28/05/2026
27 Mei 2026
Aidiladha - Alhamdulillah pihak Jpkk Kampung Pasir Kemudi telah menerima 1 ekor lembu dalam Program Korban Perdana Aspirasi Pahang 1st tahun ini.
Lembu ini diserahkan sendiri oleh YB Sahar Ahli Parlimen Paya Besar pada hari sebelumnya. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada Menteri Besar Pahang dan Yb Sahar atas sumbangan yang amatlah bermakna ini.
Majlis bermula pada pukul 2 petang di Kg Ah Tong sangat meriah kerana melibatkan beberapa buah kampung berdekatan.
Kami bekerjasama bergotong royong bagi menyelesaikan kerja-kerja penyembelihan dan lapah daging korban.
Usai melapah, pembahagian daging kepada orang kampung diteruskan sendiri oleh tokpat
Diharapkan segala ibadah korban yang kita lakukan ini diterima oleh Allah s.w.t aaminn