24/04/2026
Assalamualaikum..
Penutupan Jalan
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa penutupan jalan di kawasan yang terlibat bagi tujuan kerja-kerja pembaik pulihan mendapan yang berlaku akibat daripada adanya pecahan L Beam di sungai yang berdekatan. Ini yang membuatkan adanya pergerakan tanah yang berlaku disebabkan adanya pergerakan tanah lalu berlakunya mendapan.
Sehubungan itu, kami dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf atas segala kesulitan dan ketidakselesaan yang berlaku sepanjang tempoh penutupan ini.
Segala usaha sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat disiapkan dengan sebaik mungkin, demi keselamatan dan keselesaan semua pihak
Saya telah mendapat makluman kelmarin telah berlakunya kemalangan disebabkan mendapan yang berlaku ini. Insyallah hari ini YB Arafat Muhamad Adun Hulu kinta akn turun berjumpa dengan mangsa kemalangan.
Kerjasama dan kesabaran daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.