Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur

Website Contact the establishment

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Kumpulan penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia untuk diangkat sebagai filem terbaik sepanjang tahun.

EVOLUSI KRITIKAN FILEM: MEDIA SOSIAL UBAH LANDSKAP PENULISAN KE VISUALForum tersebut menampilkan tiga tokoh penting dala...
23/06/2026

EVOLUSI KRITIKAN FILEM: MEDIA SOSIAL UBAH LANDSKAP PENULISAN KE VISUAL

Forum tersebut menampilkan tiga tokoh penting dalam dunia kritikan filem iaitu Editor Dewan Sastera dan Ahli MPFKL, Fadli Al-Akiti; serta dua pempengaruh ulasan filem terkenal, Mat Don dan Akmal Hamzah daripada saluran Hadam Projek.

https://titikbaca.my/2026/06/21/evolusi-kritikan-filem-media-sosial-ubah-landskap-penulisan-ke-visual/

Dewan Sastera Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur

SHAH ALAM — Kafe Tiga Belas menjadi saksi kepada perbincangan hangat mengenai masa depan kritikan filem di Malaysia melalui forum Pasca Wayang: Ulasan Filem Di Media Sosial. Forum yang diadakan pada jam 4.00 petang ini merupakan sebahagian daripada pengisian Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala ...

SOFIA JANE DOMINASI AMPFKL11, MACAI DINOBAT FILEM TERBAIKBuat julung kalinya dalam sejarah penganjuran, acara ini diadak...
23/06/2026

SOFIA JANE DOMINASI AMPFKL11, MACAI DINOBAT FILEM TERBAIK

Buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran, acara ini diadakan secara fizikal selepas lima tahun hanya dijalankan secara dalam talian.

https://titikbaca.my/2026/06/21/sofia-jane-dominasi-ampfkl11-macai-dinobatkan-filem-terbaik/

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR — Malam Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Ke-11 (AMPFKL11) telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang, meraikan pencapaian cemerlang karya-karya perfileman tempatan sepanjang tahun 2025. Buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran, acara ini diadakan secara fizikal ...

KRITIKAN FILEM BUKAN SEKADAR KUTUK, TETAPI PENENTU HAYAT KARYA Beliau turut menekankan kepentingan menggabungkan pandang...
22/06/2026

KRITIKAN FILEM BUKAN SEKADAR KUTUK, TETAPI PENENTU HAYAT KARYA

Beliau turut menekankan kepentingan menggabungkan pandangan tokoh seperti André Bazin (melihat filem sebagai jendela realiti) dan Susan Sontag (menghargai estetika dan bentuk filem) untuk menghasilkan tulisan yang lebih bermakna.

https://titikbaca.my/2026/06/21/kritikan-filem-bukan-sekadar-kutuk-tetapi-penentu-hayat-karya/

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur

SHAH ALAM — Kritikan filem bukan sekadar aktiviti menghukum atau memberi “rating” bintang, sebaliknya ia merupakan elemen penting dalam mematangkan ekosistem sinema sesebuah negara. Demikian antara inti pati perkongsian Daniyal Kadir dalam sesi bertajuk “Pasca Wayang: Kritikan Filem di Malay...

NOTA TAMBAHAN PENCALONAN ANUGERAH MAJLIS PENGKRITIK FILEM KUALA LUMPUR KE-11Sebelum kami sampaikan rumusan dan nota renu...
22/06/2026

NOTA TAMBAHAN PENCALONAN ANUGERAH MAJLIS PENGKRITIK FILEM KUALA LUMPUR KE-11

Sebelum kami sampaikan rumusan dan nota renungan untuk filem-filem Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2025, izinkan saya dulu untuk sampaikan rasa s**a hati dan kesyukuran atas pihak-pihak yang telah merealisasikan majlis penganugerahan malam ini, yang julung-julung kalinya diadakan, setelah 15 tahun AMPFKL digerakkan.

Saya sebagai wakil ahli majlis pengkritik yang lain ingin menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kafe Tiga Belas, S**a Filem, Sinema Cult, dan Sinema Raya yang sama-sama berganding bahu untuk mewajarkan majlis ini berlaku dengan jayanya.

Mungkin juga saya perlu menyampaikan ucapan terima kasih yang khusus kepada Sdr. Ashraff Mokhtar dan Sdr. Amirul Ashraf yang berjaya mencetuskan gerakan kecil-kecilan ini tapi besar maknanya buat kami, yang sudah kami impikan tetapi tidak terdaya melakukannya sendiri, dan jelas, segala titik peluh dan usaha yang Sdr. Berdua gerakkan sudah pun menjadi kenyataan, seperti yang kita lihat pada malam ini. Jadi syabas!

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Kami dalam MPFKL sebenarnya sudah bergalang ganti, bertukar-tukar ahli saban tahun. Tahun lepas dan tahun ini sahaja, kami turut menarik masuk para pengkritik filem dalam kalangan pempengaruh videografi digital untuk menurut perubahan dan desakan zaman semasa. Ada juga dalam kalangan ahli kami yang terpaksa meninggalkan MPFKL kerana bermastautin ke luar negara, malah ada yang memasuki industri perfileman itu sendiri.

Oleh itu, izinkan saya menyampaikan ucapan penghargaan saya kepada barisan nama MPFKL yang pertama, yang “original” orang kata, sewaktu kritikan masih berlangsung di blog, dan kami kadangkala berbincang secara maya di Kafe Siber kerana tak mampu nak beli komputer masa tu.

Terima kasih kepada Nazim Masnawi, Azalan Hussain/Lan Sinaganga, Collin Yeoh dari That Movie Blogger Fella, Syafiq Ramli serta Igniz Ramly dari Dramatic Durian, Aidil Rusli, Saiful Kifler dari Perang Filem, dan Muhammad Yusof dari Review Film.

Sebenarnya, tahun 2025 merupakan susulan limpahan filem dari tahun 2024 apabila filem-filem yang ditayangkan di layar lebar termasuk dalam hasil Dana Kandungan Kreatif FINAS, juga filem-filem yang diusaha sama oleh himpunan produksi-produksi tertentu, juga kemunculan penerbit para usahawan niaga tertentu yang menyuntik modal untuk para pembikin filem.

Dari 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025, sebanyak 70 lebih buah filem Malaysia ditayangkan. Memang keadaan “ulang tayang” tema, genre dan premis cerita turut berlaku seperti tahun-tahun terdahulu, tetapi apa yang kami sedari, terdapat kemajuan atau dapat kita katakan, kepakaran belakang tabir yang lebih baik terhadap beberapa ciri pembikinan sesebuah filem tempatan, memandangkan filem tidak terhasil hanya daripada penentuan seorang individu, tetapi daripada janaan dan daya tindakan sekump**an manusia yang bersama-sama menghasilkan sebuah layar yang berbicara.

Kebanyakan layar yang berbicara ini, juga cukup memaut hati khalayak penonton kita. Filem-filem ini sekurang-kurangnya sekarang mempunyai cerita, mempunyai tanda-petanda tertentu, walaupun tampil sebagai peran yang klise, malah superfisial di hadapan kita seperti wajah seorang samseng berkot atau momok hantu berambut sampai ke lantai.

Sudah ada p**a filem-filem yang mempunyai premis yang berani atau jarang-jarang dapat kita lihat disentuh oleh para pembikin filem kita. Terdapat filem yang cukup berani menampilkan masalah sosial semasa seperti bayi buangan dan kanak-kanak tiada saf taraf. Namun begitu, masalah utama dalam filem-filem ini, baik yang memaut hati khalayak atau berani mencabar kelaziman ialah cerita.

Kita masih mempunyai banyak masalah dengan cerita dan cara kita bercerita di skrin. Kita ada masalah dalam penyusunan plot dan penceritaan secara visual. Penceritaan atau storytelling kita tidak menggugah, kadangkala melilau mencari arah tujuan, atau longgar dari aspek sebab-akibat.

Hal ini penting kerana cerita atau visual cerita yang terikat dan membangkitkan renungan dan persoalan yang menemukan kita dengan inti manusianya. Karya filem merupakan cerminan kita melihat diri kita sendiri. Kadangkala cermin itu sudah memantulkan diri kita, hanya bayangannya samar-samar, atau bayangannya cukup jauh terpantul, sampai kita tidak melihat diri kita di cermin.

Beberapa perkembangan menarik turut berlaku tahun lepas apabila filem dari Sabah dan Sarawak atau bolehlah kita sebutkan sebagai Sinema Borneo muncul. Sebenarnya, mereka sudah lama melahirkan filem, hanya keberadaan Sinema Borneo itu cukup terasa pada tahun lepas (namun kelihatan tidak gah p**a pada tahun ini).

Kebangkitan ini cukup diraikan, berserta Sinema Mahua yang masih aktif melahirkan filem daripada kalangan pembikin muda dan Sinema India Malaysia yang turut ditayangkan di panggung-panggung tertentu di serata Malaysia. Bersama-sama dengan Sinema Melayu, semua bikinan filem ini menguatkan lagi struktur yang kita sebut sebagai Sinema Malaysia yang muhibah dengan pelbagai wajah, ras, pemikiran, dan budaya.

Oleh itu, tahun ini MPFKL meraikan pelbagai filem, baik berbajet kecil atau besar yang berjaya tiba di garisan akhir pada malam ini.

Kita temui filem yang menghidupkan kembali dunia gemilang wayang gambar hitam putih kita dengan persoalan yang cukup mencabar tentang persoalan pengulangan, eksistensi, juga persoalan menemui jati diri kita yang lebih baik.

Kita juga temui filem tentang perjalanan rohaniah seorang mualaf, yang sebenarnya sebuah filem tentang dinamisme sebuah keluarga, juga sebuah tanah air yang kian berubah nadinya.

Kita juga temui sebuah filem seram yang bergerak seperti kisah penyiasatan detektif, tetapi sebenarnya menelanjangkan sisi-sisi gelap naluri kita untuk mencapai kejayaan dalam Impian Malaysia atau Malaysian Dream.

Kita juga menemui satu kisah yang cukup indah dalam perhubungan ayah dengan anak yang cukup rencah dinamis perhubungannya, disalut dengan gerakan tempo rap sebagai denyut resah hidup anak kota.

Kita juga menemui yang kita mampu melencong masuk ke dalam ruang sureal, dalam dunia yang serba gelap dan penuh jenayah, kadangkala alam mimpi bernafas dalam alam sedar kita.

Daripada kepelbagaian cerita dan wajah inilah kita menemui manusianya. Kita mengenal manusianya. Semoga muncul lagi filem yang lebih mendekatkan diri kita dengan fitrah kita sebagai manusia, mengenal kehidupan manusia dan menjadi manusia yang manusiawi. Yang cukup sedar dengan kekerdilan diri dan kekhilafan jati diri, tapi cukup sedia untuk mengekspresikan keinsanannya.

Semoga kita dapat menonton filem-filem yang terus bercerita dengan kisah-kisah yang mengesankan dan memberikan renungan.

Fadli Al-Akiti
Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur

21/06/2026

Berikut adalah ucapan penggulungan & nota tambahan tentang pencalonan AMPFKL11 oleh Fadli Al-Akiti, Ketua Juri MPFKL.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share

Category