E-Catur

E-Catur Perkongsian berita catur tempatan. Untuk sebarang perkongsian berita catur, boleh hubungi admin.

Hari ini merupakan hari jadi ke-85 bagi legenda catur, Nona Gaprindashvili!Beliau merupakan wanita pertama yang mendapat...
04/05/2026

Hari ini merupakan hari jadi ke-85 bagi legenda catur, Nona Gaprindashvili!

Beliau merupakan wanita pertama yang mendapat gelaran Grandmaster, dan berasal dari Soviet Union. Dengan rating tertinggi 2495 yang beliau dapat sekitar tahun 1987, beliau mendominasi dunia catur wanita dari tahun 1960 hingga 1990.

Berikut adalah artikel untuk ulasan lebih mendalam.

https://www.chess.com/blog/Spektrowski/nona-gaprindashvili-fighting-for-equality

Dunia catur ni kelakar sebenarnya.Menurut GM Anish Giri dalam satu temuramah, "Selain Magnus, kita ada hampir 20 orang p...
16/04/2026

Dunia catur ni kelakar sebenarnya.

Menurut GM Anish Giri dalam satu temuramah, "Selain Magnus, kita ada hampir 20 orang pemain top 10 dunia."

Selepas Candidates:

1. Hikaru jatuh dari kelab 2800.
2. Sindarov naik ke tangga ke-5 dan menjadi pencabar juara dunia.
3. Anish Giri turut naik ke tangga ke-6 selepas mendapat tempat ke-2 di Candidates.
4. Juara Dunia Klasikal, Gukesh berada di tempat ke-16 dalam senarai top 20.
5. Hans Niemann masih cuba untuk tembus ke posisi top-10.

Road To MSSD Arena  #5Salam semua. Pihak E-Catur menjemput semua pelajar yang belajar bersama Kamus Catur / Shafaf Consu...
07/04/2026

Road To MSSD Arena #5

Salam semua. Pihak E-Catur menjemput semua pelajar yang belajar bersama Kamus Catur / Shafaf Consultancy untuk menyertai sesi sparring catur secara atas talian malam ini di chess.com.

Tarikh: 7 Apr 2026
Hari: Selasa
Masa: 8.30 malam
Format: 10+0

Link: https://www.chess.com/play/arena/31119291

Pemain boleh mula mendaftar sejam sebelum perlawanan bermula (7.30 pm dah boleh join).

Sila pastikan pemain telah menyertai Komuniti Catur E-Catur terlebih dahulu.

https://www.chess.com/club/komuniti-catur-e-catur/join

Join Chess.com - the #1 chess site with over 150 million members from around the world. Play chess games, learn strategies, and talk with other players.

31/03/2026

Road To MSSD Arena #3

Salam semua. Pihak E-Catur menjemput semua pelajar yang belajar bersama Kamus Catur / Shafaf Consultancy untuk menyertai sesi sparring catur secara atas talian malam ini di chess.com.

Tarikh: 31 Mac 2026
Hari: Selasa
Masa: 8.30 malam
Format: 10+0

Link: https://www.chess.com/play/arena/31100587

Pemain boleh mula mendaftar sejam sebelum perlawanan bermula (7.30 pm dah boleh join).

Sila pastikan semua pemain telah menyertai Komuniti Catur E-Catur terlebih dahulu.

https://www.chess.com/club/komuniti-catur-e-catur/join

Chess Drama: Hikaru Nakamura dan Anish Giri.Semuanya bermula dengan tarikh pertandingan Grand Chess Tour yang akan berla...
19/02/2026

Chess Drama: Hikaru Nakamura dan Anish Giri.

Semuanya bermula dengan tarikh pertandingan Grand Chess Tour yang akan berlangsung serentak dengan Esports World Cup.

Disebabkan kedua-duanya merupakan pertandingan berprestij tinggi yang berlaku serentak, maka ada antara pemain yang tidak boleh bermain dalam satu acara kerana terbabit dalam acara yang satu lagi.

Hasilnya, beberapa orang pemain yang terlibat seperti MVL, Fabiano Caruana, Alireza, Anish Giri dan Pragg menandatangani surat mengharapkan ada koordinasi yang lebih baik antara penganjur.

Hikaru Nakamura kemudian memberi komen yang pertembungan tarikh itu mungkin sesuatu yang bagus untuk dunia catur, kerana memberi ruang kepada pemain baru untuk menyertai pertandingan pada skala besar seperti EWC dan GCT.

Namun begitu, ada komen "pedas dan sinis" oleh Hikaru - "mereka tak membawa kepada pertambahan jumlah penonton pun".

Statement dari Hikaru ini membuat Anish Giri membalas kenyataan beliau di media sosial X (atau twitter). Menurut Anish, dia mempunyai laman youtube yang tidak aktif namun masih mampu menarik penonton.

Hikari kemudian menidakkan tweet Anish dengan mengatakan bahawa dia maksudkan penonton dari segi livestream (penonton siaran langsung), bukan dari segi konten video.

Selepas perbalahan itu berlangsung, Hikaru dituduh sengaja ingin membiarkan lawannya tidak bermain di EWC supaya dia dapat peluang yang lebih cerah untuk menang di sana.

Presiden FIDE, Emil turut membuat komen bahawa "perbalahan kecil" Hikaru dan Anish ini adalah terlampau awal, kerana kejohanan Candidates akan bermula beberapa minggu lagi.

Jadi apa komen anda? Patut ke kejohanan diadakan pada waktu berbeza supaya pemain boleh cuba untuk sertai kejohanan-kejohanan tersebut? Betul ke Hikaru cakap pemain tu tak bagi penambahan viewership?

Read: https://worldchess.com/news/chess-needs-better-beef-giri-vs-nakamura-just-doesnt-cut-it

31/12/2025

Sparring Ambang Tahun Baru.

Masa: 8.30pm - 9.30pm
Tarikh: 31/12/2025
Format: Arena/10+0

Jemput semua join. Kita mungkin ada sesi live oleh coach Hariz dan coach Luqman

https://www.chess.com/play/arena/4634397

05/12/2025

Titik penghormatan tertinggi seorang jurulatih catur adalah apabila pelajarnya sudah berjaya mengalahkan gurunya.

Address

Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when E-Catur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to E-Catur:

Share