Persatuan Seni Silat Kunta

Call Contact the establishment

Persatuan Seni Silat Kunta Jika tidak melayu yang membawa ilmu persilatan maka siapa lagi yang mahu mengaku dirinya melayu?

06/09/2026

MAKLUMAN

Pertubuhan Perguruan Seni Silat Kunta berhak untuk mengeluarkan sebarang makluman berkaitan pembatalan, perubahan, aktiviti serta urusan dalaman pertubuhan kepada ahli-ahlinya.

Sebarang posting atau kenyataan yang dibuat di platform media sosial adalah ditujukan khusus kepada ahli dan pihak yang berkaitan dengan pertubuhan sahaja.

Sekiranya terdapat pihak lain yang terbaca atau terlihat posting tersebut, harap dapat difahami bahawa ia bukan ditujukan kepada mana-mana individu di luar pertubuhan.

Jadi, tidak perlulah membuat andaian atau mengambil hati terhadap sesuatu yang bukan ditujukan kepada anda.

Baca dengan tenang, fahami konteks dan jangan mudah terasa.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.
Pertubuhan Perguruan Seni Silat Kunta

06/09/2026

Persembahan Silat Pengantin KUNTA undangan Kelab Silat Olahraga Lenggeng - KSOL .

KENYATAAN RASMIPERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT KUNTAPEMBATALAN KEAHLIAN DAN LARANGAN MENGGUNAKAN NAMA SERTA IDENTITI SIL...
03/09/2026

KENYATAAN RASMI

PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT KUNTA

PEMBATALAN KEAHLIAN DAN LARANGAN MENGGUNAKAN NAMA SERTA IDENTITI SILAT KUNTA

Dengan ini, PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT KUNTA ingin memaklumkan bahawa:

SABIQ MUIZZUDDIN BIN SULAIMAN

adalah dengan ini TIDAK LAGI DIAKUI, DITERIMA ATAU DIANGGAP SEBAGAI AHLI Pertubuhan Perguruan Seni Silat Kunta berkuat kuasa daripada tarikh kenyataan ini.

Keputusan ini dibuat susulan pelanggaran terhadap etika, tatatertib serta ketetapan yang telah ditetapkan oleh pertubuhan, yang tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh dikompromikan.

Sehubungan dengan itu, beliau adalah DILARANG SAMA SEKALI daripada:

1. Menjalankan, menganjurkan atau menyertai apa-apa bentuk latihan yang menggunakan nama, identiti, kaedah, simbol atau pengiktirafan Silat Kunta tanpa kebenaran rasmi daripada pihak pertubuhan.

2. Membuka, mengajar atau memperkenalkan apa-apa bentuk Sembah Bunga Silat Kunta kepada mana-mana individu atau kumpulan selepas tarikh kenyataan ini.

3. Menggunakan nama Silat Kunta, Pertubuhan Perguruan Seni Silat Kunta atau sebarang identiti yang boleh memberikan gambaran bahawa beliau masih mempunyai hubungan rasmi dengan pertubuhan.

4. Mendakwa, memperkenalkan atau mengaku dirinya sebagai ahli Pertubuhan Perguruan Seni Silat Kunta dalam apa jua bentuk, sama ada secara lisan, bertulis, media sosial, poster, promosi, latihan atau mana-mana platform lain.

Pihak pertubuhan ingin menegaskan bahawa keahlian bukan sekadar memakai nama atau mendakwa pernah belajar sesuatu ilmu. Keahlian datang bersama amanah, disiplin, adab dan tanggungjawab untuk menghormati perguruan serta peraturan yang telah ditetapkan.

Kami tidak akan membiarkan mana-mana individu mengambil kesempatan atas nama, ilmu, identiti atau reputasi Silat Kunta sesuka hati.

Selepas seseorang tidak lagi menjadi ahli, maka segala hak dan pengiktirafan yang datang bersama keahlian tersebut juga tamat.

Jangan ada mana-mana pihak selepas ini yang cuba memutarbelitkan keadaan, menggunakan nama Kunta untuk kepentingan peribadi, atau memberi gambaran bahawa mereka masih mempunyai pengiktirafan daripada pertubuhan.

PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT KUNTA TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN SEBARANG PERBUATAN YANG MENCEMARKAN NAMA, MARUAH DAN TATATERTIB PERGURUAN.

Kenyataan ini juga menjadi PERINGATAN KERAS kepada seluruh ahli:

«Jangan ulangi perkara yang sama. Jangan ambil mudah tentang disiplin. Jangan anggap status sebagai ahli memberikan kebebasan untuk bertindak sesuka hati.»

Mana-mana ahli yang didapati melanggar etika, tatatertib atau peraturan pertubuhan akan berdepan dengan tindakan tegas, termasuk penggantungan atau penamatan keahlian mengikut ketetapan pertubuhan.

KUNTA berdiri atas ilmu, adab, disiplin dan amanah.

Siapa yang memilih untuk menghormati perguruan, akan dihormati.
Siapa yang memilih untuk melanggar tatatertib, bersedialah menerima akibat daripada tindakannya sendiri.

Sekian, untuk makluman dan perhatian semua ahli.

PERTUBUHAN PERGURUAN SENI SILAT KUNTA
Tarikh: 3 September 2026

31/08/2026
PERSEMBAHAN SILAT & TARIAN UNTUK MAJLIS ANDA!Nak majlis perkahwinan, persandingan atau event anda tampil lebih meriah, u...
28/08/2026

PERSEMBAHAN SILAT & TARIAN UNTUK MAJLIS ANDA!
Nak majlis perkahwinan, persandingan atau event anda tampil lebih meriah, unik dan penuh tradisi Melayu?
Kami menyediakan Persembahan Silat & Tarian untuk memeriahkan majlis anda dengan persembahan yang bertenaga dan penuh seni.
Antara persembahan yang disediakan:

PAKEJ A – SILAT SAMBUT PENGANTIN | RM400
4–5 orang pesilat
• Iringan pengantin
• Tari solo silat
• Tari berkumpulan silat

PAKEJ B – SILAT WARRIOR | RM500
4–5 orang pesilat
• Iringan pengantin
• Tari solo silat
• Tari berkumpulan silat
• Demo Silat Tempur
• Demo Silat Senjata

PAKEJ C – GRAND SILAT & DANCE | RM700
6–8 orang performer
• Persembahan silat lengkap
• Demo Silat Tempur
• Demo Silat Senjata
• 4–5 orang penari
• Persembahan tarian 1 lagu

PAKEJ D – TARIAN SAHAJA | RM500
4–5 orang penari
• Persembahan tarian berkumpulan
• 1 lagu

Sesuai untuk majlis perkahwinan, persandingan, dinner, corporate event, festival dan majlis keraian.
Mencari persembahan silat untuk majlis anda?
Sila hubungi kami untuk meriahkan majlis anda!
HUBUNGI: 017-6535807 (Cikgu Nizam)
Nota: Harga tidak termasuk kos pengangkutan. Caj pengangkutan bergantung kepada jarak perjalanan.

Kami tidak meminta kerana mahu. Kami meminta kerana perlu.Di sebalik setiap langkah silat...ada gelanggang yang perlu di...
08/07/2026

Kami tidak meminta kerana mahu. Kami meminta kerana perlu.

Di sebalik setiap langkah silat...
ada gelanggang yang perlu diselenggara.

Di sebalik setiap pesilat...
ada kos latihan yang perlu ditanggung.

Di sebalik setiap warisan...
ada amanah yang mesti dipelihara.

Hari ini kami mengajak anda menjadi sebahagian daripada perjuangan ini.

Bersama kita pastikan Seni Silat Kunta terus hidup untuk anak cucu kita.

Setiap ringgit anda adalah pelaburan kepada sebuah warisan bangsa.

Sesiapa yang sudi memberi sumbangan boleh hubungi: Cikgu Nizam 017-653 5807

Kepada ahli keluarga mahupun kenalan  yang mengenali orang di gambar ini boleh hubungi saya.
22/06/2026

Kepada ahli keluarga mahupun kenalan yang mengenali orang di gambar ini boleh hubungi saya.

📢 PANGGILAN KEPADA SEMUA AHLI & BEKAS AHLI PERGURUAN SENI SILAT KUNTA 📢Assalamualaikum dan salam silaturahim.Kepada semu...
18/06/2026

📢 PANGGILAN KEPADA SEMUA AHLI & BEKAS AHLI PERGURUAN SENI SILAT KUNTA 📢

Assalamualaikum dan salam silaturahim.

Kepada semua ahli, bekas ahli, jurulatih, tenaga pengajar dan warga Perguruan Seni Silat Kunta dari era 1970-an sehingga kini, kami sedang mengumpulkan maklumat ahli bagi tujuan membina pangkalan data rasmi perguruan.

Usaha ini adalah untuk memudahkan penyampaian maklumat berkaitan program, aktiviti dan Himpunan Silat Kunta yang akan diadakan pada masa akan datang.

Mohon jasa baik semua untuk meluangkan sedikit masa mengisi borang di pautan berikut:

👉 https://forms.gle/C1eZWA7NjY8ws1bH6

Sila juga bantu kongsikan kepada rakan-rakan seperguruan, senior, junior dan ahli lama yang mungkin tidak berada dalam kumpulan media sosial semasa agar kita dapat mengeratkan kembali ukhuwah dan menyatukan seluruh keluarga besar Silat Kunta.

"Yang jauh kita dekatkan, yang lama kita temukan semula."

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.

Sekretariat Himpunan Perguruan Seni Silat Kunta 🥋🙏

ISI NAMA PENUH DENGAN HURUF BESAR.

Address

Banting
Banting

Opening Hours

21:00 - 23:00

Telephone

+60176535807

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Kunta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Persatuan Seni Silat Kunta:

Shortcuts

Share