07/02/2018
APA YANG PEKERJA SEKTOR SWASTA PERLU TAHU TENTANG SIP
Apa itu Skim Insurans Baru Untuk Pekerja (EIS)?
Yang saya tahu nti pekerja sektor swasta kena Potongan Gaji Sehingga RM7.90 Sebulan jer..
Tahukah anda bahawa pekerja sektor swasta bakal diwajibkan mengambil skim insurans pekerja bagi melindungi mereka sekiranya pekerja tersebut diberhentikan kerja?
Bermula tahun depan, 0.2% daripada gaji pekerja akan dipotong + 0.2% sumbangan daripada majikan. Untuk memudahkan anda, sila rujuk jadual di bawah:
Gaji Bulanan
Potongan Bulanan
RM1,000 ke bawah RM1.90
RM1,001 β RM2,000 RM3.90
RM2,001 β RM3,000 RM5.90
RM3,001 dan ke atasRM7.90
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, skim insurans ini dapat melindungi anda dengan memastikan anda mendapat sebahagian daripada gaji anda untuk tempoh 6 bulan seperti di bawah:
Bulan Peratusan
Gaji Pertama 80%
Gaji Kedua 50%
Gaji Ketiga 40%
Gaji Keempat 40%
Gaji Kelima 30%
Gaji Keenam 30%
Ini bermakna, anda akan diberi pampasan seperti di atas bagi membolehkan anda mempunyai dana untuk meneruskan kehidupan, dan sambil mencari pekerjaan baru.
Bolehlah gunakan duit tersebut untuk pergi interview, sambil mempunyai wang untuk membayar sewa rumah dan kenderaan anda. Tapi anda harus cepat, kerana lagi lama anda tidak dapat pekerjaan yang baru, semakin sedikit wang yang akan anda dapat. Walaupun ianya tak banyak, tapi sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban bulanan anda.
Tetapi apa akan berlaku sekiranya anda mendapat kerja baru sebelum tempoh enam bulan tersebut? Jawapannya β anda akan menerima 25% daripada jumlah yang sepatutnya anda terima.
Kerajaan juga akan membantu anda bagi menyertai kursus dan latihan untuk anda sepanjang tempoh enam bulan tersebut, sehingga RM4,000.
Skim ini yang bakal bermula Januari 2018, dengan tempoh matang bermula Januari 2019.
Namun, anda tidak akan dibayar menerusi skim ini jika anda telah pun menerima sebarang pampasan daripada syarikat, samada MSS atau VSS; jika anda berhenti kerja secara sukarela; dan jika anda diberhentikan atas sebab disiplin.
Dengan adanya skim insurans pekerja yang baru ini, sudah semestinya ia dapat membantu anda. Kalau kebiasaannya, sudah jatuh ditimpa tangga; kini anda dapat menarik sedikit nafas lega dengan adanya safety net yang disediakan kerajaan ini.
jgn terperanjat nanti dpt slip gaji Jan 2018 akan ada caruman/potongan EIS
Sumber: Astro Awani