22/05/2020
✨Assalamualaikum & Salam Ramadhan . . .
Hari ni :
22 Mei 2020
bersamaan,
29 Ramadhan 1441H
✨Sehari lagi kita berpuasa(esok), dan Ramadhan pergi meninggalkan kita setelah sekian lama kita manahan lapar & dahaga, bukan sahaja menahan lapar tetapi pada masa yang sama kita berperang dengan wabak yang kita tidak nampak yakni Wabak Covid19. . . Walaupon tahun ini sambutan Hari Raya Aidilfitri agak berbeza dari tahun yang sebelumnya, kita berharap jangan la kita mengeluh atau merungut, sebaliknya kita merafakkan setinggi SYUKUR pada Allah S.W.T kerana kita masih dapat menyambut kemenangan selama kita berpuasa... Ada yang duduk bersama keluarga dan ada yang duduk diperantauan,,,kuatkan semangat dan bertabahlah kamu, harus diingat setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikan oleh Allah S.W.T...
✨Oleh itu Chemat DJ Santai FM ingin memohon maaf sekiranya ada mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati anda sepanjang perkenalan kita. . . SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2020M/1441H...