Pusat Riadah Dataran Seri Jempol

Pusat Riadah Dataran Seri Jempol Pusat riadah Dataran Seri Jempol. Tempat lepak,santai- santai.

13/08/2026

Mencari peniaga peniaga kering sahaja.
Pada hari sabtu.
Terus berjumpa brother mainan skuter

Niaga pada hari sabtu malam minggu sahaja

Buat pertama kalinya, Zaffra Art & Craft ingin berkongsi rezeki bersama anda .Sempena Malam Kemerdekaan, kami bawakan Ca...
10/08/2026

Buat pertama kalinya, Zaffra Art & Craft ingin berkongsi rezeki bersama anda .

Sempena Malam Kemerdekaan, kami bawakan Cabutan Bertuah khas untuk pelanggan kami sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda selama ini.

Setiap pembelian RM15.00 dan ke atas melayakkan anda menerima 1 tiket cabutan bertuah.

Antara hadiah menarik:
Seterika
Barang keperluan rumah
Hamper
Dan pelbagai hadiah menarik lain!

Jom bersama-sama memeriahkan Malam Kemerdekaan dan mana tahu, rezeki anda p**a yang membawa p**ang hadiah .

Zaffra Art & Craft
Berkongsi rezeki, menghargai sokongan anda.

KUIZ SLOGAN KEMERDEKAAN & CABUTAN BERTUAH . KUIZ SLOGAN KEMERDEKAANBayaran penyertaan: RM2.00 sahaja CARA PENYERTAAN:1️⃣...
08/08/2026

KUIZ SLOGAN KEMERDEKAAN & CABUTAN BERTUAH .

KUIZ SLOGAN KEMERDEKAAN
Bayaran penyertaan: RM2.00 sahaja

CARA PENYERTAAN:

1️⃣ Jawab semua soalan kuiz yang diberikan.
2️⃣ Cipta satu slogan bertemakan Kemerdekaan Malaysia.
3️⃣ Hasilkan slogan yang kreatif, menarik dan penuh semangat patriotik .
4️⃣ Slogan terbaik berpeluang memenangi hadiah menarik .

CABUTAN BERTUAH .

Dengan setiap pembelian RM15.00 ke atas, anda layak mendapat 1 tiket cabutan bertuah .

Dapatkan tiket cabutan bertuah di:
KIOSK NO. 1, DATARAN SERI JEMPOL

📅 30 OGOS 2026
⏰ 11.00 MALAM
📍 NO. 1, DATARAN SERI JEMPOL

JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Jawab Kuiz • Cipta Slogan • Menang Hadiah • Raikan Kemerdekaan! 🇲🇾🎁

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA .

Wasabi : 0102532471

🇲🇾 KUIZ CIPTA SLOGAN SEMPENA SAMBUTAN MALAM KEMERDEKAAN 🇲🇾Sempena Sambutan Malam Kemerdekaan, Zaffra Art & Craft menjemp...
07/08/2026

🇲🇾 KUIZ CIPTA SLOGAN SEMPENA SAMBUTAN MALAM KEMERDEKAAN 🇲🇾

Sempena Sambutan Malam Kemerdekaan, Zaffra Art & Craft menjemput anda menyertai Kuiz Cipta Slogan Bertemakan Kemerdekaan.

Tunjukkan kreativiti anda dengan menghasilkan slogan yang ringkas, padat dan penuh semangat patriotik. Inilah peluang untuk berkongsi mesej cinta akan negara sambil merebut pelbagai hadiah menarik.

✨ Tema: Kemerdekaan
🏆 Hadiah Menarik Menanti Pemenang!

🥇 Hadiah Pertama: Wang Tunai

🥈 Hadiah Kedua: Hamper

🎁 10 Hadiah Saguhati

Syarat Penyertaan

✅ Terbuka kepada semua.
✅ Yuran penyertaan hanya RM2 bagi setiap borang. ✅ Borang boleh didapati di Kiosk No. 1
✅ Cipta slogan asli bertemakan Kemerdekaan.
✅ Slogan hendaklah ringkas, kreatif dan tidak menyentuh isu sensitif.
✅ Setiap borang sah untuk satu penyertaan sahaja.
✅ Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti, keaslian dan kesesuaian dengan tema.
✅ Keputusan akan diumumkan pada Malam Sambutan Kemerdekaan.
✅ Keputusan penganjur adalah muktamad.

📍 Dapatkan borang penyertaan di Kiosk No. 1
💰 Yuran penyertaan: RM2 seorang

"Satu Slogan, Sejuta Semangat. Bersama Menghayati Erti Kemerdekaan." 🇲🇾

26/01/2026

Selamat pagi

26/12/2025

Penantian sekian lama warga Jempol akhirnya terjawab.

Lampu spotlight di Dataran Seri Jempol kini kembali menyinari kawasan dengan terang-benderang, mencipta suasana yang lebih ceria, meriah dan selamat untuk semua.

Malam minggu kini lebih bermakna .

Anak-anak bebas berbasikal, main motor elektrik dan scooter warna-warni yang disediakan untuk disewa.

Senyuman dan gelak tawa mereka menghidupkan suasana. Ibu bapa p**a boleh duduk bersantai, makan-makan atau sekadar nikmati angin malam di bawah cahaya lampu yang cukup terang.

Kalau dulu gelap dan suram, sekarang Dataran Seri Jempol sudah jadi tempat lepak pilihan ramai. Kawasan lapang, selamat dan sesuai untuk aktiviti santai keluarga. Jangan tunggu lama-lama.Jom meriahkan malam minggu anda bersama kami di sini.

Jom meriahkan malam anda di Dataran Seri Jempol bersama maskot capybara yang comel dan mencuit hati.Sesi foto dibuka kep...
30/11/2025

Jom meriahkan malam anda di Dataran Seri Jempol bersama maskot capybara yang comel dan mencuit hati.

Sesi foto dibuka kepada semua dengan bayaran seikhlas hati sahaja tiada paksaan, hanya hiburan santai untuk seisi keluarga.

Jangan lupa singgah di Kiosk No. 1, kerana suasana di sini memang hidup dengan gelak tawa,.

Pukul 10 malam.

✨ MALAM MINGGU DI DATARAN SERI JEMPOL ✨Jom luangkan masa hujung minggu anda dengan suasana santai di Dataran Seri Jempol...
24/10/2025

✨ MALAM MINGGU DI DATARAN SERI JEMPOL ✨

Jom luangkan masa hujung minggu anda dengan suasana santai di Dataran Seri Jempol.

Pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan oleh peniaga tempatan.Harga yang berbaloi .

Support peniaga kecil tempatan sambil menikmati suasana malam yang damai dan menyeronokkan.
Jom datang malam ni .

Dataran Seri Jempol menanti anda .

*"Malam Minggu, Gaya Baru!"*  Suasana tenang, dan deretan baju cantik menanti untuk disarung.  Jom singgah tapak jualan ...
22/10/2025

*"Malam Minggu, Gaya Baru!"*
Suasana tenang, dan deretan baju cantik menanti untuk disarung.

Jom singgah tapak jualan pelbagai koleksi baju wanita trendy & sopan tersedia khas untuk anda.

✨ Sesuai untuk santai atau bergaya
💃 Baju wanita
🛍 Harga mampu milik

Malam minggu tak lengkap kalau balik tangan kosong.
*Singgah, cuba, dan miliki satu!*

Jom luangkan malam minggu anda di *Dataran Seri Jempol*.Suasana meriah, makanan sedap, hiburan menarik dan pelbagai akti...
19/10/2025

Jom luangkan malam minggu anda di *Dataran Seri Jempol*.
Suasana meriah, makanan sedap, hiburan menarik dan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga semua ada di sini!

Gerai makanan viral
Kiosk
Macam jenis gerai ada

Datang bawa keluarga, kawan & pasangan. Rasa sendiri kemeriahan malam minggu di Dataran Seri Jempol!

Address

Jempol
72120

Opening Hours

Tuesday 16:00 - 00:00
Wednesday 16:00 - 00:00
Thursday 16:00 - 00:00
Friday 16:00 - 00:00
Saturday 16:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Riadah Dataran Seri Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share