Hanz Lazit

Hanz Lazit Follow for more info on Healthy Food and Healthy Life

07/01/2026

Badan tak fit, susah untuk bangkit semula bila dah down.

Tadi aku tengok satu video TT Azri Walter dia cakap "Dengan badan yang fit, senang nak bangkit balik bila down." Kita tak tahu bila masa kita akan down.

Bila bisnes jatuh, bila pressure di tempat kerja akan menekan, bila krisis keluarga akan berlaku.

Bukan la kita nak minta benda ni berlaku, tapi dunia ni tempat ujian, macam mana pon kita akan menghadap saat itu. So bila kita ada badan yang fit kita akan tempuh ujian2 ni dengan senang, tak mudah jatuh sakit.

Bayangkan tengah-tengah urus kehidupan, urus bisnes tiba-tiba jatuh sakit sebab badan tak fit. Duit terpaksa digunakan untuk sihat balik, whats the point jadi kaya kalau untuk beli ubat saja.

So gunakan nikmat sihat yang Allah beri untuk fitkan badan, exercise setiap hari, tidur cukup, makan yang baik-baik.

Aku pon baru ja sedar dari benda ni, boleh ja nak workout setiap hari, tapi kita buat by section la, harini chest and shoulder, esok abs and back, lusa arm and leg, repeat-repeat jadi setiap hari.

Dapat sesuatu? Follow supaya korang dapat tengok content-content saya seterusnya yang bermanfaat, like and share supaya kawan-kawan lain dapat manfaat yg sama. Komen kat bawah kalau korang dah start hidup sihat

06/01/2026

3 tips move on dari ex bf/gf. Tips no3 paling susah orang nak buat tapi paling mujarab

Move on ni benda paling susah yang semua orang nak buat, orang kata "senang untuk memaafkan tapi susah untuk melupakan".

Banyak perkara yang boleh merugikan diri kita kalau kita sendu dan suguk memikirkan ex kita. Nak pergi keja pon malas, dah tak semangat nak kerja atau belajar. Silap-silap boleh jatuh sakit sebab tak selera nak makan.

Korang dah cuba cari partner baru supaya boleh menngantikan ex korang, strategi kurang memberangsangkan jika partner tu tak best juga, lagi pon kita bergantung harap kepada orang untuk selesaikan masalah kita itu kurang betul.

Ada yang menjadi but low probability. Korang juga cuba membenci ex korang, jangan, lagi korang lahirkan rasa benci tu lagi lah teringat-ingat. Maafkan ja la ex korang tu.

So harini aku nak share kat korang tips move on yang paling mujarab

Sebelum tu bantu aku untuk follow supaya korang dapat tengok content-content aku seterusnya yang bermanfaat, like and share supaya kawan-kawan lain dapat manfaat yg sama.

1. Penuhkan jadual harian dengan aktiviti fizikal, bila kita sibuk kita kurang masa untuk berfikir dan sendu, contohnya, kemas rumah, main gym, cari hobby baru yang boleh tambah aktiviti korang.
2. Belajar benda baru upgrade diri. belajar agama, badan kasi fit and make more money.
3. Buang semua barang yang dia bagi, gambar selfie, video2 waktu bersama dulu. ada berani?

Ramai kawan-kawan saya dah try tips yang saya bagi dekat mereka, seminggu dah boleh hidup macam biasa dah. dah move on dah dengan ex mereka, tapi kalau cuba dah setahun belalu masih ingat lagi, itu perkara biasa, memang susah untuk melupakan.

Recommended sangat tips ni untuk siapa yang masih struggle untuk move on. Its time for us to shine ourself, takda lagi sedih menangis meratap pemergian orang. Love yourself. semoga bermanfaat.

05/01/2026

“Pastu ada la jiran mertua aku ni datang, dia kata….”

Semalam aku pergi ambil buah rambutan di kampung mertua aku, kena panjat bagai lah nak petik buah rambutan tu.

Sebelum tu bantu aku untuk follow supaya korang dapat tengok content-content aku seterusnya yang bermanfaat, like and share supaya kawan-kawan lain dapat manfaat yg sama.

Pastu ada la jiran mertua aku ni datang, dia kata patah-patahkan ja ranting rambutan tu nanti dia akan merimbun lagi. “Ouh macam tu ka”. kata aku dalam hati. “Prap, prap, prap.” Aku patahkan ranting rambutan.

Dapat la 3 bakul rambutan bawak balik. Sambil2 tengah makan and bual adik beradik, aku terfikir kata-kata jiran tu tadi. Pokok rambutan dipatah-patahkan rantingnya makin merimbun dan h

Macam tu juga la kehidupan kita, dipatahkan dengan ujian yang berat, dipatahkan dengan kekecewaan dikhianati, dipatahkan dengan kerugian bisnes, bangkit kembali.

Jatuh, take lesson, bangkit, buat yang lebih baik lagi. Bunyi macam senang tapi kalau mampu bangkit maknanya kita belum gagal.

02/01/2026

Sampai bila kita nak hidup atas pemikiran orang lain. Kita s**a pakai baju merah terang benderang contohnya, ada kawan tegur “merah menyala baju kau, tak sesuai la dengan kau”.

Sejak dari haritu kita dah pasak dalam pemikiran kita yang kita tak sesuai pakai baju merah.

Sama juga dalam kehidupan kita, career kita, cara kita mendidik anak dan macam-macam yang lain. Kalau kita yakin cara kita betul dan membuahkan hasil keep it up, buat, pedulikan apa kata orang.

Sudah semestinya perbuatan kita tu tak bercanggah la dengan syariat Allah. Kalau benda yang kita nak buat tu tak langgar arahan Allah dan tak membawa maut, why not we give it a try. Pekakkan telinga korang, jalan ja atas jalan yang kau nak bina.

Dapat sesuatu? Follow supaya korang dapat tengok content-content saya seterusnya yang bermanfaat, like and share supaya kawan-kawan lain dapat manfaat yg sama.

01/01/2026

Mak bapak kau tak salah, yang salahnya kau.

Berasal dari keluarga miskin tak salah, berasal dari keluarga yang tak tahu agama tak salah, bukan salah mak bapak kita kalau kita rosak.

Jika keluarga kita tak jaga agama, maka kitalah kena lahirkan keluarga yang jaga agama, jika keluarga miskin, maka kitalah yang bertanggungjawab melahirkan keluarga yang berjaya.

Mak bapak cerai sekali pon, kau nak salahkan mereka bila kau rosak, takda kena mengena. Hidup kau, kau lah yang ubah, apa kaitan ngan orang lain

Dapat sesuatu? Follow supaya korang dapat tengok content-content saya seterusnya yang bermanfaat, like and share supaya kawan-kawan lain dapat manfaat yg sama.

31/12/2025

“Penat kerja tiap bulan, tapi akaun tetap kosong.”

Kebanyakkan manusia sekarang hidup gaji ke gaji, harini masuk gaji esok dah habis bayar segala hutang, rumah, kad kredit, kereta. Termasuklah aku yang menulisan, dah 4 tahun berkerja di sektor swasta.

Pergi balik kerja badan penat tapi tak kaya pon, aku terus terang aku memang nak kaya, i dont care what people gonna call me. Tahun pertama kerja, aku menjoli duit baki yang ada, selepas bayar segala komitment.

Tahun ke2 aku dah mula sedar tentang pengurusan wang, finacial education. Dalam fasa tu aku mula menyimpan. Tapi tahun ke3 baru aku sedar tentang kerja makan gaji ni memang tak boleh buat aku kaya.

Mula-mula aku start simpan sikit-sikit RM100 sebulan, aku nampak duit aku makin banyak, rasa best nak menyimpan lagi banyak. Lama kelamaan aku rasa tertekan sebab duit aku memang semua khas untuk simpan dan komitment saja.

Dekat mana aku nak guna untuk aku? Takda. Stress, overthinking, duit makin banyak dalam simpanan tak buat aku seronok pon.

Aku banyak kali ubah aku punya bajet, 70/20/10 lah, 50/30/20 lah, macam-macam, bila buat bajet tu aku eager nak simpan banyak, so duit menjoli jadi sikit, contoh nak beli barang harga RM300, aku buat duit "keseronokan" RM100 sebulan, aku kena 3 bulan dapat, aku fikir, tak bestnya macam ni.

Tahun ke3 aku kerja ni baru aku sedar yang paling utama dalam pengurusan duit adalah TAMBAH INCOME. Kalau simpan duit tapi stress tak guna, aku pikir untuk tambah income, then buat duit aku beranak.

Padahal ilmu ni aku dah belajar waktu tahun ke2 tapi aku pandang sebelah mata ja. Menyesal pon takda guna, simpan duit pon takda guna, aku belanja duit aku untuk ilmu-ilmu tambah income.

Sekarang walaupun masih struggle nak tambah income, tapi aku percaya my good time will come, tukar mindset. Aku buat ja dulu give a short kalau tak jadi pon aku tak rugi apa-apa, kalau tak jadi pon aku cari cara lain.

Untuk korang yang kerja makan gaji and rasa macam aku, aku sarankan korang tambah income korang. Tak kisah la apa pon kerja tambahan yang korang nak bina, pastikan halal dan tak bercanggah dengan ketentuan Allah ja.

Untuk korang yang dah selesa dengan gaji korang teruskan apa yang korang buat, tak perlu kisah pasal cerita aku ni. tak salah pon kerja makan gaji, jadi kaya pon juga tak salah

Dapat sesuatu? Follow supaya korang dapat tengok content-content saya seterusnya yang bermanfaat, like and share supaya kawan-kawan lain dapat manfaat yg sama.

30/12/2025

“Kalau hidup kau huru-hara sekarang,
jangan kahwin dulu.”

Ramai yang beranggapan lepas kawin mereka akan lebih bahagia, padahal sebaliknya. Kalau kau tak happy masa single kau juga takkan happy lepas kawin. Malah akan memburukkan lagi keadaan relationship kau.

Kau akan rasa cepat cemburu, overthinking, takut ditinggalkan. Pasangan kau pon akan rasa tertekan sebab selalu kena happykan kau ja, untuk dia takda. Pasangan ni ibarat rumah untuk kita, kita ibarat rumah untuk pasangan kita.

Balik kerja penat-penat tapi kat rumah tak best tak boleh happy. Esok nak pergi kerja lagi, dah burnout mental down.

Kau cuba la apa-apa pon dengan pasangan korang, pergi jenjalan ka, pergi tengok wayang ka, tengok konsert ka, beli barang yang kau rasa kau akan happy bila dapat barang tu, vacation sana sini.

Tapi diri sendiri tak boleh nak happy, boleh bergaduh dalam kereta dengan pasangan. Tengok movie di rumah pon dah cukup happy. Tak beli apa-apa pon dah rasa cukup, rasa happy.

Kalau masa single, kau tak puas dengan diri sendiri, kau tak tahu urus emosi dan kau selalu rasa tak cukup. Selepas kahwin, masalah yang sama akan muncul bezanya sekarang melibatkan dua orang, bukan seorang. Tak adil letakkan tanggungjawab kebahagiaan kita pada pasangan.

Hubungan sihat berlaku bila dua orang yang stabil, bukan seorang bergantung dan seorang memikul. Ramai orang fikir pasangan akan “lengkapkan” hidup mereka. Hakikatnya, pasangan cuma kongsi hidup, bukan baiki luka dalaman kita.

Single adalah fasa bina diri, bukan fasa menunggu. Bila kita bahagia dengan hidup sendiri, dah berkahwin nak kita cuma berkongsi kebahgian itu dengan pasangan. Kahwin tak mencipta kebahagiaan. Ia hanya menggandakan apa yang sudah ada.

Tambah ilmu, tambah income, fitkan badan, solat cukup 5 waktu. In shaa Allah bahagia. Berkahwin dalam keadaaan jiwa yang stabil, hubungan akan jadi tempat bertumbuh, bukan tempat bergantung.

Kalau kau masih belajar untuk gembira dengan diri sendiri, tak salah untuk perlahan dan jujur dengan diri. Gunakan fasa single untuk bina rutin yang buat kau stabil, belajar urus emosi tanpa bergantung dan cipta hidup yang kau tak malu jalani seorang.

Dapat sesuatu? Follow supaya korang dapat tengok content-content saya seterusnya yang bermanfaat, like and share supaya kawan-kawan lain dapat manfaat yg sama.

29/12/2025

“Masalah aku bukan malas… aku cuma selalu tunggu rasa nak buat.”

Pagi tu, Amir duduk hujung katil.
Jam dah berbunyi tiga kali.
Badan masih berat.
Mood entah ke mana.

Dalam kepala dia terlintas satu ayat,
“Nantilah… bila rasa semangat sikit.”

Hari tu berlalu macam biasa.
Kerja tertangguh.
Target tak bergerak.
Malam datang dengan rasa bersalah yang sama.

Amir pernah fikir disiplin ni kena ada motivasi.
Kena rasa bersemangat.
Kena tunggu ‘mood’ sampai.

Tapi satu hari, ayah dia cakap perlahan,
“Disiplin bukan buat bila kau rasa nak…
disiplin buat walaupun kau tak rasa apa-apa.”

Ayat tu melekat.

Esoknya, Amir bangun tanpa semangat.
Tapi dia bangun juga.
Buka laptop walaupun berat.
Bersenam walaupun malas.

Tak sempurna.
Tak laju.
Tapi dibuat.

Hari demi hari, sesuatu berubah.
Bukan rasa nak buat yang datang dulu…
hasil yang datang dulu.

Keyakinan tumbuh perlahan.
Hidup mula bergerak.

Amir senyum kecil dalam diam.
“Rupanya aku tak perlu tunggu rasa nak…
aku cuma perlu mula.”

Kalau korang asyik tunggu motivasi sebelum bertindak,
ingat satu benda.

Disiplin bukan perasaan.
Ia keputusan.

Dan keputusan kecil yang dibuat masa kita tak rasa nak,
itulah yang akhirnya ubah hidup kita.

24/12/2025

“Rumah kecil ni… kenapa rasa makin sempit setiap kali balik kerja?”

Petang tu, Nadia buka pintu rumah.
Langkah pertama je dah tersepak kasut.

Kasut kerja.
Kasut anak.
Selipar tetamu.

Semua berselerak depan pintu.

Dia pandang ruang tamu yang kecil tu lama-lama.
Bukan rumah ni tak cantik…
tapi serabut buat hati jadi penat.

Nadia dah cuba macam-macam.
Susun kasut bertingkat, letak kotak, sorok belakang pintu.

Tapi tetap sama.
Ambil ruang.
Nampak berselerak.

Dia mengeluh perlahan,
“Aku bukan nak rumah besar… aku cuma nak rumah rasa tenang.”

Satu hari, kakaknya datang bawa satu kabinet nipis.

“Ni 4 door multi layer shoe cabinet.
Nampak slim, tapi muat banyak.”

Kabinet tu rapat ke dinding.
Bertingkat di dalam.
Pintu tertutup, kasut tak lagi terdedah.

Tak makan ruang.
Tak serabut mata.

Bila dipasang depan pintu,
ruang terus nampak lapang.

Hari-hari lepas tu, Nadia perasan satu benda.
Masuk rumah tak lagi rasa sesak.
Tak tersepak kasut.
Tak rasa serabut.

Dia senyum sambil tutup pintu kabinet.

“Rupanya bukan rumah aku kecil…
cuma cara susun aku salah.”

Kalau korang tinggal rumah kecil atau apartment,
dan selalu stress tengok kasut berselerak,
mulakan dengan ruang depan rumah dulu.

Sebab bila ruang depan tenang,
hati pun ikut tenang bila melangkah masuk.

24/12/2025

Bila kau hidup untuk nampak “okay” di mata orang,
duit kau habis sebelum hujung bulan,
dan kepala kau penuh dengan stress yang kau tak cerita pada sesiapa.

Kau kerja.
Kau cuba jimat.
Tapi dalam masa sama kau rasa kena ikut standard sosial:
lepak, trend, lifestyle, image.

Masalah sebenar bukan gaji.
Masalahnya kau berbelanja untuk kelulusan orang lain.

Setiap kali kau beli sesuatu untuk nampak “setaraf”,
kau tukar ketenangan jangka panjang
dengan kepuasan sementara.

Bila aku berhenti kejar imej
dan mula urus duit ikut realiti hidup aku,
duit cukup,
kepala lebih tenang,
dan aku tak rasa tertinggal walaupun hidup sederhana.

Kalau kau nak keluar dari kitaran ni,
berhenti tanya “orang lain buat apa?”

Mula tanya:
“Adakah benda ni bantu hidup aku atau cuma jaga ego aku?”

23/12/2025

Tak semua orang malas.
Ada yang cuma hilang arah hidup.

Bila kau tak tahu ke mana nak pergi,
setiap hari rasa penat walaupun tak buat apa-apa.

Kau cuba paksa diri jadi rajin.
Tengok video motivasi.
Dengar nasihat orang.
Tapi lepas tu… kosong balik.

Masalah sebenar bukan disiplin.
Masalahnya kau tak ada sistem hidup.

Bila hidup kau tak jelas:
– kerja rasa berat
– fokus cepat hilang
– confidence makin jatuh

Bukan sebab kau lemah,
tapi sebab kau bergerak tanpa arah.

Bila aku berhenti cari motivasi
dan mula bina sistem kecil harian,
hidup aku jadi lebih tenang,
kerja siap,
dan aku tak benci diri sendiri lagi.

Berhenti tanya:
“Aku nak jadi apa?”

Mula tanya:
“Apa satu benda kecil aku boleh buat setiap hari tanpa gagal?”

Dari situ arah akan muncul sendiri.

Kalau kau rasa ayat ni ‘kena’ dengan hidup kau,
Follow me for more self improvement

Lagi 2 bulan nak puasa korang dah ready ke? Ready tak ready still kena puasa juga, wajib atas umat islam.Puasa memang ba...
22/12/2025

Lagi 2 bulan nak puasa korang dah ready ke? Ready tak ready still kena puasa juga, wajib atas umat islam.

Puasa memang bagus untuk kesihatan, binatang pon tak makan kalau depa diserang penyakit apa. Perut kita akan dapat berehat bila takda makanan untuk diproses, proses tu kerja la kan.

So bila dah tak makan 16 jam tu korang hati-hati la bila berbuka. Mulakan dengan air kosong dulu. Ada kajian bila perut kosong kita minum air kosong dulu, akan membantu pencernaan dan bantu perut kita untuk tidak kerja keras.

Sama juga la kalau kita lapar, minum air kosng dulu. Allah buat bulan puasa sebulan ja, kita boleh makan lagi sebelas bulan.

Dapat sesuatu? Follow supaya korang dapat tengok content-content saya seterusnya yang bermanfaat, like and share supaya kawan-kawan lain dapat manfaat yg sama.

Address

Bayan Lepas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hanz Lazit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share