06/08/2026
Mlm ni dpt call dr sebuah kilang MSB trip (main incoming ACB), dan berlaku kebakaran pd capacitor bank.. selepas api berjaya d kawal, capacitor bank dlm keadaan off technician kilang cuba utk ON balik ACB, tetapi berlaku letupan yg agak kuat dlm area MSB. Technician kilang dah tak berani ON..
Pihak kilang call saya utk minta bantuan..
saya ok saja terus bergerak ke kilang tersebut.. selepas membuat beberapa pemeriksaan, bekalan electric berjaya d pulihkan semula..
Disebalik keja2 begini, apa sebenarnya yg berlaku??
Saya mengambil alih risiko utk ON kan ACB selepas percubaan pertama berlaku letupan..
Jika saya silap diagnos, risiko nya ialah:
1. berlaku letupan kali ke-2
2. Kerosakan harta benda
3. Kemalangan atau jika keadaan serius boleh berlaku kematian (saya lah tu sbb sy yg ON ACB..🤣)
Dlm kes begini, saya mengucap siap2 sblm ON ACB...😊
Siapa kata kerja chargeman senang??