DACS Hulu Langat

DACS Hulu Langat DACS merupakan badan NGO yang menjalankan aktiviti kesukanan, kebudayaan dan kesenian alternatif dan patuh shariah utk anak muda khususnya di Hulu Langat.

Jom Sertai kami!

Jom anak muda Hulu Langat!Daftar laju-laju 👉🏻 https://bit.ly/fifa23dpphl
16/12/2022

Jom anak muda Hulu Langat!

Daftar laju-laju 👉🏻 https://bit.ly/fifa23dpphl

Sebelum Final World Cup kita bantai dulu PS5. Amacam? Ada bran?

🕹️ Tournament FIFA 23 & Big Screen Final World Cup 2022 🌐🇶🇦

Assalamualaikum w.b.t.,

Ayuh anak-anak muda gamers Hulu Langat, tunjukkan bakat anda dalam permainan FIFA 23 (PS 5)❗️

Tarikh 😗
18 Disember 2022 (Ahad)

Masa 😗
⚽️ Tournament FIFA 23 : 11.00 a.m. - 10.00 p.m.
🖥️ Big Screen Final World Cup : 11.00 p.m.

Tempat 😗
Baitul Ikhwan (Pejabat Dewan Pemuda PAS Hulu Langat), Taman Sri Nanding - Belakang Petronas Nanding

Hadiah menarik menanti pemenang
🥇Tempat Pertama : RM300
🥈Tempat ke-2 : RM200
🥉Tempat ke-3 : RM100
🏅Saguhati (Tempat 4-8) : RM50

‼️ Yuran penyertaan PERCUMA ‼️

📲 Pendaftaran 😗
https://bit.ly/fifa23dpphl

📞 Sebarang Pertanyaan 😗
Bro. Afif (http://www.wasap.my/+601123852748)
Bro. Shahril (http://www.wasap.my/+601139596594)

Anjuran :
Department of Arts, Culture & Sports (DACS), Dewan Pemuda PAS Hulu Langat (DPPHL)

24/04/2022

INFO KULIAH DHUHA 🕌

🗓 Hari/Tarikh : Ahad, 24 April 2022

⏰ Waktu : 9.00 pagi

👳🏻 Pengkuliah : Al-Fadhil Ustaz Nushi Dato' Mahfodz, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor

🎤 Tajuk Kuliah :
Ramadhan dan Hakikat Kemenangan

📍 Tempat : Baitul Ikhwan, Taman Sri Nanding, Hulu Langat - belakang Petronas Nanding

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

📍 Ramadhan bulan perjuangan untuk meraih taqwa...Medan anugerah illahi bagi hamba yang mendambakan rahmat dan kasih sayangnya. Kemenangan yang pastinya didambakan oleh setiap yang beriman.

✒️ Berbicara berkaitan Ramadhan dan Hakikat Kemenangan, Kuliah Dhuha kali ini yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat menampilkan seorang tokoh dakwah yang tidak asing lagi.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini.

‼️ SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Jom semua…pengisian yang sangat bermanfaat insyaAllah…
09/04/2022

Jom semua…pengisian yang sangat bermanfaat insyaAllah…

🕌 INFO KULIAH DHUHA 🕌

🗓 Hari/Tarikh : Ahad, 10 April 2022

⏰ Waktu : 9.00 pagi

👳🏻 Pengkuliah : Al-Fadhil Ustaz Nadir Al-Nuri, CEO Cinta Gaza Malaysia

🎤 Tajuk Kuliah :
"Ramadhan : Erti Sebuah Perjuangan”

📍 Tempat : Baitul Ikhwan, Taman Sri Nanding, Hulu Langat - belakang Petronas Nanding (https://goo.gl/maps/wKGohfBQsj6umz6h8)

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

📍 Buat julung kalinya, Dewan Pemuda Pas Hulu Langat (DPPHL) menjemput seorang ikon anak muda yang sangat dikenali sebagai indivdu yang secara langsung terlibat dalam kerja-kerja amal berkaitan dengan Palestin bahkan beliau turut memilih untuk menetap di Palestin sejak 2013 demi kelansungan perjuangan beliau.

✒️ Berbicara berkaitan Ramadhan dan perjuangan, Kuliah Dhuha kali ini pastinya akan sarat dengan perkongsian pengalaman beliau di bumi Palestin.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini.

‼️ SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR ‼️

Jom beramai-ramai esok di Padang Awam Kampung Jawa, Hulu Langat.Yang dah lama tak keluar peluh tu boleh pakat turun. Kur...
19/03/2022

Jom beramai-ramai esok di Padang Awam Kampung Jawa, Hulu Langat.

Yang dah lama tak keluar peluh tu boleh pakat turun. Kurang-kurang dapat jersi free, ye tak?

PM laju-laju kapten DACS Hulu Langat, www.wasap.my/60136447346

*MENCARI RAMLI 2.0 LANGAT*

Anda berminat bermain sukan no 1 dunia iaitu bolasepak? Skill anda sehebat CR7? Sepower Lionel Messi? Sepadu Erling Haaland?

Kami sedang mencari anda. Ya! Andalah orangnya!

Jom sertai team kami untuk friendly pada pagi Ahad (20 Mac 2022) di Padang Awam Kampung Jawa.

Jersi bola abang payung 😎. Sila pm laju-laju www.wasap.my/60136447346 (Zulfikri)

Let’s do it 💪🏻

*_Anjuran : Department of Arts, Culture & Sport (DACS), Dewan Pemuda PAS Hulu Langat (DPPHL)_*



Ayuh sama-sama berikan sokongan kepada Harimau Malaya pada petang ini! Misi 3 mata!
09/12/2021

Ayuh sama-sama berikan sokongan kepada Harimau Malaya pada petang ini! Misi 3 mata!



ULASAN KHAS : MAS VS LAOS PIALA AFF SUZUKI 2020 (SEBELUM PERLAWANAN)

Skuad negara dijangka berdepan cabaran lebih sukar menentang Laos petang ini setelah berjaya melakar kemenangan pertama menewaskan Kemboja 3-1.

Tan Cheng Hoe ketika diminta mengulas mengatakan skuad Laos menunjukkan disiplin pertahanan sangat baik ketika berdepan Juara edisi lalu Vietnam terutama di defending third. Laos berjaya menyerap corak permainan pantas Vietnam dengan disiplin bertahan yang kompak dan berdisiplin.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bakal menurunkan pemain yang menunjukkan permainan baik tempoh hari seperti M Kogileswaran, Luqman Hakim Shamsudin, Arif Aiman dan Shahrel Fikri sekaligus merehatkan penyerang naturalisasi negara Guilherme De Paula yang kelihatan tidak memberi ancaman besar dan bergelut menunjukkan prestasi terbaiknya sehingga ditukarkan dengan Luqman Hakim.

Tan Cheng Hoe juga pasti akan merombak sedikit bahagian tengah apabila Junior Eldstal dilaporkan mengalami kecederaan. Mukhairi Ajmal perlu mengambil peluang ini mengemudi jentera tengah bergandingan dengan Baddrol Bakhtiar.

Selain memiliki barisan pertahanan yang jitu, Laos juga pasti akan menaruhkan penyerang utamanya yang berpengkalan di Eropah, Billy Kekeophomphone. Nama yang asing di kalangan peminat bola sepak Malaysia namun di Laos beliau merupakan nama besar atas faktor pengalaman beliau di pentas Eropah.

Untuk rekod Billy adalah pemain pertama dari Asia Tenggara yang beraksi di divisyen teratas Perancis. Beraksi bersama bekas penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme dan penyerang sayap Arsenal, Nicolas Pepe beliau berjaya menjaringkan goal untuk Angers SCO pada musim 2016/2017 sekaligus pemain Asia Tenggara pertama menjaringkan goal di Ligue 1 Perancis.

InsyaAllah dengan ketajaman dan prestasi baik ditunjukkan Akhyar dan Luqman, barisan pertahanan Laos pasti dirobek sekaligus memacu kemenangan kedua Malaysia sebelum berdepan cabaran paling sukar menentang Juara edisi lalu Vietnam Ahad nanti.

Rujukan:

[1] https://www.semuanyabola.com/billy-ketkeophomphone-bekas-rakan-sepasukan-dickson-nwakaeme-nicolas-pepe-yang-mampu-melukakan-harimau-malaya/

[2] https://www.msn.com/en-my/news/sukan/cari-jalan-robek-kubu-laos/ar-AARCBgl

Kredit poster : FAM

Sabtu ni gais jom dah lama kita berprogram lapangan!
07/10/2021

Sabtu ni gais jom dah lama kita berprogram lapangan!

SELAMAT HARI MALAYSIA 2021 🇲🇾
16/09/2021

SELAMAT HARI MALAYSIA 2021 🇲🇾

SELAMAT HARI MALAYSIA 2021 🇲🇾

Hari Malaysia pada tanggal 16 September setiap tahun disambut bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia.

Bersama kita kekalkan keharmonian merentasi agama, kaum, etnik & budaya yg merupakan kunci kemajuan serta kestabilan negara.

Hormati antara satu sama lain serta hargai keunikan diversiti kaum dan etnik di Malaysia. Kita semua patut berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Semoga Malaysia terus maju, aman, makmur serta sejahtera disamping kita bersatu mempertahankan kedaulatan negara.

Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-58 buat seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana jua anda berada.

Tulus Ikhlas Daripada:
Department Of Arts, Culture & Sport (DACS)
Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM





Address

Hulu Langat

Telephone

+60183919022

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DACS Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share