23/06/2026
PENGERUSI PPRPD BRIGED SABAH PGA BERSAMA EXCO PPRPD BRIGED SABAH PGA MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YDH AJUTAN BRIGED SABAH PGA
Kinarut, 22 Jun 2026 (Isnin) - Pengerusi PPRPD Briged Sabah PGA YBrs. Sarjan Mejar Richard Bin Bisa bersama Exco PPRPD Briged Sabah telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Ajutan Briged Sabah PGA, YDH Supt Nasrol Sain Bin Hamzah bertempat di Pejabat Ajutan Briged Sabah, hari ini.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sedia ada di antara persatuan dengan pucuk pimpinan.Pengerusi PPRPD Briged Sabah turut memberikan taklimat berkaitan dengan beberapa isu yang telah berjaya diangkat, diperjuangkan dan akhirnya memberikan kebaikan dan manfaat kepada ahli persatuan secara keseluruhannya.
Selain daripada itu, YDH Supt Nasrol Sain Bin Hamzah turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada exco yang telah dipilih menerajui kepimpinan PPRPD Briged Sabah dan mengingatkan bahawa tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul itu sememangnya berat dan setiap exco hendaklah memberikan komitmen di tahap yang terbaik kerana mandat yang diberikan itu bukan semata mata untuk kepentingan diri sendiri namun ianya merupakan amanah yang harus dipikul bagi mewakili seluruh ahli persatuan di Briged Sabah ini. Persatuan juga perlu bergerak pro aktif, dan berani dalam menyuarakan cadangan serta pendapat, dalam memperjuangkan kebajikan demi kebaikan setiap ahlinya. Tambahnya lagi, setiap exco perlu ada wawasan serta misi yang jelas dalam merangka gerak kerja bagi memastikan setiap isu yang diperjuangkan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan. Barisan exco juga bertanggungjawab menjadi contoh bagi mewujudkan suasana kerja yang baik dan menjadikan PPRPD sebagai sebuah organisasi yang harmoni .
Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut adalah Bendahari PPRPD Briged Sabah Sarjan Aidi Bin Baddiri, Pengerusi PPRPD (B) Briged Sabah Koperal Muhammad Asyrafi Bin Zakaria,
Kunjungan hormat telah berjalan dengan lancar. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.
Diterbitkan oleh : Exco Media dan Publisiti PPRPD Bde Sbh PGA