Festival Tari Tempasuk

Festival Tari Tempasuk Penganjur Festival Tari Tempasuk Peringkat Kebangsaan.

03/12/2025

Sorotan Penuh Pertandingan Tarian Tradisi Kreatif Etnik Tempasuk Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 Sempena Festival Tari Tempasuk 2025





23/08/2025

JUARA : ARTUMS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERTANDINGAN TARIAN TRADISI KREATIF ETNIK TEMPASUK PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA FESTIVAL TARI TEMPASUK 2025

Kisah Lagenda: Kampung Hilang Di Hujung Tempasuk

Sumber mengatakan ada sebuah kampung Linagas pernah wujud di hujung sebuah lembah Tempasuk, diperintah oleh Tampi Tajaham seorang penghulu zalim yang tamak dan mengahwini perempuan-perempuan jahat untuk memperluaskan pengaruhnya.

Rakyat ditindas, pengkhianatan berleluasa. Ketika dosa memuncak ke langit, turun entiti kiriman Kinoringan membawa murka dan dalam sekelip mata melenyapkan seluruh kampung bersama penghulu dan kroninya tanpa jejak dengan menggelapkan pandangan mereka.

Linagas kini tinggal sebagai lagenda juga satu amatan bahawa kezaliman pasti menerima balasan.

Tarian ini dirangka indah berteraskan gerak tari Mongigol Tobilung, disemat dengan pendekatan yang menyatukan warisan dan inovasi.
Karya ini menyerlahkan nilai estetika, makna simbolik serta gambaran semangat yang berdenyut dalam nadi bangsa Dusun. Karya ini mencerminkan usaha untuk memelihara dan mengangkat budaya warisan tradisi serta memperkayakan seni persembahan melalui eksplorasi bentuk dan makna dalam konteks Seni Tari berkonsepkan Etnik Kreatif.

Sumber Rujukan:

Buku & Penyelidikan Akademik’ Dusun Tobilung Ethnic Group’ dalam Jurnal Etmografi atau Kajian Budaya Sabah

Buku oleh Dr Jacqueline Pugh- Kitingan-Pakar antropologi budaya Sabah “Kadazan Dusun Cultural Beliefs and Legends.

Barisan Jawatankuasa Tinggi FTT 2025Pertandingan Tarian Tradisi Kreatif Etnik Tempasuk, Festival Tari Tempasuk 2025
22/08/2025

Barisan Jawatankuasa Tinggi FTT 2025

Pertandingan Tarian Tradisi Kreatif Etnik Tempasuk, Festival Tari Tempasuk 2025

22/08/2025
21/08/2025

FESTIVAL TARI TEMPASUK 2025

Pertandingan Tarian Tradisi Kreatif Etnik Tempasuk Peringkat Kebangsaan

PEMENANG TEMPAT KETIGA:
LANTERA SENI VENTURE SELANGOR

Membawakan sebuah kisah lagenda Tempasuk:

LAGENDA AKI JAPVAL

Aki Japval memiliki kekuatan luar biasa dan juga kebijaksanaan. Beliau tinggal di Tempasuk
setelah berkahwin dengan orang tempatan daerah itu.
Tempasuk merupakan sebuah kawasan ya g mempunyai tanah yang subur terletak di
Kota Belud, Sabah.
Oleh kerana kelebihan dan kekayaan sumber di kawasan ini, kawasan Tempasuk sering diganggu oleh pengayau yang datang dari luar.
Mereka menyerang kampung-kampung dan menculik penduduk. Masyarakat hidup dalam ketakutan.

Namun, Aki Japval tidak gentar. Dengan pengetahuannya dalam ilmu kekebalan diri serta
keberaniannya, dia memimpin penduduk Tempasuk untuk melawan para pengayau.

Aki Japval juga dikenal memiliki ilmu kebatinan yang kuat, konon katanya boleh berkomunikasi dengan alam, bahkan membuat dirinya tidak terlihat oleh musuh.

Inilah perkara yang diajar untuk melawan anasir jahat. Akhirnya, berkat keberanian dan strategi Aki Japval, kampung-kampung di Tempasuk berhasil
mempertahankan diri dari ancaman luar.

Setelah wafat, Aki Japval dikenang sebagai pahlawan lokal dan pelindung spiritual bagi masyarakat Tempasuk.

Tarian kreatif ini diolah daripada tarian poku dinding yang popular dalam kalangan orang dusun tindal sebagai dasar kepada tarian kreatif ini.

Sumber Rujukan:-

1. Folks of Dayak-https://folksofdayak.wordpress.com/2015/01/19/kisah-aki-japval-pahlawan-dayakrung

Barisan Juri Professional Pertandingan Akhir Tarian Tradisi Kreatif Etnik Tempasuk Kota Belud Perjngkat Kebangsaan 2025 ...
21/08/2025

Barisan Juri Professional Pertandingan Akhir Tarian Tradisi Kreatif Etnik Tempasuk Kota Belud Perjngkat Kebangsaan 2025 Sempena Festival Tari Tempasuk 2025!



21/08/2025

Persembahan memukau oleh Jestie Alexius di Pentas Budaya PERKASIH

FESTIVAL TARI TEMPASUK 202516 OGOS 2025PERTANDINGAN  TARIAN TRADISI KREATIF ETNIK TEMPASUK PERINGKAT KEBANGSAAN 2025Tela...
21/08/2025

FESTIVAL TARI TEMPASUK 2025

16 OGOS 2025

PERTANDINGAN TARIAN TRADISI KREATIF ETNIK TEMPASUK PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Telah berlangsung dengan jayanya di Pentas Budaya PERKASIH Tempasuk Kota Belud

Tahniah kepada semua pemenang dan semua peserta yang mengambil bahagian.

Address

PUSAT KHIDMAT RAKYAT N9 TEMPASUK
Kota Belud
89150

Telephone

+601171139515

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Festival Tari Tempasuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Festival Tari Tempasuk:

Share