30/07/2022
Hungry ghost festival ( calender cina bulan 7) tahun ini jatuh pada 29 July 2022 kemuncak pintu neraka buka sepenuhnya pada 12 August 2022 ( bulan 15 /7 dlm calender cina) .
This year, the first day of the seventh lunar month begins on July 29, 2022, which means that, in 2022, the Hungry Ghost Festival will take place on August 12.
Kepercayaan cina pada bulan hantu selepas pintu neraka di buka b*k hantu lapar & berkeliaran di alam manusia yg akan membawa kemalangan, penyakit dan musibah ( Boleh tanya kawan2 yg kerja di bilik mayat)
Sepanjang 1 bulan ini kami jarang akan sambut perayaan seperti perkahwinan, opening kedai, pindah rumah baru, Sebab dipercayai akan ada kebalikan dalam kegembiraan tu nanti.
Sedikit pantang larang dan kepercayaan bangsa tiong hua pada bulan hantu .
👇👇
1️⃣ tidak keluar malam (terutama wanita hamil dan anak-anak kecil)
2️⃣ tidak pergi berenang di laut atau tasik
3️⃣ tidak menunggu sendirian di bawah pokok atau perhentian bas setelah matahari terbenam (lepas mahgrib)
4️⃣ jangan kutip duit kertas atau duit syiling yang ditemui di jalan raya.
5️⃣ Sekiranya anda mendengar seseorang memanggil nama anda, jangan pusingkan badan sebaliknya tunggu panggilan itu berulang, dan pada kali ke-3, barulah kamu sahut or pusingkan seluruh badan untuk melihat siapa yang memanggil. Sudah tentu ini berlaku hanya selepas matahari terbenam dan di luar rumah.
6️⃣ dilarang memukul seseorang di kepala atau bahu sebulan ini kerana dengan cara itu dapat melemahkan semangat dalam badan kita
7️⃣ dilarang pindah rumah dan buka kedai baru
8️⃣ dilarang berkahwin. Dikatakan akan buat hantu perempuan cemburu dan akan cast curse dan bad spells to the couples.
9️⃣ Jangan pergi jungle trekking atau camping kerana ni adalah tempat kesukaan diorang. Peratusan untuk kena rasuk, cedera dan kemalangan adalah sangat tinggi.
🔟 Drive hati hati. Roh yang mati kerana kemalangan jalan raya biasanya akan mencari mangsa baru untuk ‘reincarnation’ cari ganti.
1️⃣1️⃣ Pastikan dahi kamu tidak tertutup. Dipercayai dahi kita ada light force hidup kita. Kalau tertutup, senang di ganggu. Kurangkan pakai topi ni bulan ni yg tutup dahi.
1️⃣2️⃣ Perbanyakan pakai baju terang, kurangkan pakaian gelap ‘yin colors’ (hitam, biru tua)
Sekadar kepercayaan masing-masing
Mrfrancisngu Hownhua