Sumandak Sabah

Sumandak Sabah ๐Ÿ“ Warisan Borneo dalam dimensi AI.
๐ŸŒพ Menghidupkan nostalgia kampung dalam seni.
๐Ÿ›– Kehidupan kampung, versi imaginasi.

03/05/2026

Sayur legend.. siapa kenal ๐Ÿคญ
Nasib baik ada pagar, kalau tdk kena tumis suda malam ni..

Selamat Hari Raya ! Ada yg mau minum air kelapa๐Ÿคญ
21/03/2026

Selamat Hari Raya ! Ada yg mau minum air kelapa๐Ÿคญ

Satu kebanggaan apabila insan yang selayaknya meraih pop**ariti. Tracie Sinidol membuktikan dirinya sebagai antara alumn...
19/03/2026

Satu kebanggaan apabila insan yang selayaknya meraih pop**ariti.

Tracie Sinidol membuktikan dirinya sebagai antara alumni UN yang paling menyerlah, sentiasa memelihara keperibadian yang tinggi dan pandai membawa diri di tempat orang.

Dari pentas Unduk Ngadau dan Dewi Remaja, kini langkahnya semakin rancak di dunia lakonan.

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu sisterrr kuuuu ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Kalau la kan ๐Ÿคญ
19/03/2026

Kalau la kan ๐Ÿคญ

19/03/2026

Tiada kaitan sama saya ahh yg pasal hilux tu.. ๐Ÿซข

16/03/2026

Sira Lambung merupakan pakaian tradisi wanita bagi etnik Dusun Tatana yang berasal dari daerah Kuala Penyu, Sabah. Pakaian ini sering digayakan dalam majlis keraian, kebudayaan, dan perkahwinan.

Panas betul hari ni kan kawan..
16/03/2026

Panas betul hari ni kan kawan..

15/03/2026

Ada yang masih ingat video niโ˜บ๏ธ

Selamat pagi dan selamat hari Isnin!Semoga minggu baru ini membawa rezeki, kesihatan dan semangat baru untuk kita semua....
15/03/2026

Selamat pagi dan selamat hari Isnin!
Semoga minggu baru ini membawa rezeki, kesihatan dan semangat baru untuk kita semua. Jangan lupa senyum hari ini ๐Ÿ˜Š

15/03/2026

Suku Murut Tahol adalah kelompok sukuan yang terbesar dalam pecahan masyarakat etnik Murut. Suku ini berasal dari penempatan di Sungai Tahol yang terletak di Pensiangan sebelum berhijrah ke kawasan lain seperti daerah Tenom, Sapulut dan Nabawan. Mereka sering memperkenalkan diri mereka sebagai Ulun Tahol yang bermaksud orang Tahol.

Sehingga kini, sebahagian besar suku Murut Tahol telah menganut agama Kristian sebagai pegangan utama mereka. Namun demikian, masih terdapat kelompok kecil dalam kalangan mereka yang tetap berpegang kepada kepercayaan animisme (pagan). Meskipun suku ini telah menganut agama masing-masing, mereka terus memelihara dan mengamalkan adat serta tradisi nenek moyang yang tidak bercanggah dengan ajaran agama. Salah satu tradisi yang masih diamalkan ialah adat kematian yang memiliki sistem adat dan struktur kepercayaan unik serta mencerminkan identiti budaya yang kaya serta kekuatan nilai komuniti mereka.

Erti kematian dalam suku Murut Tahol adalah merujuk kepada sesuatu musibah yang memilukan kerana, mereka percaya si mati akan meneruskan kehidupan bersendirian. Dari satu sudut yang lain, kematian menurut mereka adalah satu hal yang misteri kerana tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dengan jelas tentang perjalanan sebenar si mati di alam yang berlainan. Hal ini kerana, kematian dalam konteks falsafah kehidupan mereka terbahagi kepada dua iaitu kematian yang baik dan kematian yang tidak baik.

Kematian yang baik ialah kematian dalam keadaan tidur dengan mata dan mulut yang tertutup dengan rapat. Kematian yang tidak baik p**a ditandai oleh kesakitan yang amat sangat dan diiringi oleh jeritan yang kuat ketika meninggal. Bagi mereka, jeritan yang kuat tersebut berhubungan dengan semangat jahat yang mengganggu manusia sebelum menemui ajalnya.

Oleh yang demikian, mereka percaya bahawa cara kematian seseorang ini adalah berhubungan dengan kehidupannya sebelum ini. Jika seseorang itu dinilai dengan baik semasa hayatnya, maka kematiannya adalah dipermudahkan. Jika sebaliknya, maka kematiannya akan menjadi sukar dan sulit serta mengerikan. Justeru, untuk memastikan roh si mati tenang menuju alam abadi, suku Murut Tahol amat berpegang kepada prinsip amalan tradisi dalam proses pengurusan kematian seperti dalam sistem amalan adat warisan mereka.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sumandak Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share