01/01/2020
Anda dinasihatkan berhati-hati ketika membeli Produk Farmbest buat sementara waktu sehingga kepastian tahap kebersihan dibuat, bagi mengelakkan sebarang jangkitan virus atau penyakit yang berkemungkinan tersebar berikutan insiden seorang lelaki maut akibat terjatuh dalam mesin pengisar daging.
Pastikan anda periksa Tarikh Pengeluaran/Manufactured Date produk berkaitan sebelum membuat sebarang pembelian produk sejuk beku/frozen berasaskan daging.
BERITA ASAL:
Sumber
SEORANG pekerja warga Nepal maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar daging di sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, hari ini.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 30 minit.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 22 tahun sedang membuat kerja membaik pulih pengisar tersebut dan butang βonβ mesin itu dihidupkan secara tiba-tiba.
βKita menerima panggilan pada 7.46 pagi dan tiba di kilang tersebut untuk operasi mengeluarkan mangsa sembilan minit kemudian bersama enam anggota dari balai (bomba dan penyelamat) Masjid Tanah.
βMangsa mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan selain pendarahan teruk di bahagian pinggang dan disahkan meninggal dunia,β katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 2:39 PM
Sumber lain info:
https://www.facebook.com/100023345302747/posts/584423172345854/?d=n
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2455029631425396&id=1683470555247978&fs=0&focus_composer=0