Norphgun

Norphgun Let me bring you to hop around Johor Bahru and whats up around it!

Semalam sis pergi JDT Fan Fest dan sambutan Realm of 12 celebrations. Telefon yang ada video-video suasana sambutan untu...
31/05/2026

Semalam sis pergi JDT Fan Fest dan sambutan Realm of 12 celebrations. Telefon yang ada video-video suasana sambutan untuk vlog tu tercicir. Sis call nak dekat 70 kali, tak diangkat. Mesej tak dibalas.

Bila semak Find My Device, telefon tu ada di Kulai. Maknanya dah diambil dan orang yang ambil tak berniat nak pulangkan pun. Sis tak halalkan πŸ™

Niat nak buat 'comeback', tapi kini terhad kepada video yang ada dalam stadium je πŸ₯Ή Harap-harap ada yang sudi tonton.

P/s terkilan footage Plague of Happiness dan Ella tak dapat dikongsi. Tapi sambutan semalam memang meriah!

Filem kegemaran saya, Top Gun (1986) menyambut ulang tahun ke-40 sejak pertama kali ditayangkan! πŸ₯³Seluruh dunia boleh me...
13/05/2026

Filem kegemaran saya, Top Gun (1986) menyambut ulang tahun ke-40 sejak pertama kali ditayangkan! πŸ₯³

Seluruh dunia boleh menonton Top Gun yang asal serta Top Gun: Maverick (2022) di pawagam berdekatan untuk satu minggu bermula 13hb Mei 2026, Rabu!

Nama Norphgun ini tercipta dari minat saya terhadap filem ini, digabungkan dengan jenama senapag air mainan, "NERF gun", dan berasaskan nama saya, Noor. Walaupun tak berpeluang menyertai tentera udara mahupun menjadi juruterbang, saya adalah pengendali dron sinematik bersijil. Boleh la tu kan? πŸ˜‚

Tak sabar nak tonton wayang klasik ini di panggung besar seolah-olah kita kembali ke zaman 80an! Korang s**a tak filem-filem konsep askar macam ni? 🎞

Vlog Reaksi filem Michael Jackson di pawagam IMAX dikuasakan dengan sinaran laser dan 12 saluran audio.Memang syok! Rasa...
04/05/2026

Vlog Reaksi filem Michael Jackson di pawagam IMAX dikuasakan dengan sinaran laser dan 12 saluran audio.

Memang syok! Rasa macam masuk dalam cerita itu sendiri. Dah la lagu-lagu MJ ni semua best-best!

Boleh tonton perkongsian saya berkenaan harapan saya pada filem ini dan juga selepas menonton, semua tanpa spoiler. Siapa dah tengok filem Michael ni? πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈ Apa pendapat korang?

Jemput tengok geng kalau sudi

1 like. " EMOSI TENGOK FILEM LAGI-LAGI DALAM IMAX"

Masa tengok filem Michael Jackson, teringat Ras Adiba Radzi masa melaporkan untuk pertandingan akhir Piala Malaysia 1991...
04/05/2026

Masa tengok filem Michael Jackson, teringat Ras Adiba Radzi masa melaporkan untuk pertandingan akhir Piala Malaysia 1991 Johor vs Selangor, masa ni Alistair Edwards main.

Baru sedar bahagian riasan bagi beliau pakai kot/blazer/jaket macam Michael Jackson dalam video muzik Thriller (1982) cuma lebih formal dan korporat.

Siapa yang dah tengok filem Michael? πŸ™‹πŸ»β€β™€οΈ Saya ada vlog reaksi filem Michael tau! Boleh tengok kat komen, ada pautan ke vlog tersebut!

Korang dah dengar ke lagu raya kolaborasi pencipta kandungan bolasepak tempatan bertempat di Nogori? Best jugak ek! Laya...
14/03/2026

Korang dah dengar ke lagu raya kolaborasi pencipta kandungan bolasepak tempatan bertempat di Nogori?

Best jugak ek! Layannnn

Klik klik sini πŸ‘‡

Akhirnya Lagu Raya Kami dah release Gaissss πŸ”₯ Share Like Comment Banyak2 Bagi satu Malaysia Dengar Gaisss !!! Terima Kasih Support πŸ’ͺ🏼 ...

Untuk 3 tahun:SNBJ ⏩️ TM Stadium NasionalAxiata Arena (Stadium Putra) ⏩️ Unifi Arena
13/03/2026

Untuk 3 tahun:

SNBJ ⏩️ TM Stadium Nasional
Axiata Arena (Stadium Putra) ⏩️ Unifi Arena

Terima kasih MBO Cinemas !Selamat tinggal dan semoga bertemu lagi di lain masa.   perpisahan dan ucapan selamat tinggal ...
13/03/2026

Terima kasih MBO Cinemas !

Selamat tinggal dan semoga bertemu lagi di lain masa.

perpisahan dan ucapan selamat tinggal mengenang pawagam kejiranan ini, bersama Izra esok πŸ”œ

Berita penutupan MBO Cinemas sangat memberi kesan kepada saya sebagai penggemar pawagam.Dalam vlog menonton Mission Impo...
11/03/2026

Berita penutupan MBO Cinemas sangat memberi kesan kepada saya sebagai penggemar pawagam.

Dalam vlog menonton Mission Impossible: The Final Reckoning saya bersama Izra, walaupun bermula dengan GSC di Paradigm Mall JB, kami ulang kembali tontonan di MBO Cinema di kawasan Pulai kerana ianya lebih kecil dan kurang gangguan untuk memahami alur jalan cerita.

MBO juga mencipta sejarah kerana telah membuat skrin besar gergasi di pawagam AEON Bandar Dato' Onn, Johor Bahru sebelum diambil alih GSC dan diberi nama Big Screen HLB. Selain itu, mereka juga merupakan pelopor kepada membuat pawagam menjadi mesra kanak-kanak dan keluarga agar mereka juga dapat selesa menonton.

Kenangan saya banyak bersama MBO berbanding gergasi pawagam lain kerana akses kepada mereka lebih mudah dan harga berpatutan. Sayang sekali sokongan saya terhadap pawagam mereka tidak cukup kerana filem yang saya tonton di pawagam juga terhad dek kerana beberapa tren filem yang tidak saya gemari.

Namun, dibandingkan pengstriman, saya lebih dan amat s**akan pengalaman pawagam untuk menikmati filem dan meresapi jalan cerita, emosi serta kerja keras belakang rakaman dan edit dalam 2 atau 3 jam tersebut.

Terima kasih MBO Cinema kerana telah menyediakan akses pada kawasan-kawasan sub-urban dengan harga berpatutan serta selesa.

"Semoga kita bertemu lagi di kehidupan lain dimana kita berdua adalah kucing" - Vanilla Sky, 2001

Assalamualaikum! Ini video saya dan sahabat, Izra, pergi menonton Mission: Impossible The Final Reckoning di pawagam 4DX GSC Paradigm Mall Johor Bahru dan di...

JDT LAKAR SATU LAGI SEJARAH BOLASEPAK MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎJDT mara ke Suku Akhir AFC Champions League Elite atau ACL Elite 2025/2...
11/03/2026

JDT LAKAR SATU LAGI SEJARAH BOLASEPAK MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ

JDT mara ke Suku Akhir AFC Champions League Elite atau ACL Elite 2025/2026!!!

Setelah tamat lebih 90+5 minit perlawanan kedua Pusingan 16, menentang Sanfrecce Hiroshima di stadium Edion Peace Wing Hiroshima, JDT mengesahkan kemaraan dengan agregat 3 berbalas 2.

Pihak tuan rumah membolosi gawang JDT dengan 1 gol penalti namun tidak cukup untuk mengatasi agregat.

Kelab Asia timur lain yang akan ke suku akhir termasuk Machida Zelvia πŸ‡―πŸ‡΅, Buriram United πŸ‡ΉπŸ‡­ dan Vissel Kobe πŸ‡―πŸ‡΅.

Dimanakah anda ketika berbuka puasa dan menonton kemaraan JDT tadi? Kongsikan bersama saya.

Sumber/fotoπŸ“Έ Facebook AFC Champions League

Ini dia vlog AFC Champions League Elite 2025/2026 JDT vs Sanfrecce Hiroshima pada 4 Mac 2026 di Stadium Sultan Ibrahim! ...
10/03/2026

Ini dia vlog AFC Champions League Elite 2025/2026 JDT vs Sanfrecce Hiroshima pada 4 Mac 2026 di Stadium Sultan Ibrahim!

Meriah ada buka puasa JDT belanja. Junjung kasih Pemangku Sultan Johor atau TMJ atas makanan yang sedap serta kemenangan ke atas kelab bolasepak dari negara yang terkenal akan tersusunnya program bolasepak mereka.

Bersama Sabrina Varghese, Michrods, Haziq Khushairy. Dapat temuramah Reff Kampung serta peminat JDT di Red Lounge. Tengok sampai hujung, ada sambutan harijadi Bola Ale!

Ada terselit CEO on Tour juga dan Kaizen Switch Studio serta Riezo Rossi dan Captain Malaya Football. Mana Khairil Hizalmy? Itulah. Mana Khai?

Semoga terhibur menonton!

Assalamualaikum! Vlog kali ini adalah pengalaman saya dan kawan-kawan menonton perlawanan Round of 16 AFC Champions League Elite JDT menentang Sanf...

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Norphgun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share