Norphgun

Norphgun Let me bring you to hop around Johor Bahru and whats up around it!

15/08/2026

Ini reviu pantas sekali imbas dan maafkan saya kalau terbabas, untuk jersi JDT 2026-2027 💙❤️.

Memang cepat-cepat buat sebab orang ramai nak bergambar kat sini 😆

Vlog penuh di YouTube Norphgun

Tandakan kalendar anda untuk sokong Malayan Tigress pada Piala Wanita AFF 2026 di Kuala Lumpur!
27/06/2026

Tandakan kalendar anda untuk sokong Malayan Tigress pada Piala Wanita AFF 2026 di Kuala Lumpur!

Perlawanan Piala Wanita AFF 2026 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, harga tiket dan dimana disini.
27/06/2026

Perlawanan Piala Wanita AFF 2026 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, harga tiket dan dimana disini.

Panggilan pertiwi untuk Piala Wanita AFF 2026!
27/06/2026

Panggilan pertiwi untuk Piala Wanita AFF 2026!

Senarai 25 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Malayan Tigress Menjelang Piala Wanita AFF 2026 Di Kuala Lumpur

Berikut adalah senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Malayan Tigress, Joel Cornelli bagi menyertai kem latihan pusat bermula Ahad, 28 Jun 2026 sebagai persiapan menghadapi Piala Wanita AFF 2026 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Daripada senarai 25 pemain ini, Joel telah mengekalkan 19 pemain daripada 23 pemain yang telah dibawa ke Amman, Jordan untuk dua siri perlawanan antarabangsa Tier 1 pada 3 dan 6 Jun lalu.

Seterusnya hanya 23 pemain akan dipilih untuk berada senarai akhir bagi menghadapi Piala Wanita AFF 2026.

Baca siaran media penuh di https://shorturl.at/C6yVY

27/06/2026

Keputusan Piala Belia 2026

Hari Perlawanan 6 | Sabtu, 27 Jun 2026

Akademi Kuching City FC 0-3 AMD B
⚽️ Harris Haneef 13’ Ammar Saiful 35’ Iman Luthfi 70’

AMD A 0-2 Johor Darul Ta’zim IV
⚽️ Naqif Firhad 6’ Fadhlul Hadi 35’

Kuala Lumpur FA 1-3 PDRM FC
⚽️ Darwish Aiman 6’
⚽️ Aidil Putera 38’ 60’(P) Akmal Azham 65’

Musim baharu Liga Wanita Nasional   dah bermula minggu lepas! Boleh saksikan perlawanan langsung, rakaman perlawanan pen...
20/06/2026

Musim baharu Liga Wanita Nasional dah bermula minggu lepas!

Boleh saksikan perlawanan langsung, rakaman perlawanan penuh, highlights di YouTube Liga Wanita Nasional
https://youtube.com/?si=zVjcJoXyBEIRKZCh

Orang bising pasal Piala Dunia, kita sibuk tengok balik Piala Shopee untuk musim 2026/2027. Oh, JDT ada dalam Group B, b...
19/06/2026

Orang bising pasal Piala Dunia, kita sibuk tengok balik Piala Shopee untuk musim 2026/2027. Oh, JDT ada dalam Group B, bersama dengan Port FC, Lion City Sailors, Cong An Hanoi, PKR Svay Rieng, Persib Bandung serta pemenang Playoff 2 antara Ezra dan Shan United.

Laluan JDT bermula pada 8 Oktober 2026 menentang PKR Svay Rieng di Stadium Sultan Ibrahim! Mari kita tandakan kalendar siap-siap!

**Poster dari laman sesawang dan media sosial Johor Southern Tigers

P/S saya sokong negara-negara 'underdog' barulah seronok! Kalau yang layan AFCON mesti faham kenapa! Korang sokong negara apa?

Saya sangat teruja ketika jersi JDT 'ALT' 2025/26 yang berwarna 'Tiffany Blue' di umumkan sebelum musim bermula tahun le...
19/06/2026

Saya sangat teruja ketika jersi JDT 'ALT' 2025/26 yang berwarna 'Tiffany Blue' di umumkan sebelum musim bermula tahun lepas!

Pergilah saya membelinya di JDT Direct, Toppen Shopping Centre, beberapa hari sebelum pelancaran jersi di Stadium Sultan Ibrahim (https://youtu.be/avgM-IHWM5A?si=4nZ7gPM1bsCOUrgY).

Video ini dirakam pada 30 Julai 2025, lama betul simpan. Tapi bolehlah buat anda yang jauh untuk tinjau bagaimana rupa bentuk dalam kedai tersebut!

Saya juga ada buat video JDT Direct Megastore, dirakam pada 5 Oktober 2024 (boleh tonton sini https://youtube.com/shorts/P4hRfEUowHo?si=oSKfPCJ3OoeWO0ZG). Banyak dah berubah! Anda mahu lihat keadaannya yang terkini tak? Komen sikit.

Klik video beli baju JDT 'Alt' warna 'Tiffany Blue' (walaupun ada panggil warna 'turqouise').

https://youtu.be/Qlsn6Ry8riw?si=xMNsfKpBzPGfnio-

Assalamualaikum! Video ini dirakam sebelum hari pelancaran jersi JD...

Lambat sebab kesedihan tapi tetap unggah video yang tak berapa sempurna kerana gembira dapat rezeki menyambut kemenangan...
19/06/2026

Lambat sebab kesedihan tapi tetap unggah video yang tak berapa sempurna kerana gembira dapat rezeki menyambut kemenangan kuadrupel JDT serta menyaksikan secara langsung sambutan mengangkat Piala Liga Super Malaysia untuk ke-12 kalinya.

Vlog kali ini tidak banyak bicara, biarkanlah pemandangan indah dari Granstand, G205, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri berbicara dalam video kali ini. Saya mohon maaf atas kekurangan video dan kekurangan unggahan baru-baru ini.

Terima kasih kerana sudi menonton! Klik dibawah untuk tonton video penuh pengalaman langsung dari bangku stadium.

P/S: Adakah anda bersedia untuk vlog-vlog terkumpul saya yang saya peram satu musim, dah habis musim baru nak terbitkan? 😂 Dengan rendah diri, saya memohon sokongan anda semua.

Assalamualaikum! Lama tak bersiaran. Untuk menutup musim Liga Super...

Semalam sis pergi JDT Fan Fest dan sambutan Realm of 12 celebrations. Telefon yang ada video-video suasana sambutan untu...
31/05/2026

Semalam sis pergi JDT Fan Fest dan sambutan Realm of 12 celebrations. Telefon yang ada video-video suasana sambutan untuk vlog tu tercicir. Sis call nak dekat 70 kali, tak diangkat. Mesej tak dibalas.

Bila semak Find My Device, telefon tu ada di Kulai. Maknanya dah diambil dan orang yang ambil tak berniat nak pulangkan pun. Sis tak halalkan 🙏

Niat nak buat 'comeback', tapi kini terhad kepada video yang ada dalam stadium je 🥹 Harap-harap ada yang sudi tonton.

P/s terkilan footage Plague of Happiness dan Ella tak dapat dikongsi. Tapi sambutan semalam memang meriah!

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Norphgun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share