Kongsi Video Gambar Ilmu Apa2 Aje Lah

Kongsi Video Gambar Ilmu Apa2 Aje Lah Perkongsian Ilmu bersama

Bila umur dah 40 dan ke atas ni, kalau masih lagi belum bergelar jutawan, masih lagi belum ada Ferrari, masih lagi belum...
14/07/2023

Bila umur dah 40 dan ke atas ni, kalau masih lagi belum bergelar jutawan, masih lagi belum ada Ferrari, masih lagi belum ada banglo mewah, saya syorkan biarkanlah. Jangan korbankan masa ibadat kita untuk mengejar dunia yang sementara.

Bukan maksud saya tak perlu bekerja, tapi jangan kalut sangat nak capai perkara tu semua. Umur 40 ke atas ni sebenarnya tinggal satu step sahaja lagi nak ke alam akhirat. Bila-bila masa sahaja malaikat akan ziarah kita. So, kena siapkan bekalan. Jangan miskin di sana. Miskin dunia berbaki beberapa tahun sahaja lagi nak mati. Namun kalau miskin akhirat, kita akan miskin selamanya.

Bila dah masuk 40 dan ke atas, fokus masa kita sepatutnya dah lain. Bab dunia ni kalau kita dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat pun alhamdulillah. Namun, akhirat memang kena lebih.

Jangan kita korbankan akhirat demi mengejar kesenangan yang sementara dan kesenangan yang menipu. Cuba bayangkan kalau kita habiskan semua masa, kita korbankan masa ibadat untuk kejar dunia dan bergelar jutawan pada usia 70, apakah faedahnya? Nak makan sepinggan pun dah tak berapa selera. Nak melancong pun lutut dah tak berapa larat. Akhirnya harta itu ditinggalkan. Waris mungkin kaya, tapi kita miskin akhirat.

Pesanan saya, setiap hari, jaga solat berjamaah, bacalah al-Quran semampunya, peruntukkan sebahagian harta untuk bersedekah dan jangan lupa selawat ke atas Nabi s.a.w.

Nukilan Ustaz Salleh.

Jom kejar syurga Allah
14/07/2023

Jom kejar syurga Allah

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBURβ–  Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan ku...
09/07/2023

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

β–  Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

β–  Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

β–  Jika mati orang yg s**a baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

β–  Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

β–  AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

β–  Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

β–  Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

β–  Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

β–  Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

β–  Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

β–  Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

β–  Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

β–  Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

β–  Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

Ustaz Ahmad Dusuki IKIM

𝟏𝟎 π’‚π’Žπ’‚π’π’‚π’ π’‰π’‚π’Šπ’… & π’π’Šπ’‡π’‚π’” π’”π’–π’‘π’‚π’šπ’‚ π’‰π’‚π’•π’Š π’•π’‚π’Œ 𝒓𝒂𝒔𝒂 π’Œπ’π’”π’π’π’ˆUntuk mengelakkan hati terasa β€˜kosong’, lazimilah amalan ketika haid y...
14/06/2023

𝟏𝟎 π’‚π’Žπ’‚π’π’‚π’ π’‰π’‚π’Šπ’… & π’π’Šπ’‡π’‚π’” π’”π’–π’‘π’‚π’šπ’‚ π’‰π’‚π’•π’Š π’•π’‚π’Œ 𝒓𝒂𝒔𝒂 π’Œπ’π’”π’π’π’ˆ

Untuk mengelakkan hati terasa β€˜kosong’, lazimilah amalan ketika haid yang dibolehkan seperti:

1. MENDENGAR BACAAN AL-QUR’AN

2. MEMBACA TAFSIR AL-QUR’AN

3. UCAPKAN ZIKIR
Paling mudah, biasakan diri dengan zikir Fatimah, iaitu Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), dan Allahuakbar (34kali)yang selalu dibacakan ketika selepas solat.

4. BACAAN AL-MATHURAT

5. BERSELAWAT
Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

6. ISTIGHFAR

7. BERDOA

8. MENGULANG HAFALAN.

9. MEMBACA BAHAN BACAAN AGAMA

10. MENDENGAR KULIAH

TIADA ALASAN UNTUK β€˜TERPUTUS HUBUNGAN’ DENGAN ALLAH.

Mudah-mudahan dengan amalan semasa haid dan nifas seperti di atas ini, kita masih kekal berhubung dengan Allah dan mengingatiNya pada setiap masa.

01/10/2022
18/07/2022

Jagalah solat

Address

Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kongsi Video Gambar Ilmu Apa2 Aje Lah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share