MPKK Tanjung Berembang

MPKK Tanjung Berembang MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG TANJUNG BEREMBANG

Mari ramai-ramai meriahkan suasana..
26/09/2025

Mari ramai-ramai meriahkan suasana..

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan bertempat di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang.🎉 Akt...
16/09/2025

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan bertempat di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang.

🎉 Aktiviti & Suasana
•Orang ramai sudah mula hadir seawal pukul 9 pagi. 
•Pengunjung pelbagai kaum dan peringkat umur hadir memeriahkan semangat patriotisme. 
• Pameran & Rerui:
• Pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti RTM, Bernama, JAPEN, MCMC, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Astro Radio membuka reruai pameran. 
• Tema pameran utama: “Menelusuri Zaman” — memaparkan sejarah negara melalui pakaian tradisional, peralatan warisan, artifak lama, koleksi foto kenangan sambutan Hari Malaysia dulu. 
• Demonstrasi & Cakaran Warisan: Demonstrasi menyediakan makanan tradisional seperti ubi kayu rebus, pulut ikan masin, pelbagai kuih tradisional. 
• Perhatian VIP: Kehadiran Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, yang melawat pameran dan beramah mesra dengan pengunjung. 
• Acara Kemuncak: majlis perasmian sambutan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

❤️ Nilai & Tujuan Utama
• Menggalakkan semangat patriotik dan perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia melalui penglibatan orang ramai dari pelbagai latar belakang. 
• Memelihara dan memperkenalkan warisan budaya, nostalgia, dan sejarah kepada generasi muda supaya mereka mengingati dan menghargai peristiwa dan identiti negara. 
• Menjadikan Hari Malaysia bukan sekadar upacara, tetapi satu pengalaman interaktif melalui pameran dan aktiviti tradisional. 

13/09/2025

(Program Bantuan Usahawan Kecil (ICU JPM) atau melalui inisiatif kerajaan negeri yang dikoordinasikan oleh ICU)

Bagi kawasan Adun Sungai Acheh khususnya di bawah seliaan MPKK Tg Berembang, anda boleh berjumpa dengan pengerusi , su atau mana2 ajk yg anda kenal untuk mendapatkan borang permohonan.

“Bantuan peralatan untuk peniaga kecil” di bawah ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) biasanya merujuk kepada bantuan kerajaan dalam bentuk pemberian peralatan/perkakasan kepada usahawan kecil atau mikro untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik.

📌 Ciri utama bantuan ini:
• Bukan dalam bentuk wang tunai, tetapi dalam bentuk peralatan/perkakas yang diperlukan mengikut jenis perniagaan (contoh: mesin jahit, mesin goreng, gerai mudah alih, peti sejuk, oven, mesin jahit tepi, mesin rumput, dan lain-lain).
• Sasaran adalah golongan berpendapatan rendah (B40), usahawan kecil yang belum berdaftar atau baru mula berniaga, termasuk mereka yang berniaga secara kecil-kecilan di rumah, pasar malam, gerai atau kampung.
• Bantuan ini diberikan bagi meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan tunai semata-mata.
• Permohonan biasanya dibuat melalui Pejabat Daerah, ADUN/Parlimen, atau terus melalui ICU JPM bergantung kepada negeri.

📌 Contoh peralatan yang biasa diberi:
• Peralatan makanan & minuman (mesin air, mesin pengisar, dapur, oven, peti sejuk)
• Peralatan jahitan & kraftangan (mesin jahit, mesin sulam, set kraftangan)
• Peralatan servis (mesin rumput, peralatan gunting rambut, mesin basuh & vacuum untuk dobi kecil)

📌 Kriteria kelayakan umum:
• Warganegara Malaysia.
• Berumur 18 tahun ke atas.
• Pendapatan isi rumah dalam kategori B40 / miskin / miskin tegar (mengikut data e-Kasih atau pengesahan JKM/Pejabat Daerah).
• Ada minat atau sudah menjalankan perniagaan kecil.

📌 Cara mohon:
1. Dapatkan borang daripada su MPKK Tg Berembang boleh juga di PDTSPS atau pejabat Adun&Parlimen.
2. Isi borang dan sertakan salinan dokumen sokongan (IC, pengesahan pendapatan, gambar perniagaan, sebut harga peralatan).
3. Permohonan akan disemak oleh jawatankuasa dan dihantar ke ICU JPM untuk kelulusan.

Setiausaha
MPKK Tg berembang,
Fatin Nasuha.

Alhamdulillah berkesempatan menziarahi Encik Hairi Osman di kediaman beliau di Tanjung Berembang, yang mengalami kemalan...
12/09/2025

Alhamdulillah berkesempatan menziarahi Encik Hairi Osman di kediaman beliau di Tanjung Berembang, yang mengalami kemalangan baru-baru ini.

Pada petang 11 September 2025 mewakili Yb Fadhlina Sidek ajk MPKK Tg Berembang iaitu pengerusi Khairi , su fatin , bendahari Pn Marliyana , ajk puan Aziah , puan Noorizan dan Encik Rambuan.

Kami mendoakan semoga encik Hairi segera sembuh dan dapat kembali meruskan kerja-kerja harian.
Sumbangan juga daripada pejabat Parlimen Nibong Tebal diserahkan semoga dapat membantu sedikit sebanyak keluarga encik Hairi.

Pada 5 September 2025 bertempat di Dewan Sri Pinang, Pengerusi Khairi dan Setiausaha Fatin menghadiri “MAJLIS PELUNCURAN...
05/09/2025

Pada 5 September 2025 bertempat di Dewan Sri Pinang, Pengerusi Khairi dan Setiausaha Fatin menghadiri “MAJLIS PELUNCURAN GARIS PANDUAN TADBIR URUS MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) NEGERI PULAU PINANG”.

Apa itu eMPKK ?

eMPKK – Sistem Elektronik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
1. Definisi
eMPKK ialah portal rasmi dalam talian yang dibangunkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan) untuk menguruskan hal-hal berkaitan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
2. Tujuan Utama
• Menyediakan platform digital bagi pentadbiran MPKK.
• Memastikan pengurusan komuniti kampung lebih telus, sistematik dan efisien.
• Menjadi pusat rujukan rasmi untuk garis panduan, pekeliling dan dokumen berkaitan MPKK.
3. Fungsi Sistem
• Pengurusan data dan rekod MPKK.
• Muat turun dokumen rasmi (garis panduan, borang, pekeliling).
• Urusan pentadbiran dan kewangan MPKK secara dalam talian.
• Medium komunikasi antara MPKK dengan Kerajaan Negeri.

31/08/2025

Hari ini genap 68 tahun Malaysia merdeka. Biarpun angka itu semakin bertambah, semangatnya tetap sama seperti laungan keramat Merdeka! pada 31 Ogos 1957 yang bergema di Stadium Merdeka.Kemerdekaan ini bukan datang dengan mudah. Ia dibayar dengan keringat, air mata, pengorbanan, malah darah para pejuang yang mahu melihat tanah air ini bebas dan berdiri di atas kaki sendiri. Hari ini, kita hidup dalam aman, ada ruang untuk belajar, bekerja, beribadah dan berkarya – semua itu adalah nikmat hasil perjuangan mereka.Namun, erti kemerdekaan tidak hanya berhenti pada bebas daripada penjajah. 68 tahun kemudian, kita diuji dengan bentuk penjajahan baharu – penjajahan minda, perpecahan, kemiskinan, dan cabaran teknologi. Maka, tanggungjawab kita adalah memastikan semangat merdeka terus hidup dalam diri – dengan menjaga perpaduan, memperkukuh jati diri, dan menyemai kasih sayang sesama insan.Malaysia adalah kita semua. Dari pelbagai kaum, agama, bahasa dan budaya – inilah wajah sebenar negara yang unik. Perpaduan inilah kekuatan yang akan menentukan sejauh mana kita boleh pergi. Selagi kita bersatu, tiada apa yang mampu melemahkan tanah air ini.Semoga di usia 68 tahun kemerdekaan ini, Malaysia terus subur dalam keamanan, maju dalam kemakmuran, dan teguh dalam perpaduan. Mari kita teruskan perjuangan, bukan dengan senjata, tetapi dengan ilmu, akhlak, dan semangat kebersamaan.💙🇲🇾Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68!

Alhamdulillah selesai mesyuarat MPKK Tg Berembang bilangan 8/2025.Turut hadir pada malam ini Encik Rusli Bin Ismail sela...
29/08/2025

Alhamdulillah selesai mesyuarat MPKK Tg Berembang bilangan 8/2025.
Turut hadir pada malam ini Encik Rusli Bin Ismail selaku Penghulu Kawasan.
Banyak perbincangan yang diutarakan dan penghulu juga banyak membantu memberi penerangan dan input pada harini.

kami juga mengucapkan.
Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-68.
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni🩵❤️💙🧡

Mesyuarat bulanan bilangan 7/2025 .Alhamdulillah telah selesai mesyuarat pada 26/7/2025.
29/07/2025

Mesyuarat bulanan bilangan 7/2025 .
Alhamdulillah telah selesai mesyuarat pada 26/7/2025.

Alhamdulillah.. Terima Kasih Dato Sri Utama Anwar Bin Ibrahim… ✅ Sara - rm100/ mykad✅Cuti am- 15/9/2025✅Banyak Jualan Ra...
24/07/2025

Alhamdulillah..
Terima Kasih Dato Sri Utama Anwar Bin Ibrahim…

âś… Sara - rm100/ mykad
âś…Cuti am- 15/9/2025
âś…Banyak Jualan Rahmah
âś…Kadar Tol Kekal
âś…Minyak turun - RM 1.99 seliter hanya warganegara

Mesyuarat MPKK Tg Berembang pada bulan Jun yang lalu.
22/07/2025

Mesyuarat MPKK Tg Berembang pada bulan Jun yang lalu.

5 Jun 2025 Kerja-kerja penebangan pokok kelapa yang condong ke jalan keluar masuk dan membahayakan penduduk serta mengan...
05/06/2025

5 Jun 2025

Kerja-kerja penebangan pokok kelapa yang condong ke jalan keluar masuk dan membahayakan penduduk serta menganggu wayar TNB.
Perkara yang dibangkitkan di dalam minit mesyuarat beberapa bulan lalu iaitu kebimbangan penduduk di lorong surau Tanjung Berembang oleh kerana terdapat beberapa pokok kelapa dikhuatiri tumbang menyembah bumi.
Beberapa minggu juga, pihak kontraktor datang untuk melihat keadaan pokok itu sendiri dan juga pihak MPKK memaklumkan kepada pihak TNB dan mendapatkan peruntukkan daripada pejabat Parlimen Nibong Tebal bagi menjalankan proses penebangan ini.

Berikut merupakan gambaran sebelum dan selepas proses penebangan pokok kelapa di sekitar kawasan ini.

Terima kasih buat pengerusi khairi, ajk2 yg terlibat secara langsung , pihak TNB , pihak kontraktor dan pejabat Parlimen Nibong Tebal khususnya.

Kini, penduduk di kawasan ini boleh mengunakan jalan ini tanpa risau dan resah. Alhamdulillah semuanya telah pun selesai pada jam 12 tengahari.

30 Mei 2025 . MPKK menerima maklumat bahawa ada sebuah rumah di Sungai Setar Besar sebuah pohon kelapa yang jatuh menghe...
30/05/2025

30 Mei 2025 .

MPKK menerima maklumat bahawa ada sebuah rumah di Sungai Setar Besar sebuah pohon kelapa yang jatuh menghempap beranda rumah Puan Halimah Ahmad. Kejadian disedari pada jam 1 petang. Encik Mohd Said dan beberapa penduduk bergegas ke tempat kejadian. Turut hadiri juga YB Dato Hj Rashidi di rumah mangsa dan mewakili MPKK Tg Berembang iaitu Setiausaha Fatin dan ajk Encik Faudzi .Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dikhabarkan dan bersyukur tidak menimpa dia kawasan yang diduduki Puan Halimah. Kerosakan pada bumbung beranda hadapan rumah sangat jelas . Pokok kelapa itu juga telah pun di kemaskan dan kerosakkan lain masih dalam perbincangan.

Address

Butterworth

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Tanjung Berembang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share