09/09/2026
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya selesai sudah Konsert Biru Mata Hitam Ku (BMHK) 30 Tahun Anniversary pada Sabtu lepas. Sejujurnya, gwa amat terharu dan tersentuh tengok sambutan lu orang yang datang malam tu. Memang luar biasa!
Pertama sekali, jutaan terima kasih gwa ucapkan kepada isteri dan seluruh ahli keluarga gwa yang tak pernah putus-putus bagi sokongan dan sentiasa ada bersama kami sepanjang perjalanan ni. Lu orang memang tulang belakang gwa.
Tak lupa juga gwa nak ucapkan terima kasih kepada Mr. Iman Tang dan Icon Entertainment kerana menjadikan sambutan ulang tahun ke-30 BMHK ni satu realiti. Terima kasih juga kepada semua rakan penaja yang sudi bersama-sama menjayakan konsert ni.
Kepada semua rakan-rakan media — radio, TV, media cetak dan media digital, terima kasih sebab tak henti-henti membantu mempromosikan dan memeriahkan sambutan ulang tahun BMHK. Tanpa sokongan lu orang semua, belum tentu perjalanan konsert ni akan jadi selancar ini.
Kepada seluruh team produksi dan krew persembahan, Cip Miebird kapten production— Eddie Ganu, Apit, Ayen, Aff gwa tabik hormat untuk lu orang semua! Dari awal sampai habis, kerja keras lu orang memang menjadi tulang belakang kepada show ni. Tanpa lu orang, takkan happening macam ni. Respect! 🤘🔥
Tidak ketinggalan Terima kasih kepada Chef Azhar, Chef Bard, Chef Zaidi, Sound Engineer No.3 yang masak untuk kami semasa rehearsal di studio. 🔥🔥🔥
Terima kasih juga kepada Rozaimi & Ainol yang sentiasa di studio membantu kami, termasuklah ‘meminjamkan’ gwa & Muss kejap untuk show ni. 😂 Lu orang memang rock!
TQ kepada Noh Abd Rahman - tuan manager 25%!
Juga kepada Zan Zaini, Rimi Noor & Colin Sambora yang menjadi orang kuat kepada gwa selama ini💪
Dan yang terakhir, tapi paling penting...
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT MUZIK ROCK, FOLLOWERS, REJIM BARBARIK DAN SEMUA YANG DATANG DARI SELURUH PELOSOK MALAYSIA!
Lu orang yang beli tiket, datang, sing-along, headbang, jerit dan sama-sama memenuhi Mega Star Arena malam tu — lu oranglah yang menjadikan malam tersebut satu kenangan yang gwa takkan lupa.
30 tahun bukan satu perjalanan yang pendek. Banyak cerita, banyak cabaran, banyak jatuh bangun. Tapi bila gwa tengok lu orang semua masih berdiri bersama BMHK sampai hari ni, gwa tahu perjalanan ni memang berbaloi.
Ulang Tahun BMHK ke-30 ni bukan sekadar tentang sebuah konsert. Ini tentang kita. Tentang persahabatan, muzik, rock & roll dan “journey” yang kita lalui bersama.
Sekali lagi, terima kasih semua.
Lu orang memang STEADY! 🤘🔥
JOBRANKO 🤘