05/08/2026
ULASAN LAGU NASYID
Tajuk : Nakhoda
Artis : Dr Hareth Zubedi
Lagu : Hamie Surzair
Lirik : Hamie Surzair
Tahun terbitan : 2026
Link Youtube : https://youtu.be/Qte0yMvJgic?si=vHqPqS5mPE2YNEED
Kualiti Lagu : ⭐⭐⭐⭐⭐
Kualiti Lirik : ⭐⭐⭐⭐⭐
Kualiti Vokal : ⭐⭐⭐⭐⭐
Kualiti Penyampaian : ⭐⭐⭐⭐⭐
Kualiti Keseluruhan : ⭐⭐⭐⭐⭐
Nakhoda adalah sebuah lagu yang berkisahkan mengenai perjalanan yang dilalui seorang insan sepanjang dalam kehidupan.
Yang di maksudkan dengan Nakhoda dalam lagu ini kemungkinan seorang suami dan juga ketua keluarga.
Rangkap permulaan dalam lagu ini mengisahkan walau dimanapun diri berada,diri tetap teguh menuju hala tujuan hidup dengan berbekalkan perbagai pengalaman s**a dan s**a yang dialami sepanjang kehidupan demi insan-insan seperti isteri,anaka-anak dan seluruh ahli keluarga yang dikasihi.
Rangkap kedua p**a mengisahkan perasaan gentar oleh ujian-ujian yang sesekali masih jua dialami tidak sesekali boleh dijadikan sebagai pematahkan semangat dalam apa jua keadaan dan segala perasan negatif dilupakan dan akan sentiasa mengingati insan-insan yang disayangi yang menjadi sebagai sumber penguat semangat dan harapan.
Walaupun masa berlalu jauh diri masih kuat menempuh sejauh manapun dan ses**ar apapun keadaan kerana cinta yang kuat juga sokongan dari insan-insan tersayang menjadi pembakar semangat untuk terus pejuang untuk keluarga sehingga akhir hayat.
Vokal penyampaian sepanjang lagu ini sememangnya tidak perlu lagi dipertikaikan kerana DR Hareth adalah merupakan seorang guru vokal bertauliah yang sangat dikenali ramai.
Susunan muzik sepanjang lagu ini terutama pada bahagian bridge yang sangat segar menjadikan punca lagu ini menaikkan semangat dan sangat boleh dilayan berulang kali dan terasa memberikan motivasi dan boleh dijadikan sebagai antara kekuatan pada pendengar kerana orang-orang yang terlibat dalam proses penghasilan lagu ini adalah antara yang agak terkenal dalam industri hiburan khususnya nasyid tanahair.
Lagu yang baharu saja dilancarkan pertengahan bulan lepas sememangnya sangat boleh pergi jauh dan juga layak berada disemua radio-radio tempatan kerana lagu ini sangat sesuai didengar oleh semua lapisan masyarakat perbagai bangsa.