KRT Taman Koskam

  • Home
  • KRT Taman Koskam
Website

KRT Taman Koskam “Bersatu, Prihatin, Sejahtera”
Memperkasa komuniti melalui aktiviti, keselamatan dan perpaduan.

Mesyuarat AJK KRT Taman Koskam Bil 8/2026Tarikh : Selasa (1/9/2026)Masa :9.30 malamTempat: Bilik Mesyuarat KRT Taman Kos...
02/09/2026

Mesyuarat AJK KRT Taman Koskam Bil 8/2026

Tarikh : Selasa (1/9/2026)
Masa :9.30 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat KRT Taman Koskam

Majlis BBQ dan Sambutan Merdeka Anjuran SRS Pondok 5 dan KRT Taman KoskamTarikh : 30hb Ogos 2026Masa : 9.30 malamTempat ...
02/09/2026

Majlis BBQ dan Sambutan Merdeka Anjuran SRS Pondok 5 dan KRT Taman Koskam

Tarikh : 30hb Ogos 2026
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pondok SRS Lorong Temenggong 5

Terima kasih kerana hadir dan kerjasama ✨️

Sedang berlangsung.. mai maii ramai lagi beratoq ni sementara barang dok ada
30/08/2026

Sedang berlangsung.. mai maii ramai lagi beratoq ni sementara barang dok ada

JUALAN RAHMAH PAGI INI
30/08/2026

JUALAN RAHMAH PAGI INI

🇲🇾🔥 KRT TAMAN KOSKAM DAH MULA PANASKAN SUASANA MERDEKA 🔥🇲🇾Bukan sekadar kibarkan bendera, kita kibarkan semangat !KRT Ta...
25/08/2026

🇲🇾🔥 KRT TAMAN KOSKAM DAH MULA PANASKAN SUASANA MERDEKA 🔥🇲🇾

Bukan sekadar kibarkan bendera,
kita kibarkan semangat !

KRT Taman Koskam bersama penduduk berganding bahu memasang Jalur Gemilang sebagai pasca menyambut Hari Kebangsaan ke-69.

Tahun ini kita nak buat lebih meriah lagi dengan program yang telah dirangka :

🏆 Pertandingan Hias Rumah Tercantik
🎨 Pertandingan Mewarna
🇲🇾 Perarakan Merdeka
🏍️ Konvoi Merdeka

Ini bukan sekadar program.
Ini semangat kita. Ini kebersamaan kita. Ini KOSKAM kita!

Kalau tahun-tahun lepas meriah, tahun ni kita kasi lebih padu 💪🏻

Jom sama-sama meriahkan suasana Merdeka, penuhi kawasan dengan kibaran Jalur Gemilang dan buktikan bahawa semangat perpaduan penduduk KRT Taman Koskam memang luar biasa!

🇲🇾🏠 JOM HIAS RUMAH, SEMARAKKAN KEMERDEKAAN! 🏠🇲🇾Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Taman Koskam !Sempena sambutan ...
23/08/2026

🇲🇾🏠 JOM HIAS RUMAH, SEMARAKKAN KEMERDEKAAN! 🏠🇲🇾

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Taman Koskam !

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Koskam dengan sukacitanya menjemput semua penduduk untuk menyertai:

🇲🇾 PERTANDINGAN HIAS RUMAH SEMPENA KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾

📅 Tempoh Pertandingan:
22 Ogos – 14 September 2026

🏠 Hiaslah kediaman anda dengan tema kemerdekaan mengikut kreativiti masing-masing.
🇲🇾 Syarat minima: Wajib mempamerkan sekurang-kurangnya SATU (1) Bendera Malaysia.

👨‍⚖️ Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh pengadil jemputan sepanjang tempoh pertandingan, berdasarkan kreativiti, tema kemerdekaan, kekemasan, penggunaan bendera dan impak keseluruhan hiasan.

🎁 HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!
🥇 Johan – TV 55”
🥈 Tempat Kedua – Hadiah Istimewa
🥉 Tempat Ketiga – Hadiah Istimewa
🎉 Saguhati/Cabutan Bertuah sehingga tempat ke-10!

Jangan lepaskan peluang! Tak perlu hiasan yang mahal — yang penting kreativiti, semangat patriotik dan kemeriahan suasana kemerdekaan! 🇲🇾❤️

Ayuh warga Taman Koskam, kita meriahkan kawasan kejiranan kita dengan kibaran Jalur Gemilang!

“Merdeka Di Hati, Hias Rumah, Semarakkan Negaraku!”

🇲🇾 ANJURAN: KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN KOSKAM 🇲🇾

GOTONG-ROYONG AMBANG MERDEKA 🇲🇾Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK KR...
17/08/2026

GOTONG-ROYONG AMBANG MERDEKA 🇲🇾

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK KRT, jiran tetangga serta warga KRT Taman Koskam yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk turun padang menjayakan program ini.

Semangat kerjasama, kebersamaan dan gotong-royong yang ditunjukkan amat kami hargai. Walaupun penat, semuanya dilakukan dengan penuh semangat demi menceriakan dan memperindahkan kawasan kejiranan kita sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-69 !

Terima kasih kepada semua yang hadir, membantu, menyediakan makanan dan memberikan sokongan. Sesungguhnya, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 🤝
Semoga semangat kekitaan dan perpaduan ini terus subur dalam kalangan warga KRT Taman Koskam. ❤️

Mesyuarat AJK KRT Bil. 7/2026
17/08/2026

Mesyuarat AJK KRT Bil. 7/2026

Program DARES@KOMUNITI Alhamdulillah, KRT Taman Koskam berkesempatan menjadi sebahagian daripada Program Aman, Responsif...
01/08/2026

Program DARES@KOMUNITI

Alhamdulillah, KRT Taman Koskam berkesempatan menjadi sebahagian daripada Program Aman, Responsif dan Empati Sosial yang telah berlangsung di The Light Hotel, Seberang Jaya pagi tadi.

Semoga penyertaan ini dapat memberi manfaat serta membuka ruang kepada KRT Taman Koskam untuk terus memperkukuh hubungan bersama komuniti dan menjayakan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan masyarakat.

Bersama Membina Komuniti, Bersama Membawa Perubahan!

Petang kemarin, Pengerusi Boita Buragas sempat menyantuni anak-anak muda Taman Koskam sambil melihat sendiri semangat me...
20/07/2026

Petang kemarin, Pengerusi Boita Buragas sempat menyantuni anak-anak muda Taman Koskam sambil melihat sendiri semangat mereka dalam aktiviti sukan. Turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa bola sepak takraw dan jaring (net) bagi menyokong serta menggalakkan lagi penglibatan mereka dalam aktiviti sihat.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan dalam kalangan belia di kawasan ini.

Teruskan aktif, kekal sihat dan semangat bersukan!

Address

Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700 Penang

13700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Koskam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your establishment to be the top-listed arts & entertainment?

Share