18/01/2026
JANGAN BELI RUMAH SEBELUM ANDA TAHU JANGKAMASA JUAL BELI
1) “Aduhh, tak tahu la p**ak beli rumah lama macam ni?”
2) Inilah antara kesilapan yang pembeli rumah biasa buat. Sesetengah orang dia beli rumah dan ingat dapat masuk rumah tu terus.
3) Tapi tak, proses beli rumah ni lama sebenarnya. Kita kena buat perancangan sebelum beli. Kalau tak nanti habis kacau plan kita.
4) Kontrak rumah sewa kita mungkin dah tamat, kita tak renew, kunci rumah baru belum dapat. Atau mungkin kita dah daftar anak ke sekolah yang dekat dengan rumah yang dibeli, tapi kita tak dapat berpindah masa sesi sekolah dah mula. Ini antara contoh silap yang biasa jadi.
5) Kalau korang beli rumah dari jenis freehold yang ada geran, biasanya proses tu akan ambil masa 5 bulan dari tarikh korang tandatangan borang tempahan (booking). Dalam 5 bulan ni, korang kena settle pinjaman dan S&P lebih kurang sebulan, dan 4 bulan lagi untuk pindah milik.
6) Untuk hartanah leasehold yang ada geran p**a, proses tu lebih lama. Korang kena settle pinjaman dan S&P lebih kurang sebulan, dan pindah milik tu akan ambil masa sekitar 6 bulan. Keseluruhan proses ialah 7 bulan kerana hartanah leasehold ni selalunya ada sekatan yang mana jualan tu kena dapat kebenaran dari kerajaan negeri.
7) Proses ni pun boleh jadi lebih lama, kalau rumah tu ada isu dekat geran. Jadi seeloknya sebelum korang beli, tanyalah dulu perunding hartanah dan juga peguam tentang jangkamasa ni.
8) Buat perancangan yang betul sebelum beli. Mudahan proses tu akan lebih lancar.
Nak beli rumah atau menjual property boleh WhatsApp saya
Amirul Sufi
ESP PROPERTIES
BUY/SELL/LAND/COMMERCIAL
0137584375