arah Stoner Rock yang boleh dikatakan agak "light heavyweight" dan agak sedikit tumpul bunyian atau tona "fuzz" yang menjadi salah satu tunjang utama muzik mereka di album debut mereka sebelum ini. Kali ini nampak kuat pengaruh Stoner Rock era Black Sabbath. Bunyian kali ini agak sedikit berubah transisinya di mana ia cenderung ke arah Heavy Metal era 80an dan hampir-hampir ke arah bunyian Sludge Metal, tapi masih kekal dengan elemen klasik Stoner Rock acuan Black Sabbath di era Ozzy Osbourne. Contohnya lagu 'Mungkir' dan 'Taring' yang mereka persembahkan, ada unsur-unsur klasik Heavy Metal era 80an di situ tapi penuh dengan vibe Ozzy di zaman muda. Editor sangat s**a vibe lagu 'Darah Mati' dan 'Kiriman Setan' sebab kuat pengaruh Doom juga, dengan tempo yang cukup lambat di beberapa tempat serta limpahan tone yang tersangat berat. Dua lagu ini memang kuat vibe Black Sabbath di era Paranoid mungkin, atau sekurang-kurangnya berada era yang sedikit terkedepan seperti era Master Of Reality dan Vol. 4 (di mana dua album ini adalah "signature" atau "landmark" utama bunyian Stoner Rock terawal di era 70an). Apa yang uniknya Raksar kali ini di album SATTIRA mereka, mereka cuba untuk mewujudkan variasi rentak yang ada. Kira macam rojak juga lah, tapi masih dalam landasan utama mode Stoner Rock sebagai karektor utama muzikologi dalam album ini. Ada 3 lagu yang dikesan agak berlainan benar dengan mode Stoner Rock. Lagu instrumental 'Fadang Fuzzchor' dengan hybrid elemen Timur Tengah atau Qasidah Arab seperti rentak Masri layaknya bergandingan bersama tone Fuzz Rock. Nasib baik mereka tidak letakkan elemen muzik seperti Conga dan Darbukah / Doumbek dalam muzik Fuzz Rock nie. Lagu ke-2 yang agak lain ialah 'Mena-Ruh' yang lebih cenderung kepada elemen akustika ballad. Lagu ke-3 yang agak lain ialah 'Tumpor' yang cenderung ke arah irama Punk Rock dengan slang Perak yang pekat (rasanya slang Ipoh kot memandangkan mereka berasal dari Ipoh, sebab Perak ada banyak slang yang berbeza).

Jika anda perasan dan sentiasa mengikuti perkembangan Raksar dari mula, lagu 'Kiriman Setan (Sattira Version)' ini juga terdapat dalam album debut sebelumnya iaitu BENTALA dengan tajuk yang sama. Apa yang membuat ia berbeza ialah bunyian dan transisinya. 'Kiriman Setan' versi BENTALA kedengaran lebih mentah atau "raw", tanpa banyak mixing. Manakala 'Kiriman Setan' versi SATTIRA kedengaran tone yang diolah lebih vintaj, kemas dan bersih seperti sudah "remastered" dengan baik sekali. Versi terbaru ini lebih klasik dengan vibe Stoner Rock gaya lenggok Black Sabbath yang lebih kuat berbanding versi lama yang ke arah 70s Fuzz Rock seperti gaya lenggok Led Zeppelin dan Deep Purple.

Kesimp**annya, Raksar kali ini lebih matang dari segi persembahan muzik. Tidak "stagnant", malah mereka "evolve" tapi masih tetap berada di acuan Stoner Rock dan 70s Fuzz Rock yang tulin. Tahniah Raksar atas kemunculan album ke-2 ini yang nyata lebih memberikan kepuasan yang mengasyikkan serta lebih mantul dari sebelumnya.

Skala Desibel: 9/10

Band: Outrévoid Album: Soul Symphonia Pertama kali dengar di Bandcamp setelah mendengar teaser yang rakan-rakan perkenal...
19/07/2024

Band: Outrévoid
Album: Soul Symphonia

Pertama kali dengar di Bandcamp setelah mendengar teaser yang rakan-rakan perkenalkan di FB mereka, Desibel terus terpikat untuk kenal lebih jauh tentang band ini serta rilisan terbaharu mereka. Tak sangka dapat dengar band Thrash Metal yang cukup padu yang berasal dari Pahang ini.

Tahun ini mereka lahir dengan album sulung yang cukup menyengat iaitu SOUL SYMPHONIA. Secara keseluruhannya irama Thrash Metal album ini cukup dinamik sekali, sangat kencang dan penuh dengan tenaga yang luar biasa dari segenap sudut - corak vokal, bassline, drumbeat dan riff. Album ini berjaya menarik Desibel untuk mendengar berulang-ulang kali, rasanya dah lebih dari 5 kali. Thrash Metal yang dipersembahkan seperti gaya Teutonic Thrash yang muncul di Jerman yang dibawa oleh band-band besar seperti Destruction, Kreator, S***m dan Tankard.

Berbalik pada vokal, bassline, drumbeat dan riff, kesemua ini memberikan tone yang cukup 'kacak' dalam album SOUL SYMPHONIA ini. Drumbeat benar-benar groovy dan tempo penuh pecutan liar serta punya pulse yang cukup sekata. Bila diukur menggunakan Metronome, BPM boleh cecah tahap Presto ke Prestissimo (160 hingga 200 bpm ke atas). Blast berdentum-dentam. Tone bassline sangat bersih dan agak ngeri juga. Riff gitar memang gila kencang, kepaduan yang tak terkata ditambah dengan gaya vokal yang kasar dan agak guttural juga. Satu lagu cover As-Sahar yang cukup baik mereka bawa dalam versi Thrash iaitu Berwahi Dalam Tuntut. Nak ubah gaya dari Black Metal ke Thrash Metal memang agak s**ar juga walaupun dua genre ini dalam kategori fast tempo. (Lagu cover ini ada 'hidden song' rupanya, korang kena beli CD nya ye hehehe. Editor tergelak sakan dengar hahahaha seram tapi lawak hahaha)

Kesimp**annya, album ini mampu memberikan kepuasan maksima kepada seluruh peminat dan penggila muzik Thrash Metal. Sangat-sangat disarankan untuk memilikinya. Desibel sudahpun mendengar dan memilikinya, anda bila lagi?

Skala Desibel: 9/10

Band: maddame... Album: Heavy 6610 tahun hilang dari radar, Maddame akhirnya muncul dengan album baharu HEAVY 66. Bagi D...
10/07/2024

Band: maddame...
Album: Heavy 66

10 tahun hilang dari radar, Maddame akhirnya muncul dengan album baharu HEAVY 66. Bagi Desibel, dimensi muzik kali ini agak berbeza sedikit dari rilisan-rilisan mereka sebelumnya. Maddame cuba lari dari vibe yang agak tipikal. Kebanyakan band Grunge yang ada di Malaysia majoriti mengambil vibe Nirvana sebagai kiblat muzikal mereka, tapi menurut pandangan Desibel, Maddame punya vibe yang luar dari kebiasaan.

HEAVY 66, album ini ternyata lebih karismatik, berani, dan paling nyata ia bersifat "heavyweight". Sebenarnya, sesebuah band agak s**ar untuk lari dari vibe band-band besar yang menjadi idola kebanyakan orang seperti Nirvana, Alice In Chains, Soundgarden, Pearl Jam, Silverchair dan lain-lain. Walaupun begitu, band-band Grunge tetap berusaha mendapatkan vibe tersendiri. Desibel rasa, Maddame pun begitu juga, walaupun tak boleh lari 100% dari vibe band-band yang sudah terkenal, tetapi Desibel dapat rasakan yang mereka benar-benar berusaha membentuk vibe tersendiri. Inilah yang dibuktikan melalui album HEAVY 66 ini. Dalam 13 lagu, hanya 4 lagu yang dikenalpasti mengambil vibe band-band Grunge luar. Lagu "Damaged Strings" dan "The Vow" seolah-olah mengambil vibe Silverchair, lagu "Spotlight" seolah-olah mengambil vibe The Jet, "Condom Head" seolah-olah mengambil vibe Nirvana di era Bleach. Lagu selebihnya Desibel rasa adalah vibe yang mereka cipta sendiri. Lagu "Spotlight", Desibel rasakan yang lagu ini cukup unik sebab seolah-olah ia menggabungkan Rock & Roll dan Grunge menjadi Grunge & Roll. Nada lagu ini penuh dengan Rock & Roll tetapi digayakan dengan vokal yang cukup Grunge. Kebanyakan lagu-lagu mereka kali ini mempunyai bridge yang sangat cantik. Desibel terkesima sekejap bila dengar bridge lagu "Take Control, Unite" yang cukup menginzalkan telinga. Mampu tarik mood.

Puas hati mendengar 13 lagu mereka. Kali ini nampak usaha mereka membentuk vibe tersendiri. Tahniah Maddame!! Giler ohsem! Silap-silap boleh pengsan berdiri mendengar lagu-lagu mereka kali ini.

Skala Desibel: 9/10

Band: The RollersAlbum: Nada KehidupanBagi peminat muzik Alternative Rock terutama yang berpaksikan Britpop atau bunyian...
08/07/2024

Band: The Rollers
Album: Nada Kehidupan

Bagi peminat muzik Alternative Rock terutama yang berpaksikan Britpop atau bunyian Indie Rock, album ini sesuai dengan citarasa anda. NADA KEHIDUPAN dari band kelahiran Kuching Sarawak, The Rollers.

The Rollers mempertaruhkan 5 lagu di dalam EP sulung mereka. Menerokai satu persatu lagu-lagu mereka, kebanyakannya memberikan vibe yang cukup santai dan menenangkan. Dari segi rentak, lagu pertama "Rock & Roller" seolah-olah mengambil vibe Oasis. Lagu kedua "Apapun", rasa seperti menerokai lagu Weezer. Mode kedua-dua lagu ini agak rancak. Lagu ketiga dan keempat, "Sunyi" dan "Permaisuri Yang Hilang", vibe lebih relaks dan santai seperti kebanyakan lagu-lagu Coldplay. Lagu terakhir iaitu "Hey You", agak sedikit rancak tapi tidak serancak lagu pertama dan kedua.

Secara peribadi, EP NADA KEHIDUPAN oleh The Rollers merupakan satu permulaan yang baik bagi mereka. Desibel sangat meminati vibe lagu pertama dan lagu kedua yang betul-betul "hook" di telinga. Cuma dari segi rentak drum lagu ketiga dan keempat, perlu diperbaiki sedikit agar "pulse" tidak tersasar jauh dan mengikut "ticking" yang betul. Begitu jugak corak nyanyian, harus diperbaiki sedikit dan perlu banyak latihan-latihan vokal. Desibel percaya, di masa-masa akan datang, segala kekurangan ini mampu diatasi dengan baik dan mampu melahirkan album "full length" atau "debut" yang berkualiti yang mampu menarik lebih ramai peminat muzik Alternative Rock terutama yang berkiblatkan Britpop di Malaysia. Apa-apapun, Desibel mengucapkan selamat maju jaya buat The Rollers. Jangan berhenti untuk terus memperbaiki diri dan menghiburkan para pencinta muzik Alternative Rock di Malaysia. Anda masih relevan.

Skala Desibel: 6/10

Band: Malaöun Album: The Inexorable DarknessBagi yang pernah mengikuti perkembangan ML sebelum ini, album ini adalah has...
04/07/2024

Band: Malaöun
Album: The Inexorable Darkness

Bagi yang pernah mengikuti perkembangan ML sebelum ini, album ini adalah hasil projek ke-3 beliau sebagai sebuah band Black-Death-Doom yang bergerak secara bersendirian atau One-Man band.

Pendekatan kali ini sedikit berbeza dari 2 rilisan beliau yang sebelumnya. Album debut sebelumnya lebih klasik, lebih Doom-Death dan atmosferik, manakala album ke-2 beradaptasi lebih kelam dan ke arah Blackened Death Metal. Kali ini di album terkini iaitu album ke-3 "The Inexorable Darkness", bunyian lebih gempak, adaptasi lebih menarik serta bengis dengan gabungan bunyian Black-Death-Doom dirungkaikan menjadi satu. Stail riffs masih kekal sama sebagaimana ia wujud di album-album sebelumnya, dan ianya seolah-olah merupakan "signature pattern" Malaöun yang saya rasakan patut dikekalkan sampai bila-bila.

Bukan senang hendak menggabungkan ketiga-tiga unsur dalam satu lagu: Black-Death-Doom. Kreativiti perlu tinggi kerana ia melibatkan tempo-tempo yang jauh berbeza antara satu sama lain. Doom Metal dengan tempo yang sangat lambat, disusuli Death Metal dengan tempo yang sederhana dan kemudian Black Metal dengan tempo yang sangat kencang. Gabungan rentak muzik dalam album Malaöun kali ini sangat cantik rangka gerakannya. Tidak caca-marba dan kelam-kabut. ML pandai mengatur gerakan muzik supaya tidak tersasar dari landasan 3 unsur Metal ini.

Rasa puas mendengar kesemua 6 lagu yang dipersembahkan kali ini. Kesemuanya menginzalkan. Antara album lokal yang patut ada dalam koleksi simpanan rak anda.

Skala Desibel: 9/10

Address

Kuching
93050

Telephone

+60105325325

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Desibel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category